Jumaat, 2 Julai 2010

Teringat di masa dulu


020710
I. 'Di ko na kaya pang itago
ang nararamdaman sa'yo
Umaasang ikaw sana'y mayakap

II. 'Di ko na kaya pang ilihim
nasasaktan lang ako
Sa'king pag-iisa hinahanap ka

III. 'Di ko kailangan ang kayamanan
puso mo ang tangi kong inaasam
Hindi ko kayang ikaw ay malayo,
mawalay ka sa piling ko
Sana ay ikaw ang kapalaran
Sa bawat araw ay aking mahahagkan
Habang ang buhay ko ay narito
handa kong ibigay sa'yo

[Instrumental]
[Repeat II and III]
Bridge:

Kay sarap damhin
Ang tunay na pagmamahal
Katulad nitong pag-ibig ko sa 'yo...
(Repeat III)
 
itulah dia lirik lagu  Winter Sonata yang menjadi temanku semasa aku terlantar di Hospital Sultanah Fatimah (HSF) Muar 7 tahun yang lalu.
Aku dimasukkan ke HSF kerana masalah masalah kesakitan dalam perut. Aku mengalami sakit perut yang teramat sangat sehingga berguling-guling  di atas lantai merangkak ke bilik air untuk melepas apa yang ada dalam perutku. tetapi hampa. Tiada yang keluar tetapi sakitnya teramat sangat. Duduk salah, berdiri salah, semuanya serba salah.  Oleh kerana tidak sampai hati melihat keadaan begitu, isteriku mamapahku masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke HSF. Tatkala itu jam pukul 2.00 pagi.
 
 Isteriku memandu sejauh 13km daripada rumah ke Hospital dalam kedinginan malam. Hilang segala ketakutannya memandu dikala itu. Aku ketika hanya terbaring seperti baby yang tidak bermaya menahan keakitan yang amat sangat. ketika itulah juga aku merasai nikmatnya kentut yang selama ini sangat aku benci apabila orang kentut. terutamanya yang melepaskannya secara senyap.
 
Rupanya kentut ini nikmat Allah.  Apabila kita tidak dapat membebaskan angin dalam perut, perut akan sebu, kembung dan kesakitan akan perut akan berlaku. Aduh. itulah sebabnya apabila baby menangis, orang tua-tua mengatakan kembung. baby perlu digosok dengan minyak yuyeee.
 
Aku di masukkan ke kes kecemasan dengan bantuan kerusi roda aku didorong  ke bilik kecemasan dan doktor membuat pemeriksaan dengan rapi. Doktor membuat pemeriksaan apendiks dengan menekan bawah perut. Semasa menekan menggunakan dua jarinya di bawah kanan perut dan menarik jarinya doktor bertanya kepada ku.... sakit? Aku kata tidak sakit. Kemudian di memasukkan jarinya pula ke anus ku dan bertanya soalan yang sama. Alhamdulillah, bukan apendiks tetapi apa?
 
Seterusnya aku dimasukkan ke wad kelas 3 namun ke eseokan harinya aku dimasukkan ke wad kelas satu dengan satu bilik. Ketika itu wad kelas 1 HSF di bangunan lama. bangunannya agak menyeramkan juga, maklumlah bangunan dah lama. Orang kata wad itu berhantu. Ada aku kisah?. Kesakitan perutku lebih diutamakan daripada hantu-hantu yang berkeliaran di wad itu kononnya. Aku tidak usik kamu hantu-hantu maka kamu jangan kacau aku. Alhamdulillah selama 17 hari aku di wad itu tidak pulak aku dikacau oleh hantu-hantu. Agaknya hantu-hantu itu kesihan melihat aku yang sedang merana kesakitan.
 
Hasil pemeriksaaan, doktor mengesyaki aku diserang batu karang dan X-ray diperlukan untuk mengesannya. Sebelum proses x-ray dijalankan aku kena berpuasa dan makanan terakirku tidak boleh makan sayur-sayuran. Nanti batu karang tidak kelihatan. Macam-macam. Hasil x-ray, objek itu tidak kelihatan.
Dipendekkan cerita, seorang kawan datang menziarahiku dan melihatkan keadaan bilik begitu kondusif ia membawakan aku sebuah TV untuk untuk melayan kesakitan yang kadang-kadang datang, kadang pergi. Sudah ada tv dengan ceirita yang kadangkala tidak mengikut seleraku, aku memmesan isteriku membawa radia yang mempunyai deck VCD. Kebetulan isteriku ada membeli satu set vcd Winter Sonata.
 
Disitulah aku mengenali watak-watak Winter Sonata. Yang seronoknya kadangkala para jururawat sama-sama menontonnya kerana kehebatan drama tersebut. Para jururawat amat baik hati sekali melayani aku. Ada jururawat muda ada yang tua. Ada anak dara, ada mak dara.
 
Kerana kesakitan aku turut menangis di babak-babak kesedihan . Alunan musiknya begitu menusuk hatiku. Aku menjadi begitu emosi ketika itu. mana menahan kesakitan, mana nak melayan drama korea itu. Daripada cd pertama hingga ke cd terakhir dan   Sehingga habis 20keping CD Winter Sonata, pemeriksaan demi pemeriksan dilakukan, daripada satu x-ray ke satu e-ray dilakukan, doktor gagal mencari dimanakah kedudukan batu karang itu. Maka diam tak diam aku tinggal di HSF melebihi dua minggu.

Akhirnya doktor menasihatkan aku minum air sebanyak yang mungkin kalau boleh sehingga 2L sehari. Doktor kata ia bagus untuk flush. Saya kata terkencing-kencing nanti bila minum ayer banyak. Doktor kata itulah flush.

Memang betul semenjak aku mengamalkan minum air sekuranngya 8 gelas sehari asehingga kini aku tiada mengalami kesakitan perut. malah dalam bulan ramadan aku minur air 3L. Bagaimana?

Berbuka puasa aku minum 500ml
selepas berbuka 500ml
sebelum solat terawih 500ml
Balik solat terawih 500ml
bagun sahur 500ml
selepas sahur 500ml

Hasilnya memang lumyan. kalau sebelum amalan itu, di pagi raya atau sehari lepas raya aku akan mengalami sakit perut, namun kini, alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.
 

Dan semalam aku dikejutkan dengan berita kematian bintang Winter Sonata (isteriku kata hero no 2) itu kerana bunuh diri justeru aku teringat nostalgia lama di HSF.........
Park Yong Ha, 33, was found in his room by his mother after he apparently hanged himself with an electrical cord. -- PHOTO: AFP

15 ulasan:

My Life berkata...

salam

ayah zain

jaga kesihatan

Ayah Zain berkata...

salam azie,

insya Allah

mama ju berkata...

Saya pungila winter sonata...beli cd...bila AZ cerita ni rasa nak ulang tgklah...tgk dgn anak2 yg masing2 baru balik dr asrama...budak2 kat suka dgn cta korea....

Tak tgk paper..rupanya sidia bunuh diri!

Terimakasih kerana maklumat tu minum air tu. Oh adik saya baru sgt mengalaminya.Buang satu biji karang kena rm7 ribu. Ni masih ada i lagi..duit lagi..

Ayah Zain berkata...

salam mamaju,

gitu ker. ok amalkan minum air bebanyak.insya allah. mula2 memng terkencing2 lepas tu ok.

afeezz berkata...

salam : alahai AZ, layan winter sonata plak.. aper tu winter sonata? tak pernah pon tgk, org kate best giler, tp.... tak bernafsu sy nak tgk...

sy dah agak dah batu karang... dia tak keluar ke masa kencing?

PINATBATE berkata...

AZ..
saya tumpang sedih baca cerita AZ sakit..tapi lawaklah pulak jalan ceritanya..:)
Jaga kesihatan yer AZ..

Raymond Mersing berkata...

Banyak pengalaman papa Z..

Park Yong Ha sebenarnya dibunuh oleh Darma Iniasiatif yg cuba mengawal ruang-masa bumi

مسافر اسلام berkata...

Salam az, apa kbr?
sala ziarah ya...lama tak singgah di blog az.
Ada cerita menarik ye... Banyak yang MI tak sempat ikut perkembangan. Siap masuk paper lagi ye...
Hebat juga sambutanya.
Az jaga kesihatan dan sentiasa makan ubat ya. Doakan MI berjaya ya..
Wasalam

hazeleyed lady berkata...

Ass-Salam.
...pernah di sahkan ada batu dalam kidney sebesar 0.8mm...hampir jalani laser operation...tapi Alhamdulillah ia hilang sebelum buat treatment ni.
Saya amalkan minum Air parutan lobak merah yang di rebus dan tapis.
Cubalah! InsyaAllah dapat hindarkan dari berulang...

Ayah Zain berkata...

Salam Anakandaku Afeez,

ayahanda melayan winter sonata tu sebab tak ada cerita lain yang nak ditengok hehehh. Benda dah ada, layan ajer ler sambil menahan kesakitan. Kadangkala terlalu asyik kesakitan di perut tidak terasa sangat.

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat.

itulah teknik yang az gunakan agar pembaca tidak terasa sangat kesedihan itu hehehheheh. Ok ke penceritaan az tuh. kwa kwa kwa

Ayah Zain berkata...

Salam RM

wow, apa ke benda darma inisiatif tu. Kamu ni ada-ada saja. Tp ok, sebab buat az berfikir

Ayah Zain berkata...

Salam RM

wow, apa ke benda darma inisiatif tu. Kamu ni ada-ada saja. Tp ok, sebab buat az berfikir

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

moga berjaya dalam pelajarann. AZ doakannya.Amin.

Ayah Zain berkata...

salam HL

alhamdulillah. Minum air lobak merah tu memang az minum dulu. dan ada satu lagi herba yang az minum. Jadi tak tahu yang mana satu berkesan.

setelah 7 tahun az amalkan minum air atleast 2L, alhamdulilllah tak ada pulak penyakit berulang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...