Rabu, 14 Julai 2010

Bertemu kembali

140710
Alhamdulillah. Bertemu lagi kita di alam maya.
Setelah beberapa hari tidak dapat menjengok rumah yang baru diubahsuai ini kerana 'outstation' di Petaling Jaya menghadiri latihan jayadiri.
Tiada broadband yang dapat menghubungkan az ke alam maya maka tidak tahu apa-apa perkembangan di sini.
wow
inilah banglow kediaman az beberapa hari di Petaling Jaya.
Tersergam indah,
namun az keseorangan kerana tiada penghuni lain yang tinggal di sini.
Bila dah tinggal seorang, faham-faham lah namun dicekalkan juga hati ini, maka
alhamdulillah, tiada berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.Banglow ini mempunyai 4 bilik. Satu masterbedroom (az menyewa di bilik ini) dan tiga bilik bujang. Bilik bujang itu cuma RM20.00 sahaja. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. Selama 3 malam di sini, tiada penyewa lain yang sudi menyewa kerana penyewa hanya berminat menyewa dihujung minggu sahaja.

Daripada Banglow ini ke tempat kursus tidak memakan masa yang lama. Tak sampai 5 minit dah sampai ditempat kursus. Sengaja memilih banglow  ini kerana sewanya  cuma RM30.00 sahaja semalam dan lokasinya yang berdekatan dengan tempat kursus. Udah bayarannya sebegitu Maka kemudahannya tak macam hotel 5 bintang namun selesa lah juga, ada pendingin hawa tetapi tuala mandi tidak disediakan, nasib baiklah terpikir mencapai tuala mandi sebelum ke sana.Kalu idak ...........


katil selesa
no problem
ada verandah tu
sayang tiada talian internet maka netbook itu menganggorlah

nyamannya suasana pagi di banglow ini
memang ekslusif

17 ulasan:

CM berkata...

salam,,

kalau pi putrajaya CM ada kawan yg ada homestay yg sangat selesa berhampiran sekolah CM...murah pun murah tau,,,

Tanpa Nama berkata...

salam az

rm30 murah dah tu...

mama ju berkata...

Salam AZ

muncul juga AZ. Sebenarnya memang berhasrat nak sms pagi ni.....bertanya kemana gerangan atau kenapa2...alhamdulillah mncul...

Sewa 30? murahnya...rumah sapa tu?

Moga sihat sentiasa.. dah nak bday kan?

shami2 berkata...

Salam Az...

Ooh kisahnya....dah sampai kl yer...mai lah singgah kedai kambing..ajak afezzz temankan...minggu ni shami2 tak jadi balik kg...heheh datang eikk

kak su berkata...

Salam AZ

Alhamdulillah, selamat meneruskan tugas dgn semangat yang baru ya...

Tolong sampaikan salam pada
Mrs Zain.

Wslm

haticantik berkata...

salam ayah zain...

saya nak minta no ustad hairudin yang duduk kat pt jawa tu...az ada tak?? kalau ada boleh bagi pada saya??

sinomosa berkata...

salam AZ,

cantiknya penginapan..
maaf AZ tidak dapat penuhi pelawaan hari tue..jgn terasa hati ye..

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

kalau tahu boleh temankan
he he

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam CM,

yer ker. berapa semalam? agak2 dapatke 30 henggit hhehe.

Ayah Zain berkata...

salam tanpa nama

memnag lumayan

Ayah Zain berkata...

salam mamaju,

hhehe, itu rumah untuk pekerja. sapa-sapa yang bekerjanya denganya dapatlah menyewa tapi nak dapat susah wooooo. kena que terutama hujung minggu dan musim cuti sekolah. itu yang heran masa booking depa kata dah penuh, alwh-alwh kita dok sorang yang ada. seriau jugak dok sorang2

Ayah Zain berkata...

salam shami2,

insya allah dalam perancangan petang sabtu ini memang nak ke sana. pukul 4 petang dah buka bukan?

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

wah kak su dah apply ke ilmu-ilmu yang dah di dapati itu. kena amalkan kak su kalau idak, lupa hehheh

Ayah Zain berkata...

salam hati cantik,

ada no telefonnya tetapi tak boleh letak kat sini la.

apa-apapun cuba emel kat dzairoy@yahoo.com yer.

Ayah Zain berkata...

salam sinomosa

memnag cantik.

memang saya terasa hati sungguh. Biarlah saya bawa hati saya sendiri kwang kwang. (kalau tak bawa hati sendiri, nak letak kat mana bib)

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

heheh, itulah. mengharap pada orang tak sudi kan. Memang nasib badan la.

مسافر اسلام berkata...

Salam...
Cantik rumah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...