Jumaat, 19 Mac 2010

Telegram

190310 : Sebelum balik pejabat tadi dapat dua keping telegram. Di alamatkan kepada mrszain. Apa isinya. Hati bertanya-tanya juga. Bukannya apa, dah lama tak terima telegram. Maklumlah zaman dah canggih, Mana bisa main telegram. Telegram ni kan untuk masa doulu-doulu. Dulu telegram lah  perkhidmatan yang cepat sekali. Sekarang kita dah ada internet, SMS pelbagai.

ni dia dua pucuk telegram
daripada Telekom Malaysia tuh

Maka bila sampai ke tangan mrszain, beliau terus membuka, mungkin dalam debaran juga kot. Mrszain ni seorang yang cool. Relaks je.


ini dia isi telegram
nak tahu ke

Ermm, telegram daripada Dato' Pengerusi MARA
dan sekeping lagi daripada Dato' Ketua Pengarah MARA

kedua-dua telegram itu adalah ucapan takziah kepada mrszain atas kembalinya ibu mrszain ke rahmatullah pada hari Ahad lepas.

Terima kasih Dato Pengerusi dan Dato' Ketua Pengarah MARA atas tanda simpati. Semoga Dato-dato' sentiasa di rahmati oleh Allah swt.

9 ulasan:

YB berkata...

Salam MZ

Bertuah lah dapat boss prihatin.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Perihatinnya boss2 tu, kalau Muslim, tentu meraka diantara orang2 yg soleh
Alhamdulillah

Wassalam

Atikah berkata...

Salam AZ,

Alhamdulillah... seronokkan dapat boss yang prihatin...

Berpuluh tahun tak nampak telegram... baru hari nie dpt tgk kembali... hehehe

Ayah Zain berkata...

Salam YB,

Alhamdulillah, semoga terus bertuah

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

memang mereka itu muslim. Dato Pengerusi itu ialah bekas MB Terengganu dulu Dato Idris Jusoh.

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

itulah pasal. Mula2 macam heran juga. INgat apa le yang datang dengan logo TM ituh. hehehheh

CM berkata...

Salam..

dulu masa kecik2 bila dapat telegram,arwah atuk n nenek saya selalu berdebar...telegram dulu rupanya lain..

cm kagum arr dgn kerprihatinan pengurusan MARA,,,

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

lain macam mana? az dah lupa sebab jarang terima telegram. Dulu tak ada sampulkan? hhehhe

ok la pengurusan MARA tuh. Tapi bila terima tu memang terasa juga di hati ini bahawa kita dihargai.

rezeki berkata...

salam az

ada lagi pekhidmatan telegram ni, saya ingat dah takde

dedulu kalau terima telegram, mesti ada berita tak baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...