Jumaat, 23 Julai 2010

Tak ada rezeki

220710
Petang tadi aku mendapat call daripada seorang kawan lama daripada Kuala Lumpur yang outstation ke Pontian. Dia ingin sekali merasai hidangan yang paling lazat di Bandar Bugis ini. Apa yang ada di Bandar Bugis ini? Hidangan paling lazat? Fikir punya fikir aku teringat Mandela. Mana ada yang lebih lazat daripada Mandela?

Dia sampai di Ayer Baloi pukul 8.00 malam. Kawan aku ini datang bertiga bersama anak-anak buahnya. Dia dijemput ke  majlis sempena pertukaran nama baru SMK Batu 34 kepada SMK Tan Sri Osman Saat pada 23 Julai 2010. (Nama Bekas Menteri Besar Johor). Selepas  membawanya check in di Hotel Pontian aku terus membawanya  ke Mandela. Daripada Hotel Pontian ke Mandela hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Tiba di Mandela kami terlajak perahu. Aku macam-macam ingat-ingat lupa. Kat mana kedai makan Mandela ni?  Mandela dah macam perkampungan Bunian. Kami bertanya kepada penduduk kampung yang kebetulan melepak di satu stesen minyak dan mengatakan mandela berada di belakang kami. Maaf encik Mandela di tutup malam ini sempena Malam Jumaat. Memang tak ada rezekilah gamaknya kawan aku ini.

Wow, nak kat mana yer. Perut aku tiba-tiba berkeroncongan. Putus urat saraf selera aku. Biasanya sebelum ke Mandela aku telefon dulu tetapi mengapa kali ini terlupa nak telefon. Kawan aku mengtakan inilah yang dikatakan manusia merancang, Allah yang menentukan. Terima lah ketentuan Illahi. Itulah kada dan Qadar Allah. Kena reda.
Justeru kami berpatah balik ke Pontian.Hendak meneruskan perjalanan ke Bandar Kkukup aku tak pernah sampai lagi jalan-jalan cari makan di Kukup. Oleh itu  Aku mencadangkan   menjamu selera di Restoran sebelah Hotel Pontian sahaja. Restoran mamak. Kira orait juga. Restoran yang aku selalu lepak selepas memboling.
anak buahnya suka nasi goreng USA


kawan aku suka sup kambing dengan roti sandwich

aku suka chicken chop


wajah ceria menjamu selera

Orait juga menu di Restoran Alif ini. Tak mengapa nanti besok malam kita try acu cobak lagi Mandela. Nasib baik dia bermalam 2 malam di Bandar Bugis ini. Semoga malam besok rezeki mandela sedia menanti. Jom umi umairah kita join Mandela malam besok.

7 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

wah, resto mamak memacam menu sekrang ada, semua dia pulun heheheh

nadz berkata...

Salam AZ,

Semuga sejahtera.
Menu reataurant mamak pun dah memenuhi citarasa bangsa Malaysia yang pelbagai.
Ada chicken chop tu..tak de pulak kat rest. mamak kat Sg Petani mcm tu.

afeezz berkata...

salam AZ : jom pi mandela lagi....

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

hehhe, gitulah gamaknya. zaman dah berubah

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

hehhe, gitulah gamaknya. zaman dah berubah

Ayah Zain berkata...

salam nadz,

hehehh. betul tu

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

datang lah pontian lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...