Jumaat, 14 Mei 2010

Minggu yang singkat

140510
Minggu ini  terlalu singkat rasanya. Terlalu sibok dengan tugasan daripada pagi hingga ke malam. Bermula pada hari Isnin, kami membuat persediaan untuk satu mesyuarat dan kursus yang diamanahkan kepada pusat kami untuk mengendalikannua. Maksudnya kami menjadi tuan rumah untuk mesyuarat dan kursus tersebut. Pada Isnin Malam Selasa (10 Mei) kami sempat juga mengendalikan pertandingan boling di Pusat Boling Pontian. Seramai 40 peserta yang dibahagikan kepada 10 pasukan bertarung untuk merebut juara boling. Setiap pasukan terdiri 3 orang peserta lelaki dan seorang peserta wanita. Ahli pasukan ditentukan melalui undian. Aku mewakili Pasukan Nombor 5 yanag terdiri daripada Pegawai Tadbir Kanan selaku ketua pasukan, Teknisyen URTV, Pembantu Stor dan aku sendiri. Sebenarnya aku tidak berapa mahir bermain boling. Seingat aku kali terakhir aku masuk bermain boling kira 5 tahun dahulu dan ini adalah kali pertama aku masuk bertanding. Hari Selasa malam Isnin kami mengedalikan mesyuarat Jabatan Sains bagi Zon Selatan yang terdiri daripada wakil-wakil daripada negeri Selangor,Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Johor. Mesyuarat diteruskan pada hari Rabu. Sementara bermula malam Khamis dan Hari Khamis pula satu kursus pula dilakukan di pusat kami juga terdiri daripada negeri yang sama. Selesai sahaja kursus pada petang khamis, malam jumaat pula dilakukan penyerahan nota kepada anak-anak didik yang bakal menghadapi peperiksaan pada akhir tahun 2010. Pagi tadi selepas majlis bacaan Yassin, aku menghadiri  mesyuarat Bantuan Kewangan dan mesyuarat berlarutan hingga pukul 12.00 tengah hari. Sebok betul dan hasilnya tidak terasa langsung rupanya 5 hari seminggu sudah berakhirnya. Bak kata Labi, selagi hidup, kerja, kerja, kerja......... ermmm kalau tak kerja tak adalah shoruuuuuuuuuu.



Gelanggang Boling sedia menunggu

hadiah juga sudah menanti
hadiah nombor bertuah tu
Hadiah piala berpasukan
 5 pasukan terbaik akan menerima piala

hadiah untuk jatuhan pin terbanyak
12 individu (L) dan 5 inidividu (P) terbanyak jatuhan pin akan memiliki beg ini

Ceria : beratur untuk mengambil kasut boling

sejurus sebelum pertandingan

Bos memulakan balingan
maka pertandingan pun bermula


wahh, ada gaya tak? hehehehh

tengok tu, strike, berbaloiiiiii




eh eh ,   nama az ke tuh
macam tak percaya jer

not bad, dapat no 5 ketagori berpasukan
Alhamdulillah

14 ulasan:

Azima berkata...

Salam AZ,
Semoga Az sekeluarga sihat2 jer hendaknya..

Terror gak AZ ni yer..nanti bleh join skuad negara la...heheheh

Teringat masa dulu...kawanku tergolek sama dgn bola bowling tu :-)

kak su berkata...

Salam AZ

Ingatkan Cik gu Sonata jer kena demam bowling AZ pun sama...

Permainan zaman sekarang kan...
dah tak lari dlm guni dah...

Wslm

Ayah Zain berkata...

Salam Azima,

yer ker. masa permainan tu ada sorang peserta wanita tergolek-golek. heheh (tak baik ketawakan orang kan)

nak join pasukan negara? jauh panggang daripada api

Ayah Zain berkata...

Salam kak su,

heheh demam boling? tak ada lah.

saya join pun 'terpaksa' hehehhh

KAMATO berkata...

tak sangka az handal main boling rupanya

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

terel jugak AZ
kalau lawan dengan saya
pasti saya menang punya
menang masuk longkang paling banyak
he he

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Kamato,

hehehehhe, pandai main boling? Nasib badan tercampak dalam kumpulan yang handal, dapatlah merasa piala.

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

ahhahahaha, samalah kita, terer masuk longkang.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

sekali sekala main...hentam jer lah..

harap AZ sihat walaupun sibuk memanjang..

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

ye betul kak nab. Bila main, main sungguh-sungguh.
Alhamdulillah, pagi tadi bacaan gula 5.4mm/l. Sat lagi boleh la makan nasi dagang mrszain hehehh

Temuk berkata...

Salam Ayah Zain
Wow, boleh tak cukup tidur dgn kerja berpanjangan tu. Tak apalah, bila pencen nanti boleh berehat lebih sikit. Harap2 tak bentan lengan bila berboling sekali sekala tu. But certainly you had done very well!

Ayah Zain berkata...

salam temuk,

tidur cukup aje. cuma renyak dengan stress otak dengan keperluan kelengkapan sebagai tuan rumah, terutamanya makanan.

aa-apa pun semuanya dah selesai.legaaaaa

Raymond Mersing berkata...

Papa Z

Elok tu main bowling..mudah lps stress cam tu

Permainan lain mlepas stress :
-Golf
-Tennis
-Membaling batu pd anjing liar
-menebar jala

senang kata yg libatkan aktiviti libas-melibas

Cuma jgn mgamuk dgn mlibas pedang jerr

Papa Z mesti reply..Falsafahhh

Ayah Zain berkata...

Salam Raymond

hahhahah melibas pedang? Pandailah kamu mengata orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...