Isnin, 15 Mac 2010

Semoga Rohnya di Cucuri Rahmat Allah

Tanggal 14 Mac 2010, pukul 1.30 petang, bonda tercinta isteriku telah pergi menemui Ilahi setelah 8 tahun menderita diserang angin ahmar. Bonda mrszain pergi dengan aman dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah dengan  bantuan adik ipar yang menjaga bonda dengan sabar. Wajah bonda kelihatan tenang seperti orang sedang tidur dan aku sempat mengucup dahi ibu sebagai tanda kasih sayang penghormatan terakhir.
Jenazah di bawa ke surau Kg Puah untuk dimandikan pada pukul 7 malam dan dimandikan selepas solat maghrib. Selepas solat Isyak, jenazah disembahyang oleh sanak saudara, anak cucu, dan ahli kariah Surau Kg. Puah Gombak.

Setelah itu jenazah diusung oleh anak-anak ke Kubur Kg. Puah yang hanya bersebelahan dengan surau Kg. Puah. Bertuah ibu mertuaku kerana terdapat satu lagi lot kosong dan yang terakhir untuknya disemadikan bersebelahan dengan ayah mertuaku dan nenek isteriku. Selepas ini ahli keluarga isteriku yang meninggaldunia akn disemadikan di tanah kuburan yang agak jauh ke bahagian belakang tanah kubur yang telah begitu sesak.

Sebaik sahaja jenazah disemadikan hujan rahmat turun membasahi tanah kubur yang telah lama tidak menerima siraman hujan.

Bersemadilah ibuku. Semoga roh ibu dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang diredai Allah SWT. Al-Fatihah.

AKu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudaraku Manzlie yang sudi menitipkan bacaan Yassin kepada arwah ibu mertuaka , dan juga ucapan takziah daripada teman-teman di blog PDKM juga ucapan takziah melalui SMS daripada CL, UMi umairah, Rezeki, azie dan lain-lain.

27 ulasan:

Azima berkata...

Salam AZ

Salam Takziah buat AZ & Mrs Zain di atas kembalinya bonda tersayang ke Rahmatullah petang tadi..semoga roh beliau dicucuri rahmat dariNya dan ditempatkan bersama-sama para solihin...AMIN.

AL-FATIHAH...

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Azima,

terima kasih azima.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Salam Takziah

Lapangkan kuburnya,teranggi kuburnya dgn cahaya Syurga

Wassalam

insan pendidik berkata...

salam AZ,

takziah drp IP utk AZ sekeluarga. moga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman..alfatihah

sonata anak kancil berkata...

Salam Ayah Zain & keluarga - salam takziah dari saya sekeluarga.

Semoga roh allahyarhamah dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah.

rezeki berkata...

salam az

al fatihah buat roh almarhumah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam az,

takziah. al-fatihah buat roh arwah ibu mertua.

Noor berkata...

Salam AZ..

salam takziah untuk AZ & mrs zain sekeluarga diatas kepulangan kerahmatullah insan yang disayangi.. semoga roh ibu mertua Az ditempatkan bersama golongan para solihin.. amin.. AL-Fatihah

zainon berkata...

Salam AZ,
Takziah drp kami buat AZ & Mrs.Zain.
Allah lebih sygkan Allahyarhamah bonda. ALFATIHAH.......

ainhany berkata...

salam AZ

salam takziah buat az sekeluarga. Semuga almarhumah ibu mertua damai disana dan dicucuri rahmat AL FATIHAH.

KAMATO berkata...

Salam takziah, tiap yang hidup akan pergi jua, moga rohnya akan dirahmati dan ditempatkan bersama oarang yang beriman

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

terima kasih. Insya Allah akan diterangkan dengan doa drpd anak2nya yang soleh

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

terima kasih semoga rohnya ditenpat hambanya yang soleh

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

terima kasih atas iringan doa itu

Ayah Zain berkata...

salam Rezeki

Terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam kak nab

Terima kasih kak nab.

Ayah Zain berkata...

salam Noor,

terima kasih, hanya Allah yang membalasnya

Ayah Zain berkata...

salam kak zainon,

terima kasih, kak non.

Ayah Zain berkata...

salam kak zainon,

terima kasih, kak non.

Ayah Zain berkata...

salam ainhanny,

terima kasih jua.

Ayah Zain berkata...

salam kamato,

terima kasih. benar. daripada tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali

Zie berkata...

Salam AZ,
Salam Takziah AZ sekeluarga, semoga almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Alfatihah.

Ayah Zain berkata...

SAlam Zie,

terima kasih jua az ucapkan kepada mu

Catatan Peribadi Rusyaini berkata...

Salam Ayah Zain,

Semoga roh ibu mertua AZ dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

terima kasih,mr&mrszain amat emoga rohnya diterima dan dicucuri rahmat Allah.

Raymond Mersing berkata...

Salam Papa Z,

salam takziah buat Papa & Mama. Moga segala kebaikan Allahyarhamah diganti dgn Jannatulfirdaus dgn telaga al-kauthar yg begitu dingin & menyegarkan.
Entahlah brapa lama lagi hayat ini membolekan diri ini melihat dunia yg fana', bersama-sama dgn anak-anak isteri
Memang benarlah bahawa Kematian menjadikan Kehidupan ini amat Bernilai

PINATBATE berkata...

Salam takziah AZ,
semuga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga yg ditinggalkan dilimpahi kesabaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...