Rabu, 17 Mac 2010

Bersemadilah ibu mertuaku dengan aman

170310: Disinilah Tanah Perkuburan Islam Kg Puah, Jalan Gombak di mana bersemadinya ibu mertuaku.



Ibu mertuaku disemadikan pada pukul 9.00 malam 14 Mac 2010
Alllahyarham meninggal dunia pada pukul 1.30 petang 14 Mac 2010.

Hanya doa yang dapat dititipkan
Semoga Alah mencucuri rahmat ke atas roh ibu mertuaku dan menempatkannya bersama-sama orang yang soleh.

pusara ayah mertuaku
Pagi tadi sebelum balik kami singgah menziarahi pusara ibu dan bapa mrszain tercinta


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (QS: Ali Imran:3:185)

26 ulasan:

aznaz berkata...

salam from Makkah...


moga allah swt mencucuri rahmat keatas roh beliau dan mereka yang telah pergi dahulu meninngalkan kita ,juga moga di tempat kan mereka semua di syurga firdaus....insyalah, amenn


waslam

rezeki berkata...

salam az

semoga yg telah pergi meninggalkan kita ditempatkan dikalangan hambaNYA yg beriman dan beramal soleh.

Amin

Azima berkata...

Salam AZ..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan juga kepada semua ahli keluarga yg telah kembali ke Rahmatullah..AMIN.

Kita juga akan ke sana..cuma masa dan ketikanya hanya Allah jua yg Maha mengetahui..Semoga kita senantiasa mengingatinya dan menjadi hamba yg diredhaiNya.InsyaAllah..AMIN

Wassalam

sonata anak kancil berkata...

semoga Allah mencucuri rahmatNya....Setiap kali kematian mengingatkan diri ini juga akan pergi!

rosli berkata...

Salam Az,

Semoga AZ dan isteri dapat bersabar. Semoga Allah mencucuri rahmatnya.

Salam jugak untuk Mrs Zain,mintak dia bersabar dan redho. Arwah emak saya dulu selalu berpesan pada saya, orang yang meninggal ni ibarat pergi belayar, semakin lama semakin jauh, kita akan semakin lupa pada mereka. oleh itu kita kena sentiasa berdoa untuk mereka.

PINATBATE berkata...

Salam
Semuga berada rohnya berada dalam limpahan ampunan dan rahmat Allah.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Insayallah jadilah kita yg tinggal ini, anak anak yg soleh diantara sedekah jariah dan ilmu yg diwarisi yg mengalir pahala2 setelah mereka meninggal

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Insya Allah. Semoga rohyna diterima Allah.

psst! maintain no wahid

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Hanya yang tinggal anak2 yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya, diharap kita dalam golongan anak2 yg sentiasa mendoakan ibu bapa kita insyaallah...salam kat mrs zain semoga ia bersabar dgn takdir Allah ini.

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Insya Allah. Terima kasih atas doa

Ayah Zain berkata...

Salam Azima,

Terima kasih atas doa Azima itu. Sampai masanya kita semua akan ke sana juga

Ayah Zain berkata...

Salam Sonata,

betul tu, kematian itu pasti. Ingatkan mati sentiasa akan menjadikan kita sedar kita ini hamba yang diciptakan Allah

Ayah Zain berkata...

Salam Rosli,

bagus ingatan ibu Rosli tu. Memnag betul,orang yang mati ibarat belayar ke tengah lautan, makin lama makin jauh dan akhirnya kita terlupa. Kita sering melupakan saudara mara kita yang telah pergi termasuk yang dekat dengan kita, masya Allah.

memnag manusia itu sering lupa dan lalai

Ayah Zain berkata...

Salam Pinatbate,

terima kasih atas ingatan

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

enar tu,marilah kita menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

benarlah kata kak sidah tu. Terima kasih sudi datang menziarahi mrszain senin lepas.Kami amat menghargainya dan amat berbesar hati

CM berkata...

Salam AZ

Al fatihah untuk arwah,syahdu hati cm tengok cikgu dok berteleku menatap pusara ibu bapanya...kini cikgu yatim piatu..kehilangan dan kematian tu pasti hanya kesabaran menjadi pengubat kesedihan..doa cm semuanya tabah ...

مسافر اسلام berkata...

Salam az, Takziah.
hanya doa dan sedikit surah al-Quran dari MI di sedekahkan kepada Kedua mereka yang telah pergi meningalkan kita.

Bila tiba masanya utk kita, ia pasti akan berlaku. Perkara ini tiada sapa duga, tiada sapa boleh baca, tiada sapa tahu dan tiada sapa boleh halang. Ia semua kuasa Allah s.w.t.


al-Fatihan.....amin.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

terima kasih. Ucapan drpd kawan-kawan amat di hargai.

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda MI,

terima kasih. Amat terharu teman2 PDKM memberikan ucapan takziah. Hanya Allah yang membalasnya

ummu berkata...

Salam Ayah Zain
Al Fatihah buat allahyarhamah mertua AZ.

Ayah Zain berkata...

Slam Qaseh,

ma kasih arr. Moga Allah memberkati Qaseh masitah

Atikah berkata...

Salam AZ,

Al fatihah buat arwah ayah n ibu mentua AZ... semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditemptkan dikalangan para solihin... amin

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

terima kasih tanda sokongan. AZ amat menghargainya

Unknown berkata...

salam AZ...

AL Faatihah buat bonda mertua AZ , semoga arwah tenang bersemadi di sana dan ditempatkan bersama2 para mukmin .
masih terbayang wajahnya yg tenang ketika ummi mziarahinya dulu...

sinomosa berkata...

salam AZ,

Takziah buat AZ sekeluarga walaupun terlambat sy ucapkan..
Semoga Mrs Zain tabah menghadapinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...