Khamis, 20 Mei 2010

The Writing Doctor


190510
Hari ini semasa membelek akhbar Berita Harian, terpandang satu artikel di muka surat 31 berkaitan ulasan sebuah buku bertajuk Turki Bumi Khalifah. Tiba-tiba teringat bahawa Mama Ju pernah mempromosikan buku ini di n3 beliau.

Buku ini dikarang oleh seorang blogger yang dikenali sebagai Jhaz Kitaro (Mohd. Jhaznarul Juharal Zaman), seorang bekas pelajar MRSM Taiping yang kini berada di Tahun Akhir kursus perubatan di  Universiti College Dublin, Ireland. Buku berbentuk travelog ini adalah hasil pengembaraan beliau ke negara Turki. Asalnya beliau menulis di blog beliau dan akhirnya mendapat perhatian penerbit buku  (Pelima Media Sdn. Bhd)  dan akhirnya hasilan telah dijadikan sebuah buku yang kini telah berada di pasaran.

Berita Harian 19mei 2010

Semoga akan ramai lagi nukilan santai di blog akan diterbitkan seperti Suatu Catatan Perjalanan oleh Pak Itam, Lebih baik jadi bekas orang jahat dari bekas orang baik oleh Rosli dan sebagainya. Mungkin juga PDKM akan menjadi sebuah nukilan yang akan berada di kedai-kedai buku selepas ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Salam Ceria

psst: Jhaz Kitaro sudah pun menamatkan pengajiannya. Kini beliau sedang menunggu masa untuk konvo yang dijangka pada awal Jun 2010. Tahniah Doktor Jhaz Kitaro.  Alhamdullilah.

17 ulasan:

مسافر اسلام berkata...

Salam az...apa kabar....salam ziarah. seronok baca buku tu...az pernah baca ke? MI baru je tau..

Mungkin blog yang menceritakan pegalaman boleh dibukukan pada masa akan datang.

مسافر اسلام berkata...

MI mesti yang pertama ye...

kak su berkata...

Salam AZ

Insyaallah akak akan cari buku ni..

Terimakasih atas info...

Wslm

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

Alhamdulillah, Tahniah MI yang pertama.

AZ belum baca lagi. Akan cari nanti.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Su,

Insya Allah, kak su akan miliki buku itu nanti.

mama ju berkata...

Salam AZ

Hi..hi ingat gak AZ kat mama...
Mama membelinya semasa pesta buku dulu. sekarang buku2 tu dah pass pass.Nampaknya kena beli lagi...nak minta tt kat pengarang!

Mama baru baca Versus oleh Hlovate juga dari blog.Nampak ada 2,3 buku yg mama baca asal dr blog. Mama nak belilah tulisan Singanaga buku apa tu..tulisan kat blog dia mama tak baca pulak..

Satu hari nanti adalah kawan2 PDKM pulak yg glamour...

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

kita tunggu nukilan hasil drp AZ
sebelum Pak Itam, Rosli Mama Ju n yg lain2

Wassalam

rezeki berkata...

salam az

hehehe
tuah pak itam kat "black belt kaler cokelat" hihihi

adoiiii, belakang ku masih sakit lagi hehehe

kak su berkata...

Salam AZ

Tumpang lalu ya...

Tadi akak jenguk blog MRSM Pontian ..wow..best ...banyak info and up to date yer...

Dan banyak pautannya...nak baca juga yr ex student punya blok tuu..byk info..

Terimakasih ya...

Wslm

Ayah Zain berkata...

Salam Mama JU,

az ingatlah n3 mama ju pasal buku itu.

az tak sempat nak beli lagi.

buku versus tu dalam B Melayu ke heheh

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali

nukilan az? heheh. Jauh panggang drpd api tuh.

Rozali punya ok, pasal indon tu boleh dijadikan buku

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Pak Itam punya catatan haji tu memang boleh dibukukan. Banyak manfaat boleh dijadikan panduan utk bakal haji.

wa cakap lu

Ayah Zain berkata...

Salam Kak su

yer ker. alhamdulillah.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ...

kak nab ziarah tapi lupa nak bagitau..hari ni nak bagi tau ler...

nadz berkata...

Salam AZ,

Jauh perjalanan banyaklah pengalaman. Sebuah buku yang perlu dimiliki. Hasil kerja anak muda yang kental jiwa raga.
w/salam

Ayah Zain berkata...

Salam YB Kak Nab,

yer ker. Alhamdulillah.

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz

Insya Allah, kena cari satu ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...