Rabu, 2 Jun 2010

Hepi Besday My Lovely Son




020610:
Pejam celik, pejam celik kita sudah melewati bulan ke 6 tahun 2010.
Begitu cepat masa berlalu.
Sedar-sedar dah masuk pertengahan tahun.

Rupanya hari ini adalah hari ulang tahun anakku yang kedua.Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1987. Ketika itu umat Islam sedang meraikan hari raya ketiga Aidilfitri. Dulu nak juga letakan Fitri dihujng namanya sempena Hari Raya Aidilfitri.  Ala macam si Fitri dj TV3 tu. Tapi tak kesampaian pulak. Tak jadi nak letak Fitri. Dialah satu-satunya anakku yang dilahirkan bukan di Hospital. Bukan juga di rumahku. Tetapi di rumah nenek mrszain di Padang Balang, Kuala Lumpur. Dialah satu-satunya anakku yang dilahirkan di luar Johor. Anak Bandar Raya Kuala Lumpur tu. Semasa pulang bercuti berhari raya di rumah arwah ibu mertuaku, di pagi raya ke-3, selepas subuh mrszain rasa sakit semacam. Az hendak bawa dia ke Hospital Kuala Lumpur. Tetapi mrszain menolak. Dia kata nak suruh neneknya periksa kandungannya dulu. Kebetulan nenek mrszain adalah bidan bersalin terkenal di area Padang Balang tuh. Sesampai sahaja di rumah nenek, tatkala neneknya memeriksa kandungan mrszain ............. ermm nak keluar dah budak ni....... kata nenek. Apa lagi ........ tak kan nak cakap lagi kan ........... beranak lah mrszain. Seorang putera. Kini Putera Tengah telah berusia 23 tahun. Sudah bujang teruna gitu. Putera Tengah berada di akhir tahun 3. Buka semester baru nanti (Julai)dia akan melanjutkan pengajiannya di tahun akhir di IIUM, Gombak di Bidang Kejuruteraan. Dan ketika ini beliau sedang menjalani latihan praktikal di Telekom Jalan Semarak. Semoga Putera Tengah berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah memberkatinya dan mempermudahkan segala urusannya di dunia dan di akhirat.




17 ulasan:

aznaz berkata...

salam from Makkah..


selamat ulangtahun buat Putera Tengah...
moga menjadi anak yang soleh..insyallah

waslam

rezeki berkata...

salam az

selamat ulang tahun buat anak

semoga berbahagia dunia dan akhirat

mama ju berkata...

Salam AZ

Selamat hari lahir Putera Tengah(eh sedap pulak nama ni...)
Jadilah anak yg membahagiakan ibubapa.
Putera Tengah ni ikut mak ke ayah?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

Selamat Hari lahir Putera Tengah,
Semoga menjadi anak kebanggaan famili
Berjaya di dunia & akhirat.

afeezz berkata...

salam Putera Tengah : happy birthday, panjang umor murah rezeki...

kak su berkata...

Salam AZ

Alhamdulillah dah dewasa Putera Tengah ya...

Anak dah dewasa bapanya dah _ _ _lah yer...hee..hee..

p/s malam tadi ambil anak balik dr MRSM K.Klawang kerna telah diganggu. Alhamdulillah berkat pertolongan Allah dah ok. Tempat AZ tak de benda2 camni ke?

Wslm

CM berkata...

salam


salam untuk besday boy...moga Allah terus memberi kejayaan dunia akhirat untuknya..

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

terima kasih.

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

terima kasih kembali. Selamat berangkat ke Sout Africa

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju

sedap er nama tu. hehheh. Anyway tq

Ayah Zain berkata...

Salam kak su,

yer la, az dah _ _ _.

ada juga sket2. tapi undercontrol

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

ma kasih CM atas doa mu itu. Amin

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

terima kasih kembali.

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

terima kasih Afeez.

shami2 berkata...

Salam AZ..

salam ulang tahun buat anakanda tu...mudah-mudahan jadi anak yg baik dunia dan akhirat..

Psssst shami pun duk tunggu abg long balik nak sambut besdey..sekali ngan angah...anak yg bongsu dah kalut dah ...hehhehe khamis malam sampai...dari kedah..

Ayah Zain berkata...

salam syami,
terima kasih wahai teman-teman yang mendoakan kebahagiaan n kesejahtreaan anak saya ini. Amin

wow, nanti malam khmis, meriahlah rumah shami2 tu

nadz berkata...

Selamat hari lahir buat Putera Tengah. Semuga kehidupan sentiasa dirahmati Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...