Alhamdulillah, putera bongsu ku telah menerima keputusannya. Amat bermakna sekali yang menyampaikan berita itu ialah Pengetuanya. Terkejut juga kerana yang menyampaikan berita gembira (melalui telefon) iailah Pengetuanya yang mengatakan putera bongsu mendapat keputusan yang cemerlang. Memang tidak dinafikan prestasi putera bongsu adalah yang terbaik berbanding dengan kakak atau abang-abangnya terdahulu. Putera Bongsu mendapat gred A+ dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Pengatahuan Agama Islam dan Matemetik, Gred A- dalam subjek Matematik Tambahan, Kima dan Fizik serta B+ dalam subjek Biologi dan Bahasa Inggeris. Tidak mengapa anakku walaupun kamu tidak mendapat straight A dalam semua subjek tetapi itulah kemampuan kamu. Teruskan lagi kerana perjuangan belum selesai. Kakak mu dulu walaupun hanya mendapat 3A dalam SPM tetapi ia cemerlang di IPT dan berjaya dalam pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana.
Terima kasih kepada semua guru MRSM Batu Pahat terutamanya kepada Cikgu Isa yang mengajar Kimia. Begitu juga dengan Cikgu Hamid yang mengajar Fizik tidak lupa juga Cikgu Noraini Solbi yang mengajar Matematik Tambahan. Subjek-subjek ini amat sukar kepada Putera Bongsu. Dalam PMR dulu putera bongsu cuma mendapat gred B sahaja dalam subjek Sains. Oklah tu. Tidak lupa juga kepada Cikgu Halim (BM),Ust Norliza (Agama Islam), Cikgu Shamsiah (Matematik) dan Cikgu Fazli (Sejarah).
Pencapaian MRSM Batu Pahat sungguh cemerlang kerana berada di tangga ke 9 daripada seluruh MRSM di Malaysia. Semangat gigih semua guru dan Pengetua telah meletakan MRSM Batu pahat berada di persada kegemilangan dengan GPS 1.71.
Semoga MRSM Batu Pahat terus cemerlang di tahun-tahun mendatang.
25 ulasan:
TAHNIAH..!!!!
semuga terus cemerlang..
Salam cikgu Pinat,
macamana anak murid cikgu. Budak nurul tu dapat berapa A?
salam AZ,
TAHNIAH UNTUK SEKELUARGA.
PASTIKAN CEMERLANG JUGA UNTUK AKHIRAT.
WASSALAM.
Salam ayahanda,
Terima kasih atasingatan.
Insya Allah, akhirat adalah tujuan kita.
Salam az, tahniah kerana anak bongsu az begitu cemerlang. Doa seorg ayah yang dimakburkan. Ada buat perjanjian ke? mana tau nak g Holiday ke?
hehehe..semoga cemerlang di akhirat jua.
Salam.
Salam AZ,
Tahniah!!! semoga terus mengekalkan kecermelangan....
salam ayah zain...
taniah...alhamdulilah..syukur pada allahs swt..
waslam
Salam ziarah Papa Zain
Tadi bila tengok ranking MRSM Batu Pahat dapat tempat ke-9 terus jer terbayang TP HEA !!
Sudah pasti kejayaan ini mgangkat MRSM BP ke mercu kejayaan.
Tak lama lagi ada la cikgu2 yg kena buat kelas reteaching siang malam Sabtu Ahad spt di MRSM Alaor Gajah
Saya sependapat dgn Papa Zain bkenaan result anak yg dikira ok juga..sya britau yg dapat 'sedikit' A : "SPM bukan segala-galanya" kerna Allah Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Bijaksana !!
salam AZ...
tahniah buat sibongsu AZ tu , lupa lak nama dia ..
kemana lagi nk tumpah kuah tu kalau tidak atas nasi dlm pinggan nya..he he he .
Salam anakanda MI,
alhamdulillah.
Tak ada janji-janji. Janji hanya di buat kepada anak-anak lama dulu kalau PMR semua A dzpat RM500 dan kalau SPM semua A akan dapat RM1000. Nampaknya SPM tiada seorang pun yang mendapat hadiah itu.
Salam Atikah,
terima kasih
Salam manzlie,
terima kasih. Semoga si bongsu berjaya di dunia dan akhirat
Salam raymond,
hehhe, kau ni terus ajer terbayang. Telefon lah bagi ucapan tahniah kepada nya.
Salam Umi,
nama dia Amaluddin.
heheh tadi malam, makan kuah masak lomak petai. Best, sehingga menjilat jari
Dulu masa MI sekolah, ayah ada buat janji...dan MI berjaya...Alhamdullah..Semua atas berkat doa.
Salam
Salam MI,
alhamdulillah. MI telah berusaha untuk mndapatkannya
yer
tahniah..
hidup MRSM Jasin
eh silap
hidup MRSM TGB
eh silap lagi
hidup semua MRSM, ngeh ngeh ngeh
salam cp,
gps mrsm tgb ialah 1.12 rank ke 2
salam putera bongsu : tahniah atas kejayaan putera bongsu. keputusan SPM pakcik dulu pon tak sehebat putera bongsu, tp kat ITM, grad gak dgn three pointer... moral of the story, klu dpt masuk IPT nnt, grad ngan three pointer, tak gune lah A byk2 tuh.. make sure 4 flat OK....
hehehh,
salam,
Alhamdulillah.. syabas dan tahniah kepada Ayah Zain sekeluarga moga keputusan ini akan membawa si anak ke tahap yang lebih cemerlang di menara gading nanti...
Assalamualaikum AZ
Taniah AZ n MrsAZ
Taniah anak bungsu AZ
Taniah kpd yg telah mendoakan
untuk anak AZ tu
Wassalam
Salam IP,
Terima kasih banyak dengan ucapan mu itu. Alhamdulillah
Salam Rozali,
Terima kasih kembali atas doa-doa itu
salam AZ
syukur alhamdulillah buat AZ dan family.Kejayaan anakanda hari ini hadiah buat AZ juga.
Bestnya ade pengalaman yg nk dikongsikan dgn kakaknya... muga terus mngejar kjayaan dunia akhirat.
Ini bukanlah kesudahan episod kehidupan .. ayuh terus mgejar gemerlap.
syabas MRSM batu Pahat
amin
Catat Ulasan