Selasa, 2 Mac 2010

Happy birthday

020310 : Hampir aku terlupa rupanya hari ini adalah hari lahir anak ku yang nombor 4. Padanlah dia macam bagi que aje tengah hari tadi dengan tidak turun makan  bersama-sama  tengah hari tadi. Adik dia pula senyum-senyum sahaja, rupanya ada perkara hendak dilaporkan oleh si Putera Bongsu

Petang tadi aku mendapat SMS daripada sepupu aku di Kuala Lumpur mengatakan ayahnya (bapa saudaraku) di serang stroke dan telah dimasukkan ke HUKM. Kemudian bertali arus adik-adikku menghubungi aku  untuk menziarahi bapa saudara kami itu, tambah pula ibuku ada bersamaku. Ibuku pantang mendengar berita ini, mentelahi lagi itulah satu-satunya saudaranya yang  masih tinggal. adik-adik beradiknya yang lain telah pun pergi menemui Illahi.

Fikir punya fikir aku mengambil keputusan untk mengambil cuti pada besok hari  justeru aku mengisi borang permohonan cuti pada 3 Mac 2010. Semasa meletakan tarikh permohonan 2 Mac 2010 baru aku tersedar yang tarikh yang aku tulis adalah bersamaan tarikh lahir anakku yang nombor 4.

Malangnya selepas saat itu aku terlupa kembali kerana balik daripada pejabat aku memaklumkan kepada ibu ku untuk meziarahi abangnya (bapa saudaraku) yang kini berada di HUKM. Namun selepas maghrib aku membatalkan niat untuk bertolak ke KL kerana ingin  membawa familiku meraikan harilahir anakku itu. Tak sampai hati ku tanpa meraikan harilahirmnya.  Kebetulan pula beliau berada di rumah bercuti daripadi pengajiannya.

inilah tempat kami meraikan hari jadi anak ke 4 ku

LSC Golden
yum yum yummy

Sup

Roti Garlic

Salad untuk mrszain

7up  untuk anak-anak

kopi untuk ibuku

Selamat Hari Lahir Afifi

Selamat Menjamu Selera

Selepas makan, ermmm aiskrim la pulak

22 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Selamat hari lahir Afifi

moga jadi anak yg soleh

Wassalam

Azima berkata...

Salam Ayah Zain..

Happy Birthday Afifi..Moga panjang umur dan jadi anak soleh kesayangan ayah n bonda..

Best nyer AZ..tgk aiskrim tu teringat aiskrim Cl yg kat Makkah tu..

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

terima kasih atas ucapan. Alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

Salam Azima,

terima kasih kembali.

Ice cream? memang sedap hehheh

khairyn berkata...

Salam Ayah Zain

Ucapan Selamat Hari Ulangtahun untuk Afifi. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya. Juga semoga menjadi mujahid menegakkan Islam dan menentang yang kuffar :)

Mendoakan semoga ayah saudara Ayah Zain sejahtera dan sentiasa dalam peliharaanNya.

Amiinn.

Pssttt... Kat sini mentari cerah tapi suhu masih lagi sejuk. Hari ni 6C. InsyaAllah tak lama lagi Musim Bunga. Yay!!!

Atikah berkata...

Salam AZ,

Selamat Hari Lahir buat Afifi... Semoga hidupmu sentiasa dirahmati.... Moga menjadi anak yang soleh.. penyejuk hati ayah dan ibu...

aznaz berkata...

salam ayah zain...

selamat hari lahir afifi..moga menjadi anak yang soleh dan taat pada kedua org tua..doa cl..

ayah zain meh lah 'rumah' cl kita pakat makan beramai ramai..nak tak..

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Khairyn

Terima kasih dengan titipan doa-d0amu itu.

wow, seronoknya musim bunga yang dipenuhi bunga-bunga di sana sini kan?

tiba2 ingat filem hindustan hahahah

Ayah Zain berkata...

salam atikah,

ma kaceh arr. moga afifi dapat menyejokan hati ibu yang menngandungkannya.

Ayah Zain berkata...

salam cl,

terima kasih CL.

malam tadi tunggu jer, tapi tak larat la CL buat jamuan tuh. dah titun woo

mama ju berkata...

selamat hari lahir Afifi.Moga jadi anak soleh.
Bagusnya AZ sentiasa ingat hari lahir anak...tak semua lelaki mcm tu tau..

rezeki berkata...

salam az

selamat hari lahir buat si anak afifi

semoga menjadi anak yang soleh yang sentiasa membahagiakan kedua org tuanya

insyallah

Noor berkata...

Salam AZ..

Selamat Hari Lahir Afifi.. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya. Amin

psstt.. salad tu mengancam arr..

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : hepi besdey afifi bin ayahzain... semoga murah rezki dan berjaya dalam aper jua bidang yang diceburi... wow..

ainhany berkata...

salam ayhda AZ,

HAPPY bestDAY to afifi
jadilah anak yg mbhagiakan fmily.

Muga bapa saudara ayhda AZ pulih dan sembuh...juga jaga diri tau pasni
antara kegembiraan dan kedukaan..kesabaran adalah kunci ketenangan. semuga sabar atas ujian ini

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju,

hheheh, dah terlupa semalam tu, nasib isi borang permohonan cuti hari ini, baru teringat

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

ma kasih atas titipan doa

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

ma kasih jua.

Salad? ermm memang sedap. Jom join sama

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

hahahah, kamu ini bikin az tersenhyum simpul ada pulak bin ayahzain, kalakau

Ayah Zain berkata...

Salam ainhani,

yer, terima kasih atas titipan doa mu itu. Moga Allah memberkatinya

insan pendidik berkata...

salam,

selmt hari lahir utk si anak nasib baik ingat kalo tk merajuk plak nanti hehe

Ayah Zain berkata...

salam IP.

tak tahu ler merajuk ke idak. hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...