190310:
Bertemu lagi kita pada Hari Jumaat.
Penghulu kepada segala hari.
Begitu cepat dirasakan masa berlalu.
Terlalu banyak nikmat Allah yang diberikan kepadaku.
Maka nikmat Allah yang mana satukah yang mahu aku dustakan.
Semoga Allah memberikan keampunan kepadaku.
Mengampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (QS: al-Hujurat:49:12)
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (QS: an_Najm:53:28)
9 ulasan:
salam from makkah..
always must think positive untuk menjauhkn rasa prasangka buruk terhadap semua orang dan sekeliling kita ..insyalah diri kita nanti akan jadi maju serta berwawasan..aminn
waslsam
Salam AZ..
Bersyukur dengan apa yg ada..menerima setiap kekurangan..semoga kita menjadi hambaNya yang selalu mensyukuri nikmat dariNya..
Berbaik sangka sesama insan..semoga Allah menerima taubat kita..AMIN
salam az
bersangka baik sesama insan , begitu juga bersangka baik dengan setiap ketentuan Allah pada kita
alhamdulillah
assalamualaikum dan salam pagi jumaat ayahanda zain.
Salam CL,
Insya Allah, memnag kena berfikiran positif baru jiwa tak sakit
Salam Azima,
betul tu, berbaik sangka lah pada sesama insan dan juga Allah. Hati akan tenang sentiasa
Salam CR,
Insya Allah,marilah kita sentiasa mengingati
Salam CR,
Insya Allah,marilah kita sentiasa mengingati
Waalaikum salam dan selamat malam anakanda Afeez
Catat Ulasan