050310 : Bertemu kembali kita dengan Hari Jumaat, Penghulu segala hari. Masa terus beredar tanpa menunggu kita. Masa tidak akan menunggu kita walau sesaat pun. Kita yang menunggu masa. Masa untuk tidur, masa untuk makan, masa untuk ke pejabat, masa untuk balik ke rumah. (yang ini sebelum sampai
time , sudah beratur depan punch card) masa untuk menyelesaikan tugasam/kerja
waimma masa untuk melepaskan hajat (ini yang paling penting, kalau tidak sempurna kita akan tidak selesa, semuanya serba tidak kena). Juga masa untuk mati, masa untuk di hisab di hari pengadilan di mana kita akan diadili dengan seadil-adilnya. Di masa itu mulut tidak lagi diperlukan, mulut akan dikunci dan semua anggota kita menjadi saksi apa yang telah kita lakukan. Semua anggota akan memaklumkan segalanya...............
Di hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi sebuah doa yang dipanggil Penghulu Istigfar. Mengapa di panggil penghulu istigfar? Ini kena tanya yang lebih arif. Aku hanya insan biasa yang ilmu agamanya tidak seberapa. Tetapi elok kita amalkan agar Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Dikabarkan doa kita lambat diterima atau tidak diterima oleh Allah sekiramya kita tidak mengamalkan doa ini. Sebab itu ia dipanggil penghulu istigfar.(Cuba kita amati dan hayati makna doa ini.) Allahhu aklam.
PENGHULU ISTIGHFAR
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang ku sembah, tiada Tuhan lain yang wajib aku sembah melainkan Engkau. Engkau menjadikan aku, aku hambaMu dan aku dalam genggaman Mu dan aku berjanji dengan segala keupayaanku. Aku berlindung dengan Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui segala dosa yang telah aku lakukan. Oleh itu ampunilah segala dosa-dosaku kerana tiada Tuhan lain yang dapat mengampuni aku kecuali Engkau wahai Tuhanku."
18 ulasan:
Assalamualaikum AZ
Alhamdulillah
bertambah ilmu lagi
Wassalam
Salam Rozali,
Insya ALlah, sama-sama kita ingat mengingati
salam ayah zain....
aminnnnnn........
waslam
Salam CL,
alhamdulillah.
salam az
amin juga dari saya
Salamatan wa tihiyyatan...az apa kbr?
Selamat hari jumaat, jgn lupa solat jumaat ya..doa yang munajat. Baik dan molek lagi jika kita tambahkan dengan zikir 300 pagi, 300 petang. Insyallah duha, lagi ditambah kemurahan rezeki dan kesenangan hidup didunia...Insyallah, kita sama2 lakukan ya..
Salam.
salam az,
itu antara doa yg kita baca dlm Al'Ma'thurat...betulkan az?
salam AZ
itulah doa yg kita baca dlm al mutharat,Moga kita terus dpt membacanya,
Boleh komen sikit...nak tanya AZ emrn AZ itu,Imran Paris ke? maaf yg saya kisahkan ialah imran yg kawin dgn sedara saya. Dia ni org putih perancis..berkhidmat di jedah...maaf ya...
Salam CR,
Alhamdulillah
Salam anakanda MI,
Insya Allah. Sama-samalah kita uingat mengingati dan pesan berpesanan. Ilmu yang kita dapat, kita perpanjangkan.
Salam Kak Nab,
alhamdulillah, sungguhlah kak nanb
Salam MajuJu,
Ya Allah, bagi saya kalau sebut Immran Paris ialah Imran yang kerja kat Paris yang ada blog tuh.
Kalau mat salih perancis kerja kat Jedah tu, salh oranglah saya mama Ju.
Tuler, terkajuit pulak saya.
salam Jumaat AZ...
pagi tadi dah jenguk kat sini , tp tak sempat bagi salam , nk bekejar antar Awni ...
Alhamdulillah , jom ramai2 beramal dgn istighfar nih . mdh2an dipermudahkan segala urusan kita.
Salam UH,
yer ker. Ma kasih tinggalkan jejak yer.
janganlah berkejar antar awni tu,nanti jatuh lagi, kena jalan elok-elok noh. hehehh gurau tu
salam,
Alhamdulillah dengan perkongsian nih ..cuma IP rase mase gitu cepat berlalu rasenye baru jee bersolat Jumaat minggu lalu
Salam IP,
sungguhlah bagai di kata. Terlalu cepat masa berlalu.
Besok dah hari sabtu semula.
Salam az, moga doa itu menjadi amalan kita harian
Salam Kamato,
Insya Allah. Mari sama-sama kita amalkannya.
Catat Ulasan