Selasa, 30 Mac 2010

Kanser

300310: Hari kedua akhir Bulan Mac. Hari ini aku mendapat  emel yang boleh berkongsi dengan pembaca budiman berkenaan dengan penyebab kanser. Emel ini dalam bahasa Indonesia dan aku mengubaisuai sedikit mana yang boleh:
Tidak heran, semakin ramai orang meninggal karena kanser.
Kita bertanya-tanya darimana saja penyebabnya?
Di sini ada sebuah contoh yang menjelaskan insiden yang dapat menyebabkan kanser.

Ramai orang sudah berada di dalam kereta di awal  pagi dan juga hingga pada malam hari, 7 hari dalam seminggu. Ketika saya membacanya, ini membuatku merasa bersalah.
Tolong sebarkan pesanan ini kepada orang-orang sebanyak mungkin .. semoga saja ini masih belum terlalu lambat.

Janganlah terus menghidupkan penyaman udara ( AIRCON) ketika memasuki KERETA.
Bukalah tingkap kereta ketika masuk ke dalam kereta dan hidupkan penghawadingin setelah beberapa minit.

Mengapa? Menurut sebuah kajian, dashboard kereta, sofa, pengharum kereta menghasilkan Benzene, iaitu
racun penyebab kanser (karsinogen - luangkanlah waktu dan amatilah bau plastik dashboard yang terkena panas).

Selain menyebabkan kanser, Benzene meracuni tulang anda, menyebabkan Anemia dan menurunkan jumlah sel darah putih.
Bila terhirup terus-menerus dalam jangka waktu yang lama dapat menyebabkan Leukemia,
menambah resiko penyebab kanser.
Dapat juga mengakibatkan keguguran.
Tahap Benzene di dalam ruangan yang biasa ditoleransi adalah 50mg/ft2.

Sebuah kereta yang terparkir di dalam ruangan dengan tingkap tertutup akan mengandung 400-800 mg/ft2 Benzene.
Jika parkir di luar ruangan dibawah sinar matahari pada suhu melebihi 15 darjah C , tingkat Benzene naik hingga
 2000-4000 mg, 40 kali daripada tahap Benzene yang biasa ditoleransi.

Orang yang ketika masuk ke dalam kereta, tidak membuka tingkap maka  mahu tak mahu,
akan menghirup banyak racun yang dengan sangat cepat masuk kedalam tubuh anda.
Benzene adalah racun yang mempengaruhi ginjal dan hati...

Buruknya, sangatlah sulit bagi tubuh untuk membasmi racun-racun tersebut.

Jadi , bukalah pintu dan tingkap kereta sebelum masuk, berilah waktu untuk racun ini keluar - sebelum anda masuk ke dalam kereta


gambar hiasan : Kanser Kulit

dapur mrszain buat hal

290310 : Semalam Pinatbate menggantung apron. Buat apa gantung apron? Heheheh maksudnya tak masak la tuh. Habis nak buat apa? Pergi jalan-jalan cari makan la Nak buat apa lagi.. Begitulah pula pada hari ini dapur mrszain pulak tak berasap. Tak ada selera nak masak katanya. Jadi dia ushalah az ajak jalan-jalan cari makan. Dek kerana badan tak larat kerana serangan tarik mengkarong semalam yang masih belum 100% sempurna tarikannya maka perjalanan malam ini tidak berapa jauh hanya setakat mengimbau ke Pekan Koboi Ayer Baloi sahaja. Kalu tenaga kuat boleh juga ke Mandela atau ke bandar Pontian menjamu selera di Restoran Laut Zam yang terkenal dengan makanan lautnya di bandar Pontian ini.



Air sirap limau di apit oleh air suam
tentuanya air suja itu untuk mr&mrszain
nak minum air apa lagi
nanti bancuh gula kat dalam tekak ajer
mee bandung untuk mrszain n Putera Bongsu
Not bad boleh lawan mee bandung muo
tapi macam terlebih kacang tanah heheh

Mee Sup untuk az
ok la,
passable
Boleh le buat menyambung nyawa sampai besok heheh

Isnin, 29 Mac 2010

MUNAFIK

290310 : Hari Isnin. Setiap pagi Isnin tepat pukul 8.15 pagi kami akan berkumpul di satu ruang pejabat untk berkumpul untuk merapatkan ukwah dan silatulrahim sesama anggota di pejabat.
Antara aktiviti yang kami jalankan ialah tazkirah dan taklimat serta perkembangan info terkini.  

Tazkirah kali ini diterajui oleh kumpulan 3 dengan tajuk ciri-ciri orang munafik.
Ada 4 ciri-ciri manusia yang dikategorikan sebagai orang munafik.
1. Apabila bercakap ia berdusta
2. Apabila berjanji ia mungkir
3. Apabila diberikan amanah ia khianat
4. Apabila bertengkar / berhujah ia hendak menang dengan menegakkan benang basah.

Begitu terkesan di jiwa
Adakah aku mempunyai semua sifat-sfat tersebut.
Adakah aku punya 3 sifat,  2 sifat? 1 sifat atau
tiada langsung sifat munafik itu di dalam diri aku.
Adakah sahaja 1 ciri maka ada satu ciri munafik dalam diri kita

Ya Allah aku bersujud kepada Mu'
Jauhkan aku daripada sifat-sifat yang tidak kau redai itu
adakah  aku apabila berbicara  aku berbohong kernana hendak menjaga hati.
,orang kata bohong sunat
namun dalam Islam tiada bohong sunat
Adakah Dalam berjanji aku mungkirinya
KIta begitu mudah berjanji tetapi kita mungkiri
Adakah amanah yang diberikan kepadaku, aku khianatinya atau
adakah aku menegakan benang yang basah untuk membenarkan hujah aku?


Semuanya itu, semua Allah yang mengetahuinya
Di hari pengadilan semua anggota kecuali mulut akan berkata-berkata
berkata tentang apa yang dilakukan di dunia
Tiada apa yang boleh disembunyikan lagi
kata orang sendiri buat sendiri tanggung
sendiri mahu ingat
kena ambil kisah.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (QS:an-Nisa:4:142)
 
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (S:al-Mukminun:63:1)

Ahad, 28 Mac 2010

Pa Bila Larut Malam

280310 : bila Larut Malam
itu tajuk lagu nyanyaian saloma:

Bia larut malam
Suasana sepi
Tiada pun insan
Yang ku lihat lagi

Mengapa hatiku
Merasa terharu
Dimalam ini
Terasa sunyi

Ingin kukatakan
Tapi pada siapa
Purnama membisu
Embun pun membeku

Jiwa tak tertahan
Dalam api cinta
Bilakah gerangan
Padamnya asmara

Inginku katakan
Tapi pada siapa
Purnama membisu
Embun pun membeku

Jiwa tak tertahan
Dalam api cinta
Bilakah gerangan
padamnya asmara

Dengarlah irama
Larut malam......

Lagu ini masih berhantu. Walaupun dak berkurun tetapi Masih MALASEGAR.
Tidak jemu didengar dan dinyanyikan.
Itulah yang berlaku apabila ia dilagukan & di persembahkan oleh
Kumpulan Staf Sokongan di tempat aku bertugas
memang berbakat mereka
memang mengasyikan
selama ini mereka menonton
kini mereka di tonton
untuk tontonan.
ini dia aksi yang menghiburkan
tu dia - macam panca sitara tuh
eh eh nak ikut Elvis ke
goreng bang jangan tak goreng

Simpul Biawak

280310: Simpul biawak?
Pernah dengar ke simpul biawak ni
Simpul biawak ialah apabila biawak bersimpul antara sat sama lain.
macam-macam az  ni
Tempat az di pangil ular-ular
Ular-ular ni merujk kepada banyaknya ular
lo nak buat citer pulak
hehehheh

ular-ular atau simpul biawak ni rasanya sama jer kot.
merujuk kepada kekejangan yang berlaku kepada anggota badan.
biasanya menyerang di bahagian betis ke bawah.
Nak kena buat kajian ni macam mana boleh berlaku
kalau doktor, dah tahu tu.

suboh tadi
az menjerit
aduuuuuuuuuh
ya allah
tiba-tiba terasa kejang yang amat sangat
sangat menyakitkan
macam rasa nak terkencing
memang sakit
cuma tak meraung jer
nasib baik ada mrszain
kalau idak tak tahu nak buat macam mana
tak pernah mengalami benda ini
pertama kali
maka mrszain
memicit ibu jari kaki dengan penuh kasih sayang
mengurut-mengurut mesra betis yang kejang itu
alhamdulillah
kesakitan menghilang

sebenarnya mrszain selalu kena kekejangan ini
semasa akhir-akhir  mengandung dulu
(masa hampir nak beranaklah)
mrszain minta az picitkan ibu jari kaki dia tuh
ni dah lama
udah 18 tahun dia tak mengandung lagi
maka az terlupa nak picit ibu jari kaki
tapi nak picit ibu jari macam mana
mana boleh kaki dibengkokkan
nak picit ibu jari kaki sendiri
masa normal pun nak picit ibu jari susah
ini pulak dah kejang

moral the sorey morey
CL hang kena beristeri
nanti kalau kena simpul biawak tak payah call ambulance
hehheheh (gurau CL)
dont take heart naaaa

oklah nak ke Muau  (Muar)
hantar anak bongsu
ada reunion katanya
bebudak ni nak reunion pun emaknya suruh az p hantar
kalau idak.......
'biarlah aku yang hantar'
huhuhu nasib badan

ini komodo bukan biawak
gambar hiasan

Sabtu, 27 Mac 2010

270310 : Hari ini Hari Sabtu. Hanya beberapa hari sahaja lagi Bulan Mac akan menghilangkan dirinya dan genaplah suku tahun pertama 2010. Hari ini aku mendapat arahan mewakili boss menghadiri satu majlis pengangerah di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka. Jauh juga perjalanan aku hari ini. Sambil-sambil memandu aku teringat Cikgu Sonata  yang sedang sibok menguruskan perkemahan pengawasnya. Teringin aku menerjah cikgu sonata ini. Justeru aku teringat Cikgu Mas untuk mendapatkan nombor cikgu Sonata, namun hampa CM enggan menjawab panggilan aku. Ada aku kisah? Aku menelofon sorang lagi sahabat baik aku di PDKM, alhamdulillah. Berjaya.

Sementara aku berbual dengan sahabat baik ini , SMS menerjah ke henfon aku, " salam. yup az cayang mas ada pkbgn staf. Cite la apa leh sy tlg'. Ooo SMS daripada CM, aku tak faham tulisan rengkas CM itu, minta maaf CM, masalah az dah selesai hehehh. Kelemahan aku ialah apabila aku dah dapat apa yang aku hendak, aku terlupa ............ Minta maaf CM, az lupa nak balas SMS itu. Jawab kat sini lah.

Meriah majlis sekolah ini
in purple

Gimik Persamian
Nampak robot itu?
membawa perutusan kepada Perasmi
Robot itu memindahkan perutusan kepada kereta robot
Kereta robot berjalan atas landasan

Sudah mula bergerak
Perasmi menunggu dengan debaran
Sampai ke idak ni
Alhamdulillah
sampailah perutusan itu untuk di tandatangani

Selepas itu majlis penyampaian hadiah bermula
Lamanya majlis ini kerana banyaknya hadiah
dan penghargaan untuk di sampaikan
Maka aku mendapat idea untuk menghubungi cikgu Sonata
Maka bermulalah episod perkenalan antara 2Z ini.
Mak oiiiii macam dah kenal berkurun
begitu rancaknya perbualan 2Z itu
jangan gossip aarr tak ada apa-apa
berkisar hal-hal perkemahan cikgu sonata itu aje
Sayang tak leh nak terjah kerana tak tahu bila la majlis ini nak selesai.
Nanti karang Sonata Anak Kancil tertunggu-tungu pulak
penungguan itu satu penyiksaan
lantas aku mengatakan lain kali
datang dengan mrszain lebih seronok


masa di tunggu-tunggu
best nampak
terbuka selera
dah pukul 1 petang
berkeroncong nih

alamak Hanis, daging salai
Nampak daging salai sure ingat kat Hanis
az makankan bagi pihak Hanis yer
Jangan lupa
Doa makan dulu
arrr hok ni juadah az
nasi sikit jer.
yang banyak lauk : daging salai, udang goreng tepung, ulam-ulam
puding sagu sebagai pencuci mulut
sagu bergula, manis
santannya lemak
sodap - slurrrrrrrrrrp

Jumaat, 26 Mac 2010

Dipersilakan memilih mana satu

260310: Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Hari Jumaat. Hari yang penuh mulia dan penghulu segala hari. Jumaat kali ini adalah Jumaat terakhir dalam buan Mac. Jumaat minggu hadapan kita akan berada dalam bulan April..Begitu cepat masa berlalu. Diamtak diam kita sudah melepasi  suku tahun pertama. Di pagi Jumaat yang mulia ini marilah kita menghayati firman Allah dalam hadis qudsi ini :


Wahai anak cucu Adam !

Layanilah Aku karena Aku mencintai orang yang melayani-Ku,
Engkau tidak mengetahui kadar kemaksiatanmu kepada-Ku dari umurmu yang telah lalu.

Dan engkau tidak pula mengetahui kadar apa yang akan kamu lakukan (bermaksiat) kepada-Ku dalam sisa umurmu yang akan datang.

Jangan lupa menyebut-Ku karena Aku Maha Melaksanakan apa yang Aku inginkan.

Sembahlah Aku karena engkau adalah hamba yang lemah dan Aku adalah Tuhan Yang Maha Tinggi


Jika seandainya saudara dan kekasihmu bisa mencium bau dosamu, dan mereka mengetahuinya sebagaimana yang Aku ketahui, niscaya mereka tidak akan pernah mahu duduk bersamamu dan didekatmu. Bagaimana mungkin, sedangkan dosamu setiap hari selalu bertambah, padahal umurmu semakin berkurang.

 

Jadilah merasa hina dengan dosa-dosamu dan selalu khawatir karena merasa tidak akan diterima amal-amalmu

Wahai anak cucu Adam !
Aku selalu melihatmu dan Aku menutupi dosa-dosamu.
Aku tidak memerlukanmu dan kamu selalu bermaksiat kepada-Ku padahal kamu memerlukan Aku


Kamu membangun dunia padahal dunia itu fana' (akan hancur) dan
kamu meninggalkan akhirat padahal ia abadi

 

Kamu bermanis-manis muka kepada makhluk-Ku dan takut kepada mereka karana khawatir dengan kemarahan mereka. Bahkan engkau tidak takut dengan azab murka-Ku


Maka, barangsiapa yang ingin beriman, silahkan beriman.
Dan barangsiapa yang ingin kafir maka biarlah ia memilih kafir

Khamis, 25 Mac 2010

Seksanya selera_1

250310: Kreatif? Inilah dia kek kasihsayang.
Kek sekarang tidak seperti dulu
Dulu kek belang
sekarang kek belang tak main lagi
Kek sekzrang pelbagai bentuk
pelbagai rasa
pebagai resepi
sampai  resepi pun rahsia
jadilah Secret recepi
macam-macam
apa-apa pun
kek tetap kek
kalau tak manis
kek tak menjadi
tidak dipanggil kek

kek kasih sayang

aku hanya memandang sahaja
memandang dengan .........
lama-lama ngap juga 2-3 biji
tak tahan godaan lah kak shidah


belek punya belek
akhirnya masuk juga dalam mulut
"bukannya nak makan tapi.......
kek tu sendiri nak masuk dalam mulut"

Rabu, 24 Mac 2010

seksanya selera

240310 : Kepada mereka yang masih sehat segar bugar
seperti afeez, che pit dan lain-lain yang masih muda belia
jagalah keihatan anda
jaga pemakanan
kata orang penyakit berpunca daripada perut
perut lah punca segala penyakit
kalau kita jaga perut kita
Insya Allah
penyakit akan menjauhi diri kita
Tapi aku?
Hanya ALlah yang tahu
Puas sudah mengawal pemakanan
sudah 23 tahun berlalu
teramat seksa menahan selera
semua yang bergula
tidak boleh di jamah
NAMUN
.............................................

Cendol
sedapnya
selera ingin menjamah
tapi ........
tapi apalah rasanya cendol  tanpa gula
tawar hebe
gula melaka di sebelah
hanya perhiasan
ALhamdul illah
masih boleh menghabiskan cendol ini
walaupun dengan 5% gula melaka

Detik 12.00 malam - aku kena berangkat pulang

240310 : Hari Sabtu yang lalu aku sempat bertandang ke rumah Puan Jamilah di Kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. Kebetulan pada malam itu beliau mengadakan kenduri sempena keberangkatannya menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah. Aku sampai di rumah Puan Jamilah pada pukul 11.00 malam. Apa kes ni az? Majlis mula selepas Isyak. Pukul 11.00 malam baru sampai. Lor... lepas Isyak lah tuh. Waktu Isyak kan panjang.

Apa kaitan Pn. Jamilah dengan aku? Pn. Jamilah adalah saudaraku. Saudara  sesama Islam. Bukankan setiap orang Islam itu bersaudara. Tahu pun.  Tahu tak  apa. Ish loyar buruk betul budak niiiiiii

Ini dia Puan Jamilah yang ramah
Sebelahnya itu adalah menantunya.
Cik Lie jangan lupa bawa Pn. Jamilah bergambar di Studio PDKM yer

Juadah sedia menanti
ada acar buah
paceri nanas
ayam masak merah
dan gulai daging

wow nasi jagung. Sedapnya
Kueh mueh tak dapat nak snap lah mama ju.
tiba-tiba malu pulak nak menyenap gambar
eh eh Mama Ju tak mahu makan sekali ker.

Hampir satu jam juga aku di rumah Pn. Jamilah ni. Seronok sembang dengan Pn. jamilah, anak-anaknya dan juga menantunya. Mereka tu sungguh peramah. Semoga pn. jamilah selamat samapi di Makkah dan dapat umrah yang maqbullah. Mungkin Pn. Jamilah dah sampai di Madinah tu.Semoga Pn. Jamailah elamat pergi dan selamat kembali semula ke Tanah Air menemui anak-anak tercinta terutama anaknya yang terkenal dengan panggilan manja  mama ju

Pukul 12.00 aku kena balik kalu idak nanti wajah menjelma lain pulak.
karang mrszain jadi Cinderlela pulak. Sapa nak jawab tuh

Selasa, 23 Mac 2010

Selamat hari Lahir

230310: Selamat Hari kelahiran kepada My Stories (MS). Diam tak diam MS sudah menjangkau 2 tahun. Mesti sudah pandai berlari MS. Kehadiran MS di alam maya sungguh menarik hatiku. Hatiku akan aman bila menjengah MS. Begitu cantik seribu ketenangan apabila berdampingan dengan MS.

diciplak dengan ihsan/izin KN

Aku mengenali MS melalui PDKM. PDKM telah menemukan aku dengan insan-insan berhati mulia. Teman-teman bergurau senda juga teman dikala duka apabila membaca atau menyelusuri n3 yang pelbagai rupa.. Mereka serng memberikan sinar kepadaku di kala aku stress teman-teman PDKM  mereleasekan stres aku. Di kala aku bosan n3  teman-teman PDKM menghiburkan hatiku. MS tidak terkecuali dikala aku buntu aku akan ke MS melihat kehijauan, kelembutan MS yang mampu membuatkan aku tersenyum, dan ceria. Keistimewaan MS mestilah kepada pemiliknya KN (Hjh Zainab). Cetusan ideanya yang begitu kreatif bisa membuat aku terasa aman, seronok menikmati keindahan bait-bait tulisan dan hamparan panorama yang begitu indah dan sempurna sekali.
Kini 2 tahun umur MS dengan teman pengunjung setianya berjumlah 107 pengikut menjadikan MS begitu gah di alam maya ini. Nanti suatu masa aku akan mengunjungi pemilik MS. Insya Allah.


antara kandungan MS
dengan izin Kak Nab (bila pulak KN bagi keizinan ni)
Salam Ceria

Isnin, 22 Mac 2010

Ceritera nak mengena

220310 :  Tidak ada menariknya ceritera hari ini cuma hanya untuk berkongsi yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pujangga berhati-hati di jalanraya. Anda mampu mengubahnya.

Balik kerja petang, mrszain menceritakan beliau dihubungi melalui telefon yang mendakwa daripada CELCOM. Tahukan CELCOM. hheheh. Loyar buruk betul az ni. :

Penelefon : Asalamuaikum dan selamat sejahtera
Mrszain : Alaikum salam
Penelefon : No. telefon ini kepunyaan puan bukan?
mrszain : Betul. Tidak syak lagi.
Penelefon : Kami daripada CELCOM
Mrszain : iyer, apa yang bolehnsaya bantu?
Penelefon: Tahniah puan, no telefon puan ini  telah memenangi hadiah wang tunai  RM 7K 
mrszain: iyer ke. Macam mana boleh meanang, saya tak ada masuk mana-mana petandingan
Penelefon: No puan ini bertuah kerana menang sebagai nomnor bertuah anjuran CELCOM
mrszain : &^%$#%^
Penelefon : Kami perlukan  nombor  akaun bank simpanan puan untuk kami pindahkan duit terus ke akun puan
mrszain : eh eh sayangnya, saya tak ada akaun simpananlah
Penelefon; Tak kan puan tak ada no akaun,mustahil
mrszain : saya tak kerjalah.
Penelefon: puan duduk kat mana ni
mrszain : saya duduk di Kelantan
Penelefon : ooo,duduk kelantan, puan duduk jauh daripada bandar ke?
mrszain : aa ah. saya duduk juh drpd bandar
Penelofon : Boleh saya dapat no kad pengenalan puan
mrszain:  saya tak leh bagi no kad pengenalan,, encik nak buat apa dengan no kad pengenalan saya
Penelefon : %^&*&^^%. Beginilah puan,boleh saya dapatkan no akaun suami puan
Mrszain : suami saya pun tak ada no akaun. Dia kerja menoreh getah jer.
Penelefon : macam mana tak ada no akaun, puan tak mahu ker duit RM7K ni
mrszain : saya tak minat lah &*^%%$#ERYUUYHGF^uujsjhs - mrsaain terus mematikan telefon.


ha itulah ceritera nak mengena hari ini. Nasib baik mrszain tersedar dia akan dikenakan. Dia banyak mendengar cerita penipuan sama ada daripada  akhbar atau kawan-kawannya sendiri..

Jadi, pengumuman-pengumuman jangan tergoda dengan panggilan telefon seumpama itu.ibu-ibuk,  bapak-bapak jangan jadikan anda mangsa penipuan. Sendiri mahu ingat. Lu pikirlah sendiri. Ada aku kisah?

Ahad, 21 Mac 2010

eh eh Che Lie ada kat KL?

210310: Jangan tipulanjat arr
gempak jer


Hari tu semasa majlis tahlil di rumah ibumertuaku
ternampak seseorang
'terperanjat juga
muka macam famiier je
Che Lie ke?
Bila pulak dia balik KL
Sekejap ada sekejap tak ada?

Sebenarnya insan itu adalah sepupu mrszain
CM, Hanis kalu tengok betul-betul ada ke iras-iras CL?

CL kata adale sikit-sikit hehhe

CL masa mude

sebenarnya masa muda-muda dulu, sepupu mrszaian ni memang tak tumpah macam CL tau

 

ada berani?

210310: Salam hari Ahad. Hari rehat dan bersantai. Tiba-tiba aku teringat satu perkara  yang nak dikongsi bersama anda semua. Perkara ini berlaku di sebuah plaza tol. Semasa beratur untuk melepasi tol tersebut, de depan aku itu sebuah kereta berjenama. Daripada simbolnya itu, anda pasti kenalkan? Namun yang menarik ialah nama jenama nya itu dikreatifkan begini. 


ok la. Masing-masing punya hal.
kereta depa depa punya suka
ada mata tengok ......
ada aku kisah? heheh

Sabtu, 20 Mac 2010

ayam penyet VS ambeng

200310:

Nasi Ayam Penyet
Rasanya not bad
terasa ayam berempah
ada sambal tapi tak letak
kalau ada nampak seri dia kan?

Nasi Ambeng
Makanan masyarakat  orang Jawa
menyebutnya pun kena betul-betul
biasanya dihidang semasa ada keramaian
sepert majlis tahlil
nasi di letak dalam dulang
makan ramai-ramai biasanya 4 orang
duduk mesti bersila
lauknya pelbagai - lebih 4 macam
sperti ayam (sudah semestinya), serunding kelapa, ikan asin, sayur-sayuran
ditambah pula dengan mee goreng dll
selepas makan: nasi/lauk akan dibungkus sebagai berkat
kalau setuju, tak perlu makan, hidangan dibahagikan dan dibungkus dibawa pulang
La ni nasi ambeng dah di jual di pasar-pasar malam atau pasar pagi

nasi di atas tuh adalah ole oleh Yasinan di pejabat pagi semalam
Alhamdulillah.

apa-apa pun nasi ayam penyet dan nasi ambeng ni warisan menu daripadai seberang. hehhe

Jumaat, 19 Mac 2010

Telegram

190310 : Sebelum balik pejabat tadi dapat dua keping telegram. Di alamatkan kepada mrszain. Apa isinya. Hati bertanya-tanya juga. Bukannya apa, dah lama tak terima telegram. Maklumlah zaman dah canggih, Mana bisa main telegram. Telegram ni kan untuk masa doulu-doulu. Dulu telegram lah  perkhidmatan yang cepat sekali. Sekarang kita dah ada internet, SMS pelbagai.

ni dia dua pucuk telegram
daripada Telekom Malaysia tuh

Maka bila sampai ke tangan mrszain, beliau terus membuka, mungkin dalam debaran juga kot. Mrszain ni seorang yang cool. Relaks je.


ini dia isi telegram
nak tahu ke

Ermm, telegram daripada Dato' Pengerusi MARA
dan sekeping lagi daripada Dato' Ketua Pengarah MARA

kedua-dua telegram itu adalah ucapan takziah kepada mrszain atas kembalinya ibu mrszain ke rahmatullah pada hari Ahad lepas.

Terima kasih Dato Pengerusi dan Dato' Ketua Pengarah MARA atas tanda simpati. Semoga Dato-dato' sentiasa di rahmati oleh Allah swt.

Prasangka

190310:
Bertemu lagi kita pada Hari Jumaat.
Penghulu kepada segala hari.
Begitu cepat dirasakan masa berlalu.
Terlalu banyak nikmat Allah yang diberikan kepadaku.
Maka nikmat Allah yang mana satukah yang mahu aku dustakan.
Semoga Allah memberikan keampunan kepadaku.
Mengampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (QS: al-Hujurat:49:12)


Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (QS: an_Najm:53:28)

Rabu, 17 Mac 2010

Bersemadilah ibu mertuaku dengan aman

170310: Disinilah Tanah Perkuburan Islam Kg Puah, Jalan Gombak di mana bersemadinya ibu mertuaku.



Ibu mertuaku disemadikan pada pukul 9.00 malam 14 Mac 2010
Alllahyarham meninggal dunia pada pukul 1.30 petang 14 Mac 2010.

Hanya doa yang dapat dititipkan
Semoga Alah mencucuri rahmat ke atas roh ibu mertuaku dan menempatkannya bersama-sama orang yang soleh.

pusara ayah mertuaku
Pagi tadi sebelum balik kami singgah menziarahi pusara ibu dan bapa mrszain tercinta


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (QS: Ali Imran:3:185)

Konsep makanan Halal & Haram dalam Islam

170310 : Sekiranya anak-anak tuan/puan bertanya soalan ini, maka anda mempunyai idea untuk menjelaskannya. Sila klik imej untuk paparan lebih jelas














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...