240310 : Hari Sabtu yang lalu aku sempat bertandang ke rumah Puan Jamilah di Kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. Kebetulan pada malam itu beliau mengadakan kenduri sempena keberangkatannya menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah. Aku sampai di rumah Puan Jamilah pada pukul 11.00 malam. Apa kes ni az? Majlis mula selepas Isyak. Pukul 11.00 malam baru sampai. Lor... lepas Isyak lah tuh. Waktu Isyak kan panjang.
Apa kaitan Pn. Jamilah dengan aku? Pn. Jamilah adalah saudaraku. Saudara sesama Islam. Bukankan setiap orang Islam itu bersaudara. Tahu pun. Tahu tak apa. Ish loyar buruk betul budak niiiiiii
Ini dia Puan Jamilah yang ramah
Sebelahnya itu adalah menantunya.
Cik Lie jangan lupa bawa Pn. Jamilah bergambar di Studio PDKM yer
Juadah sedia menanti
ada acar buah
paceri nanas
ayam masak merah
dan gulai daging
wow nasi jagung. Sedapnya
Kueh mueh tak dapat nak snap lah mama ju.
tiba-tiba malu pulak nak menyenap gambar
eh eh Mama Ju tak mahu makan sekali ker.
Hampir satu jam juga aku di rumah Pn. Jamilah ni. Seronok sembang dengan Pn. jamilah, anak-anaknya dan juga menantunya. Mereka tu sungguh peramah. Semoga pn. jamilah selamat samapi di Makkah dan dapat umrah yang maqbullah. Mungkin Pn. Jamilah dah sampai di Madinah tu.Semoga Pn. Jamailah elamat pergi dan selamat kembali semula ke Tanah Air menemui anak-anak tercinta terutama anaknya yang terkenal dengan panggilan manja mama ju
Pukul 12.00 aku kena balik kalu idak nanti wajah menjelma lain pulak.
karang mrszain jadi Cinderlela pulak. Sapa nak jawab tuh
18 ulasan:
Salam buat AZ sekeluarga..semoga sihat2 selalu hendaknya.
Selamat menunaikan Umrah buat Pn jamilah.Semoga mendapat Umrah mabrur..AMIN.
AZ..mcm pernahku lihat dulang itu..tapi di mana yer???
salam from Makkah..
CL senantiasa menunngu kedatangan mak mama ju tau...insyalah
waslam
salam az
kalau mrs zain jadi cinderella, mr zain jadi ape yek ? hehehehe
Salam Azima
Pernah tengok dulang? Dulang itu ada di mana-mana sahaja. hheheh
Salam AZ,
biar kak nab jawab soklan pak itam..
kalau mrs zain jadi cinderella..mr zain jadi price charming laa..
Salam CL,
Alhamdulillah. Semoga urusan mak maju di permudahkan Alah swt. Insya Allah
Salam CR,
mrszain tak akan jadi cinderrela sebab dia dah jadi mak orang hehhehe
Salam kak nab,
ma kasih tolong bantu. Alamak kak nab tersalah type atau betul2 tuh. hehehehhe
salam dan selamat pagi ayahanda zain : AZ ni asik bertandang ke rumah orang jer, orang takde yg bertandang ke rumah AZ ker? huhu..
Salam Az
taniah AZ
mengeratkan ukhwah
Wassalam
Salam afeez,
amvoi-amvoi lazernya muncung kamu yer.
orang dah jemput, takmanis di tolak afeez oiiiiiii.
Salam rozali,
alhamdulillah. Rezeki dan mengeratkan silatulrahim
Salam Az...
Sekarang ramai orang pi umrah..balik kg sana..balik kg sini semua duk nak pi umrah...alhamdulillah..rahmat Allah...tu buat depar semua ...
Sedap aar menu kenduri tu..ishkk..
Afezzzzzzz ko ni suka lah buat orang geram...ado yor idea nak menyakat ...
Salam AZ
Terimakasih keran promo ini..semua ini lebih mengeratkan kita..Ptg ni ada jiran mak(best frd dia )ke Mekah naik dr KLIA mungkin dpt anta..masa mak ari tu naik dr singapura..tak dpt nak bersama.
Lepas ni AZ terjah pulak rumah Afeez,, suruh dia masak...dia pandai masak..
Hari ni mama lambat respon...ada masalah teknikal...
jumpa lagi.
Sebenarnya mama nak ambil gambar juga tapi malu pulak kat AZ...kan pertama kali jumpa...
Salam Shami2
ma kasih Shami2 support az. Biarlah si afeez tu. Bak kata CL ada ubi ada batas. hehheh
la afeez tu memnag suka menyakat.
Salam mama ju
alhamdulillah,az sampai juga ke rumah mak mama ju. Hari tuh mrszain dah tak nak pergi, dia sakit pinggang tapi bila dia x sampai hati atas jemputan mamaju. Bagus dia kan?
az berdebar gak kalau mamaju snap gambar masa tu...... alhamdulillah.
Salam..semuga Pn Jamilah selamat pergi dan balik serta dirahmati..
Catat Ulasan