230310: Selamat Hari kelahiran kepada My Stories (MS). Diam tak diam MS sudah menjangkau 2 tahun. Mesti sudah pandai berlari MS. Kehadiran MS di alam maya sungguh menarik hatiku. Hatiku akan aman bila menjengah MS. Begitu cantik seribu ketenangan apabila berdampingan dengan MS.
diciplak dengan ihsan/izin KN
Aku mengenali MS melalui PDKM. PDKM telah menemukan aku dengan insan-insan berhati mulia. Teman-teman bergurau senda juga teman dikala duka apabila membaca atau menyelusuri n3 yang pelbagai rupa.. Mereka serng memberikan sinar kepadaku di kala aku
stress teman-teman PDKM me
releasekan stres aku. Di kala aku bosan n3 teman-teman PDKM menghiburkan hatiku. MS tidak terkecuali dikala aku buntu aku akan ke MS melihat kehijauan, kelembutan MS yang mampu membuatkan aku tersenyum, dan ceria. Keistimewaan MS mestilah kepada pemiliknya KN (Hjh Zainab). Cetusan ideanya yang begitu kreatif bisa membuat aku terasa aman, seronok menikmati keindahan bait-bait tulisan dan hamparan panorama yang begitu indah dan sempurna sekali.
Kini 2 tahun umur MS dengan teman pengunjung setianya berjumlah 107 pengikut menjadikan MS begitu gah di alam maya ini. Nanti suatu masa aku akan mengunjungi pemilik MS. Insya Allah.
antara kandungan MS
dengan izin Kak Nab (bila pulak KN bagi keizinan ni)
Salam Ceria
15 ulasan:
salam MS : selamat hari lahir...
Salam az...wah..promot blog kak nab ye...siap mintak izin tu...tak nak promot yg lain ke...MI ini singgel lagi...tgk gambar kat blog kak nab tu..banyak bunga2 ye...Cantik pulak tu...
eemm..
Salam Afeez,
alahmdulillah.
Salam MI,
Hari ini hari kelahiran MS. Saja ucap tahnaiah.
Nanti bila hari kelahiran MI, az promote juga.
selamat hari lahir kakak MI tu.
salam from makkah...
SELAMAT MENYAMBUT PENUBUHAN MY STORIES KE 2..." TANIAH HAJJAH ZAINAB...
dan syukran pada ayah zain yang prihatin..
wslam
Salam az,
Alhamdulillah kan kita dapat berkenalan melalui PDKM, happy bday kat MY Stories. Ramai dah kenalan, kenalan yang berhati mulia semuanya, baik2 macam dah lama kenal. Semoga perkenalan ini kekal..
Salam AZ,
Terharu kak nab! Apalah yang ada kat blog kak nab tu...stori-mori berkisar hal famili & rakan2 jer..nak tulis artikel2 kak nab kurang pandai, al-maklum dulunya guru sains..suka menulis ringkas2 jer! Kak nab ucapkan terima kasih banyak2 kerana memberikan penghargaan kepada MS dengan entri khas AZ ni.
Salam Manzlie,
alhamdulillah.
Salam Kak Sidah
tu la, darpd PDKM kawan2 kita dah bertambah bukan? satu mesia lagi
Salam Kak Nab,
tak ada apalah kak nab. saya suka dengan cara KN buat n3 makanan dan tanaman tu. best giler
salam AZ
Bagusnya AZ ingat MS.Dari PDKM kita semakin berkembangkan?
Sambung sikit cereta semalam...
Tulah namanya mama ni dah tua...nama yg disebut kalau tak diberi perhatian sekejap je lah lekat...insyaalah lepas ni ingat.....
Salam MamaJu,
apa kabar mamaJu, bukannya tua tetapi orang lama. hehhe Insya Allah, lepasni mesti tak lupa sebab namanya sama dengan nama adik mamaju tu.
Assalamualaikum AZ
saya puji cara AZ
memperkenalkan MS
disini istimewanya keluarga PDKM
tolong menolong
bantu membantu
teruskan dlm suasana uhkwah
Wassalam
Salam Rozali,
alhamdulillah. Itu sahaja yang termampu az lakukan di hari bahagia seseorang. Tahniah untuk berita gumbira dan takzaiah untuk berita duka.
Catat Ulasan