Selasa, 30 Mac 2010

dapur mrszain buat hal

290310 : Semalam Pinatbate menggantung apron. Buat apa gantung apron? Heheheh maksudnya tak masak la tuh. Habis nak buat apa? Pergi jalan-jalan cari makan la Nak buat apa lagi.. Begitulah pula pada hari ini dapur mrszain pulak tak berasap. Tak ada selera nak masak katanya. Jadi dia ushalah az ajak jalan-jalan cari makan. Dek kerana badan tak larat kerana serangan tarik mengkarong semalam yang masih belum 100% sempurna tarikannya maka perjalanan malam ini tidak berapa jauh hanya setakat mengimbau ke Pekan Koboi Ayer Baloi sahaja. Kalu tenaga kuat boleh juga ke Mandela atau ke bandar Pontian menjamu selera di Restoran Laut Zam yang terkenal dengan makanan lautnya di bandar Pontian ini.



Air sirap limau di apit oleh air suam
tentuanya air suja itu untuk mr&mrszain
nak minum air apa lagi
nanti bancuh gula kat dalam tekak ajer
mee bandung untuk mrszain n Putera Bongsu
Not bad boleh lawan mee bandung muo
tapi macam terlebih kacang tanah heheh

Mee Sup untuk az
ok la,
passable
Boleh le buat menyambung nyawa sampai besok heheh

20 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

AZ tayang mee
CL tayang pizza

lapor pulak tengah mlm ni

doakan agar tarik mengkarong tu cepat sembuh
supaya dapat beramal lebih selesa dan kushuk

Wassalam

aznaz berkata...

Salam From Makkah..


wahhh..tentu sedap bangat tuh...

alhamdualila..rezeki dariNyer..


waslam

CM berkata...

salam az

cm lagi laah dah seminggu gantung apron...

mama ju berkata...

salam AZ

Wah masing2 tayang makan2...
sekarang ni senang nak gantung apron...hari2 pun boleh..cuma tak taulah tekak nak terima atau tidak makanan kedai hari2...

Nanti boleh cuba makan kat situ...ada masa siarlah gambar makan kat kukup!

Ayah Zain berkata...

Salam Razali:

tahniah raja pecut. Anda raja di mana-mana yer. Alhamdulillah.

Terima kasih doa mu itu. Alhamdulillah dan hilang dah sengalannya itu.

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,
alhamdulillah. Boleh la nak telan. heheheh

Ayah Zain berkata...

Salam CM

seinggu gantung apron? Hebat la CM ni kerana tiada siapa yang komplen hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju,

betul tu mamaja. az kalau saja-saja x suka makan kat luar ni. Biarlah makan kat rumah berlaukan ikan masin heheh.

kukup? nantilah kalau ada kelapangan az akan siarkan.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

kak nab nak gantung apron jugaklah...hehehe

afeezz berkata...

salam ayahana zain : pekan koboi ayer baloi tu dah dekat bebenor ngan kampung sy..

Kak Sidah berkata...

Salam az,

Hari2 masak penak gak az, sekali2 kena la rehat kan ..akak selalu jer mintak cuti ngan abg z ..dah waktu mcm ni nak rehat selalu lah az, jemu dah masak tu..tapi kalau ramai kat rumah seronok masak..ramai yg nak makan ..

مسافر اسلام berkata...

Salam az...
selamat menjamu selera....
ada masa boleh kita makan bersma...
Salam

Atikah berkata...

Salam AZ,

sesekali dapur tak berasap ok gak kan... hehehe

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

jom kak nab buat hari gantong apron heheheh

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

yer ker, so bila nak balik kg. situ nur kan ada, apa lagi

Ayah Zain berkata...

Salam Kak sidah

yer ker. kalau gitu elok lah pakat2 gantong apron. Kak nab pun dah nak gantong apron tu

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

Insya Allah, no problem, boleh, mafi musykillah

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

sesekali tak mengapa. No hal

shami2 berkata...

Salam Az

Betui tu hari2 gantong apron jemu larr...dan hari2 masak pun jemu jugak...

Teringat makan kat rumah mak kat kg...tak pernah beli..tapi hari2 makan nasik jer..tak pernah jemu...sedap manjang..sebab air tangan mak kut...hehehe

Kalau balik kampung, sampai jam 2, 3 pagi tetap carik nasik dan lauk yg mak masak....

Ayah Zain berkata...

Salam shami2

setuju. masakan ibu kita adalah yang tersedap sekali. Kita dah merasa air tangan sejak kita dari kecil. Mana boleh lawan masakan orang lain. Tapi jangan puji masakan ibu depan isteri ........ sedikit sebanyak dia akan terasa juga. maka akan terkeluarlah
'yer lah, masakan omak awak jer lah yang sedap'
betulke kak sidah? hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...