170410:
Di pagi sabtu ceria
tika burung-burung berkicau mesra
tika anak-anak ayam mencari ibunya,
tika bayi merindui ibunya
tika sang suria mula memancarkan sinarnya.
tika embun pagi mula mengeringkan dirinya
Burung-burung berkicau ria
berkicauan mencipta irama bahagia
bersahutan antara mereka
memberi tahu insan bersegera
jangan tidur bersahaja
nanti rezki hilang tiada rupa
kerna ada yang meminta
kerna ada jangan dileka
Insaflah
hayatilah
amalkanlah
kerna hidup cuma seketika
esok lusa tiada berita
adakah masih dapat menghirup udara
jangan dipersiakan usia yang ada
jangan dipersiakan masa sekelumit cuma
kerana masa tidak menunggu sesiapa
bangunlah anak-anak merdeka
bangunlah anak-anak merdeka
bangunlah tanpa dipaksa
kerana Allah tidak menciptakan dikau percuma
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (QS:23: al-Mukminun:115)
20 ulasan:
Assalamualaikum AZ
ya masih ramai yg belum bangun
Allah memerentahkan Maalaikat untuk turun kebumi dengan membawa seribu rezeki untuk di berikan kpd mereka yg sedah bangun
sehingga subuh nak habih pun masih belum bangun, maka Allah perintahkan berikan kpd jiran2 nya yg sudah bangun
Wassalam
Assallamualaikum AZ,
Tazkirah yang bagus buat anak-anak yang suka bangun lewat di musim cuti. Sejak dulu lagi selalu dah pesan, bangun awal, rezeki sentiasa menanti.
Terima Kasih kerana input yang baik di waktu pagi begini...
salam az
allah menciptakan kita untuk beribadat dan menyembahnya hanya 5 waktu sehari semalam , selain dari mencari rezeki di muka bumiNYA.
Assalammualaikum...Terimakasih Ayah Zain atas peringatan tuu...
Wslm...dr kak su
Salam az..bagus hasil puisi subuh ya...eemmm. Sebagai igatan MI jua..banyakan berkarya dalam mesej yang penuh bermakan.
tk.
Salam Rozali.
itulah cabarannya. heheheh
pakling best dia kata semua kawan2 dia bangun kul 1otbg kalau hari cuti
salam nadz,
ini bukan tazkirah Nadz, ini saya sengaja berkarya. Ok ker
Salam rezeki,
Allah tidak menjadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaNya
Salam anakanda MI,
ok ke puisi ayahanda ini? Bila tengok anak-anak udah dikejutkan buat dek sahaja, maka apa lagi, di curahkan ke sini lah
Salam Razalisuriani,
sama-sama, itu adalah cetusan spontan. Sebenarnya nak buat lain, jadinya lain.
ma kasih tinggalkan jejak yer
salam ayahanda zain : wah3.. berpuisi plak AZ ni di pagi hari sabtu ni... sy ni tak pandai lah nak berpuisi2 ni...
salam....gaya bahasa yang puitis...saya tak pandai berkarya...menikmati karya boleh lah....puisi hari sabtu....
Salam Anakanda Afeez,
heheh, entah,az pun tak tahu, sebenarnya nak cerita benda lain, jadi ke situ. Ini hanya cetusan sepontan.
Salam SAK,
puitis ke? hhehe, nanti nak minta guru bahasa komen, kalau ok,az nak teruskan berpuisi la
salam AZ,
bijak AZ berpuisi...menarik!
salam from Makkah..
hebat az ber madah yer...
qwalsam
salam,
Az,
ilham semasa demam ker...???
asah bakat terpendam.
Salam kak nab
alhamdulllah. Segala pujian untuk Allah. Sekadar mencoba. Ini dikatakan cempedak jadi nangka. hehhehe
Salam Lie,
ma kasih. Bermadah ke tu. hehehhe
Salam S,
entahlah. agaknya kot hheheh.
dah idea mendatang, tulis ajer
Catat Ulasan