300710
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat kembali ke rumah setelah berada di luar kawasan selama dua hari satu malam. Aku meninggalkan daerahku pada pagi semalam bersama-sama dengan boss aku ke Beranang, Selangor Darul Ehsan. Disini kami akan menjalani satu proses penilaian yang akan dikendalikan oleh satu syarikat consultan yang telah dipilih oleh majikanku. Paling aku tidak sangka ialah salah seorang daripada krew consultan itu bekas anak muridku. Adus, sekarang ni anak-anak murid aku bertebaran di mana sahaja. Kalau dulu aku menilai mereka, kini mereka pula yang menilai aku. huhuhu. Dan satu lagi yang aku ingin berkongsi ialah salah seorang peserta program itu adalah bekas anak murid ku juga. Adussssss, rupanya anak murid juga sudah menyamai gred aku . Begitulah lumrah alam.
Kita lupakan saja kisah itu. Biarlah ia berlalu di bawa angin bayu. Aku lebih suka untuk berkongsi cerita yang lebih menarik semasa dalam perjalanan balik petang tadi. Daripada Beranang aku melalaui Bandar Seremban. Aku tidak emlalui Lebuhraya PLUS kerana ingin mengimbau nostalgia semasa aku berada di bandar Seremban selama satu setengah tahun kira-kira 35 tahun yang lalu. Bandar Seremban kini jauh berubah. Jalan-jalan banyak yang sehala, jenuh juga aku mengenal pasti jalan-jalan tersebut, alhamdulillah aku berjaya melepasi bandar Seremban dan terus menghala ke Tampin.
Ketika melepasi simpang Rantau, sebuah tempat bernama Sg. Gadut...... aku terpandang satu gerai cendol. Meriah nampak gerai cendol itu (aku memang hantu cendol, pantang betul aku kalau jumpa cendol, sure aku balon (Makan ler) Aku mempelawa boss untuk merasai CDL ini. Boss setuju kerana terpesona dengan iklan yang begini rupa
Kak su lihat tu, tengok betul-betul banner CLD itu
cendol, gula, santan dan ais : semunya percuma
lagi best: lagi banyak tambah. lagi banyak percuma
ada ke tempat-tempat lain buat macam ini,
kalau lah KPPNH (Kambing Panggang Shami2) buat ofer gini.........sendiri mahu ingat kot.
Kami memesan cendol pulut, (ada 4 pilihan itu cendol kacang, jagung dan cendol biasa). Niat dalam hati memnag nak tambah. (Di atas meja memang sedia ada sebekas ais dalam termos ais, cendol &santan dan gula melaka). Memang lazat cendol Leman Dawi ini, cendolnya gemok-gemok, terasa bila melalui anak tekakku.
Habis semangkok cendol itu (CL jangan risau, az makan cendol tanpa gula huhuhu), kami tak larat nak menambah lagi. Mengapa? Memang kenyang. Sebab itu Pak Leman Dawi buat iklan begitu, tak tahulah kalau Pak Itam yang makan kerana isipadu pak itam lebih 2 liter kot. Sure boleh tambah. hehhehe
whooooops!! Ada satu lagi offer di Gerai CLD ini iaitu air barli. Air bali di sini juga percuma, nak tambah percuma, nak bungkus pun percuma. (Aku lupa nak snap gambar air bali). Siap dengan plastik dan tali pengikat tuh.
Sesiapa yang melalui Jalan Seremban-Tampin di Sg. Gadut, jangan lupa singgah untuk menjamu CLD ini. Memang berbaloi.
Gerai Cendol Leman Dawi (CLD)
10 ulasan:
salam AZ ...
nanti kena cuba nie , mesti sedap tu , dr cerita AZ pun dah terlioq dah ...
salam azz
cendol tu pernah keluar kat tv3 rasanya
kalau sedap , bukan semangkuk dua, mau sebalang hehehe
lepas tu terus lemau hehehe
Salam Az,
Tahun lepas saya dah cuba cendol ni, tk larat dah selepas dua mangkuk, yg free pun tak amik pun...dsh kenysng sangst. Yg best pasal fakta, saya saja test, tokeh tu siap tunjuk buku...keluasan setisp negeri....memang hebat daya ingatan tokeh tu.
Menarik dan dia ada ramai regular customer.
salam ui,
cuba jangan tak cuba. tak jauh p seremban tu, nanti kua tol senawang then menghala ke Tampin.
salam CR,
sedap tu ikut selera masing2kan. az rasa sedap.
salam rosli,
yer ker. awat beli dua mankok? semangkok jer dulu, lepas tu tambah le
Salam AZ
Cendol??? tak payah tolong...AZ
Laju jer kalau dapat...
Tambah2 kalau yang guna ais kepal...lagi laju...
Wslm
Salam Kak Su,
Cendol memang makanan kesukaan ramai. dah boleh di kormersialkan seperti KFC, Pizza dll
salam AZ : sy penah lalu jer depan kedai ni, tp tak singgah pon, sebab driver taknak berenti.. :(
salam afeez,
yer ker. tak apa, ni dah kete sendiri, boleh le kalau nak berhenti kalau ada peluang melaluinya lagi
Catat Ulasan