Khamis, 6 Mei 2010

Mana nak cekau duit?




060510
Petang itu Azrul termenung panjang. Memikirkan bagaimana dia hendak menyelesaikan masalah yang melandanya. 30 minit sebelum itu dia menerima mesj daripada adiknya meminta duit untuk membiayai rawatan ubat ibunya. Besok adiknya akan membawa ibunya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Hospital itu bagus kerana ubat yang dibekalkan sesuai dengan penyakit yang diidapi oleh ibunya. Adiknya meminta sedikit duit. Di mana dia hendak mencari duit sedikit itu dalam masa sesingkat itu.

Beberapa hari lepas Azrul membeli telefon bimbit bernilai RM1500.00. Kalau dia tahu ibunya memerlukan duit untuk  rawatan itu tentu Azrul tidak akan melaram dengan telefon bimbit tersebut. Mengapa adiknya tidak mengingatkannya bahawa masa rawatan ibunya hampir tiba...... Azrul buntu. Ttambahan lagi  akhir bulan ini dia akan mendaftarkan anaknya di IPTA. Perbelanjaan permulaan tentunya memerlukan sedikit duit juga. Azrul buntu.

Azrul menceritakan hal itu kepada ku bagaimana dia hendak menyelesaikan masalah kewangannya itu. Ibunya memerlukan RM1000.00 untuk membiayai rawatan tersebut. Apa yang boleh aku lakukan? Aku hanya bisa mendengar. Aku tidak bisa membantu Azrul kerana aku juga mempunyai tanggungan sendiri. Akhir bulan ini juga aku akan mendaftarkan anakku ke sebuah IPT. Apala dayu aku Azrul? Aku tidak mampu membantumu. Aku hanya mampu meminta Azrul bersabar dan berdoa agar Allah membantu atau memberikan ilham menyelesaikan masalah tersebut. Aku hanya bisa meminta Azrul mengamalkan ayat 2-3 surah at-thaalaq yang membawa maksud:



dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu (QS;65:2-3)
 
 
 

13 ulasan:

nadz berkata...

Salam AZ,
InsyaAllah
Semoga ibu Azrul akan dapat dirawati sebaik mungkin...

mama ju berkata...

Salam AZ

Terharu juga.

Mana tau dari iklan ni ada yg akan membantu...AZ pun dapat pahala...

مسافر اسلام berkata...

Salam az...Apa kaabr? siaht ke?
anakda bungsu az dapat masuk ke IPTA mana?

Sedih juga mendegar pemasalahan yg dihadapi oleh Azrul. Semoga Allah permudahkan segala urusanya. Suruh dia solat sunat 2 rakaat. Buat solat sunat apa sahaja, berapa banyak yg termmapu dan Doa. InsyaAllah.

Salam

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

Insya Allah, berkat doa Nadz semoga ibu azrul akan sihat dan dipermudahkan Allah

Ayah Zain berkata...

Salam MamaJu,

iklan? Mama Ju fikir sampai ke situ yer. Insya Allah semoga Azrul tabah menghadapinya.

Ayah Zain berkata...

Salam Mi,

Alhamdulillah, putera bongsu dapat 4 tawaran. Tengah buat pilihan nak masuk mana satu sama ada ke Matrik Londang, foundation UNITEN, foundation UNIKL atau asasi UiTM.

Insya Allah, nanti az bagi tahu supaya azrulmelakukannya

afeezz berkata...

salam AZ : kisah benar ke ni?

shami2 berkata...

Salam Az...

Pada Azrul guna duit yg ada utk beli ubat mak dulu...dalam pada tu doa banyak...buat solat sunat macam MI nasihat..mengadu pada Allah insyallah ada jalan keluar nya...
Azrul kena usaha cari sedara dia ker atau kawan2 baik yg mampu.....dahulukan untuk mak....pengorbanan utk mak besar ganjarannya...dibalas serta merta oleh Allah
pasal anak2 tu cuba apply kat KWSP akaun 3 tunjuk surat tawaran pelajaran anak2. Saya pernah tgok kawan saya buat dulu. Cuba tanya pejabat KWSP..atau tanya pejabat zakat ada peruntukan utk anak2 sambung belajar, boleh cuba mohon..
AZ tolong nasihatkan dia..saya doakan Azrul berjaya atasi masalah dia...

Naz Mohamed berkata...

Salam Ayah Zain,

Memang buntu fikiran bila tiba2 perlukan wang utk perkara2 kecemasan. Apa yg Azrul boleh lakukan ialah solat hajat, berdoa dan seterusnya tawakkal kpd Allah. Amalkan juga ayat Talaq aka ayat seribu dinar setiap kali lepas solat. InsyaAllah, Allah permudahkan.

Ooo putera bongsu AZ sebaya dgn puteri sulung saya rupanya. Anak saya dpt matrik Tangkak,UniKL, Medic Mesir dan asasi sains Uitm. Dia dah buat keputusan nak masuk Asasi Sanis Uitm Puncak Alam. Ikut ayahnya nak suruh buat medik Mesir, dah dpt tempat di U'siti Alexandria. Tapi dia tak mahu. Nak buat mcm mana, kalau dipaksa nanti takut lain pulak jadinya, sb dia yg nak belajar. Putera AZ dpt Uitm mana tu?

Ayah Zain berkata...

Salam Ina,

yer ke gitu.
AZ ikut PB jer. Kalau dia pilih UiTM Puncak Alam nanti, kita boleh jumpa yer. Tapi biasanya hari penaftaran ni, orang ramai so nasiblah kalau boleh jumpa

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez

Kisah benar la Afeez, tak caya yer.

Ayah Zain berkata...

Salam Sham2,

ma kasih pandangan tu. Memnag az bagi tahu azrul gitu. Duit boleh cari. Emak tak ada dua nya.

Raymond Mersing berkata...

Salam Papa AZ,

Jangan kita kesian2 jer..mari kita sama2 derma..saya nak derma rm20 shj.(sbb nak bayar rm6500 ambik maid kali ke-2 taon ni).Kalau ada 40 orang derma rm20 dah selesai rm800. Berapa nombor akaun Maybank Papa AZ? tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...