290310 : Hari Isnin. Setiap pagi Isnin tepat pukul 8.15 pagi kami akan berkumpul di satu ruang pejabat untk berkumpul untuk merapatkan ukwah dan silatulrahim sesama anggota di pejabat.
Antara aktiviti yang kami jalankan ialah tazkirah dan taklimat serta perkembangan info terkini.
Tazkirah kali ini diterajui oleh kumpulan 3 dengan tajuk ciri-ciri orang munafik.
Ada 4 ciri-ciri manusia yang dikategorikan sebagai orang munafik.
1. Apabila bercakap ia berdusta
2. Apabila berjanji ia mungkir
3. Apabila diberikan amanah ia khianat
4. Apabila bertengkar / berhujah ia hendak menang dengan menegakkan benang basah.
Begitu terkesan di jiwa
Adakah aku mempunyai semua sifat-sfat tersebut.
Adakah aku punya 3 sifat, 2 sifat? 1 sifat atau
tiada langsung sifat munafik itu di dalam diri aku.
Adakah sahaja 1 ciri maka ada satu ciri munafik dalam diri kita
Adakah sahaja 1 ciri maka ada satu ciri munafik dalam diri kita
Ya Allah aku bersujud kepada Mu'
Jauhkan aku daripada sifat-sifat yang tidak kau redai itu
adakah aku apabila berbicara aku berbohong kernana hendak menjaga hati.
,orang kata bohong sunat
,orang kata bohong sunat
namun dalam Islam tiada bohong sunat
Adakah Dalam berjanji aku mungkirinya
KIta begitu mudah berjanji tetapi kita mungkiri
KIta begitu mudah berjanji tetapi kita mungkiri
Adakah amanah yang diberikan kepadaku, aku khianatinya atau
adakah aku menegakan benang yang basah untuk membenarkan hujah aku?
Semuanya itu, semua Allah yang mengetahuinya
Di hari pengadilan semua anggota kecuali mulut akan berkata-berkata
berkata tentang apa yang dilakukan di dunia
Tiada apa yang boleh disembunyikan lagi
kata orang sendiri buat sendiri tanggung
sendiri mahu ingat
kena ambil kisah.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (QS:an-Nisa:4:142)
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (S:al-Mukminun:63:1)
12 ulasan:
Assalamualaikum Az
Moga Allah menjauhi kita semua darida 3 ciri ciri orang munafik
amin
Wassalam
Salam Rozali,
mudah-mudahan di jauhi dengan 4 ciri-ciri itu. namun kadangkala terlupa juga, tahu-tahu sifat2 munafik itu brtapak dalam diri kita
salam from Makkah..
moga kita tidak dalam golongan tersebut..insyallah..aminnn...
waslam
Salam CL,
Isnya Allah, marilah kita memperbaiki diri kita dan jauh drpd sifat-sifat ini
Salam perkenalan AZ,
Ni..kali k3 N singgah blog AZ ni...slame ni...senyap2 je ...asalnya dr PDKM jgk. Tp n3 AZ utk arini...dah 2 3 kali gak N bace...terkesan di hati.
Ya Allah...jauhkan lah aku drpd sifat2 yg x kau redhai dan tetapkan lah imanku...amin.
Salam buat mrszain.
salam Az,
Moga sifat2 cam tu dapt dikikis dri diri ini... amin... INSYAALLAH
salam AZ
Muga kita dapat memperbaiki diri ..Ya Allah jauhkanlah sifat tak baik tu...Amin
salam N
sama-sama kita menjauhi sifat2 itu. Terima kasih ziarahi az
Salam atikah
Insya Allah.
Salam mamaju
amin, semoga di berkati Allah
Salam az,
smoga apa yg ditulis dapat di hindari dari golongan itu. Kena banyak muhasabah diri...solat jgn tinggal.
Salam
salam MI,
insya ALlah
Catat Ulasan