Selasa, 9 Mac 2010

The next Sungai Mati di Johor?

090310 :  Sungai Mati adalah sebuah pekan di daerah Muar Johor. Sekiranya kita keluar di exit Tol Tangkak ke Bandar Muar, kita akan melaui pekan Sg. Mati sebelum sampai ke bandar Muar.  Ia hanya sebuah pekan kecil, namun apakah keistimewaan Sg. Mati? Sg Mati ialah satu kesan apabila berlaku percantuman antara dua buah liku sungai di sebatang sumgai yang berada di pringkat ketiga. Aliran sungai peringkat ketiga biasanya berliku-liku dan ada yang bercantum dan apabila bercantum maka wujudlah satu fenomena baru seperti kejadian tasik ladam atau sungai mati.

 

Apa yang nampak di GPS di atas? Yang berwarna unggu adalah lebuh raya utara selatan dn berwarna biru itu adalah sungai. Kalau anda mahu tahu sungai yang berwarna biru di atas ialah sungai Muar. Sungai muar ini penuh liku-liku kerana  iala berada di aliran sungai peringkat ketiga. Kawasan yang aku lalui di atas ialah selepas aku melui jambatan yang baru merentasi Sungai Muar di kawsan Pagoh. (Beberapa kilometer lagi akan sampai ke R&R Pagoh dan exit Tol Pagoh) Aku terpegun kerana baru aku sedari dapat melihat sungai Muar di GPS aku. Gambaran sungai di atas bukannya merujuk kepada dua batang sungai tetapi hanya satu batang sungai sahaja iaitu Sungai Muar yang berliku-liku. Jelas kelihatan liku-liku Sungai Muar dan adakah pada masa hadapan kawasan ini akan menjadi sebuah lagi sungai mati di Daerah Muar? Jangan bimbang ia tidak berlaku di masa yang singkat, Proses ini mengambil masa yang lama. Adakah anda tahu di manakah hulu sungai Muar? Adakah ia di Negeri Johor juga?

klik gambar untuk lebih jelas
ini dia yang sebenar drpd wikimedia
Lihat Sg Muar yang berliku-liku

25 ulasan:

rosli berkata...

Salam Az,

Ini salah satu minat saya, pasal hakisan sungai, mendapan, tasik ladam dan byk lagi. Kalau tak salah hulu sungai Muar di Pahang....betul ker ?

aznaz berkata...

salam ayah zain..

sungai mati....takperasan lak cl..diaman yer..?

waslam

Unknown berkata...

salam AZ...

tak tau , nanti nk tanya org sebelah dulu .kot2 dia tahu...

jadi ker jln2 ke utara cuti nanti ? kami btolak mgkin ptg Ahad @ pagi Isnin ,InsyaAllah.

mama ju berkata...

Salam AZ

Wah bestnya ada GPS!

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Jiran saya ada yg berasal drp sg mati
bila musim durian
saya merasa lah durian dia
rambutan, duku dll

Wassalam

afeezz berkata...

salam papa zain : ulu sungai muar adalah di negeri pahang... betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Salam AZ,

wah canggih ada GPS.. nanti leh share map..

rezeki berkata...

salam az

sg mati di muar terhasil dan menjadi tasik ladam

betul tu, nanti ada lagi yg menerima nasib sebegitu akibat hakisan , tapi ratus tahun jugalah

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Satu contoh yang baik untuk pelajaran topografi.

sinomosa berkata...

Salam Ayahanda Zain,

Sg Mati? sy memang selalu dengar tp tak sure dah pernah sampai ke blum sbb tak perasan..kampung sebelah emak memang di Muor..even sy pun dilahirkan di Muor..

Ayah Zain berkata...

Salam

Ayah Zain berkata...

Salam Rosli,

Tindakan sungai memang membawa pelbagai rupabumi akibat hakisan dan mendapan.

Ayah Zain berkata...

Salan Manzl,

lihat peta, CL akan tahu lokasi Sg, Mati tu.

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

tak pasti lagilah ke utara tu. Ada hal yang perlu dielsaikan pulak ni.

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju,

ala mama ju, sebelum dpat memnag begitu. Bila dah ada,sama jer. hehehhee

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

bestnya, untungkan. Bila jiran balik dpd kampong mesi dia bawa sikit untk tuan nikmati

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

wah panggil papa pulak.

Huulu sg Muar di pahang? Ramai yang kata begitu

Ayah Zain berkata...

Salam naziramn,

ma kasih lawat umah az dan tinggal kan jejak.

No problem, boleh share

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

betul tu. proses tu memang mengambil masa yang lama. Kalua kita tengok peta u dah tanmpakpun lagi tasik ladam tu.

Ayah Zain berkata...

Salam kak nora,

sungguh tu kak nora.

Ayah Zain berkata...

salam sinomosa,

Lopeh ni ekau tahulah kek mano sg mati tu kan.

Noor berkata...

Salam AZ..

Sg Mati??.. tak pernah p arr.. tapiiii, kalu Sengkang selalulah.. emmm, Sengkang kat mana ek??.. heh heh

psstt.. AZ, kalu cheq lama tak komen bukan bermakna cheq tak mai umah AZ tau..

Ayah Zain berkata...

Salam si Panda Noor,

yer ker. tak apa,asalkan Noor datang datang juga tak mengapa.

Sengkang? hheh AZ tak pernah dengar. Kalau Bukit Kangkar tu dekat2 Sg Mati juga

ummu berkata...

Salam Ayah Zain
alahai rindunya,dulu pernahlah ikut arwah tok jalan2 sekitar Sg Mati ni.
Erm saya rasa hulunya di Pahang. erm saya pernah nampak jalan penarikan di N9 dulu,tapi dah kecik sungainya.

Tanpa Nama berkata...

N9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...