Maklumlah kami ni dah menjadi warga emas. Jadi kalau dah warga emas ni faham-fahamlah. Pelbagai penyakit dihidapi oleh warga emas ini. Hanya mereka tertentu sahaja seperti Ayahanda Srenggenge, walaupun veteran masih sihat bugar tanpa penyakit dihidapi.
Kawanku ini Sudah lama terlantar di Hospital. Berpindah randah daripada satu hospital ke satu hospital. Matlamanya satu supaya kakinya cepat sembuh. Kakinya tercedera kerana kesilapan teknikal dan terluka.
Kawan ku ini senasib dengan aku juga. Kami mempunyai diabetis mellitus. Apatu? Namanya begitu indah. Boleh bagi nama kat anak-anak. hehhehe (mabuk ke). Diabetis begitu senonim dengan orang-orang Malaysia. Lebih sejuta penghidap diabetis di Malaysia. Orang kampung memanggilnya kencing manis. Kalau pergi ke hopsital, kalau doktor tak boleh bikin, doktor akan membuang atau memotong bahagian yang dijangkiti itu. Senang kerja doktor kan? Macam aku dulu, kerana bisul sahaja, doktor membuang bahagian yang terjangkit, katanya kalau tidak dibuang, ia akan merebak.
Kawan ku ini masih di rawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sebelum itu beliau di rawat selama sebulan di Hospital Ampuan Rahimah di Kelang. Kerana tiada apa-apa perubahan dia pergi berubat di Hospital Alternatif di Gombak. Aku tidak tahu berapa lama dia mendapatkan rawatan di situ, kemudian aku menerima kabar dia dimasukkan pula ke PPUM, Kuala Lumpur. Bijak pandai orang tua-tua mengatakan penyakit datang macam ribut tetapi perginya bagai semut. Kadang-kadang tidak pergi langsung.
Semasa aku menziarahinya baru-baru ini, kecederaaan di kakinya itu hampir kering. Aku tak dapat melihat kerana di balut dengan kain pembalut luka. Gembira hatinya bila melihat kawan-kawan datang menziarahi. Sambil berziarah sempat kami bercerita tentang beberapa kawan kamiyang lain. ADa yang dah membuka cawangan namun ada juga yang telah berhijrah ke alam baqa. al- Fatihah. Ada juga yang menduda dan ada juga yang menjanda. Itulah resam dunia. Asalnya seorang kemudian berdua, bertiga dan sebagainya. Akhirnya kembali berdua dan kemudian berseorangan semula.
Semoga beliau cepat sembuh dan ceria kembali bersama keluarganya.
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS: al-Muzzamill:73:20)

16 ulasan:
Assalamualaikum AZ
saya doakan agar kawan AZ tu cepat sembuh dan dapat mengerjakan suruhan Allah dgn lebih sempurna
Wassalam
salam AZ,
semoga rakan AZ cepat sembuh. semoga AZ pun sihat & ceria.
Salam Az,
Semoga cepat semboh.
Sebenarnya ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Kita pohon redho dariNya.
Salam dari ayah / mak untuk seisi keluarga.
Salam Rozali,
Insya Allah, semoga beliau cepat sembuh
Salam Kak Nab,
terima kasih doa kak nab itu. Semoga beliau cepat sembuh dan kita semua sihat sejahtera
Salam Ayahanda,
Insya Allah. Semoga beliau sembuh.
Betul, semua yang berlaku ada hikmahNya.
Salam Ayah Zain
mOga sdr tu cepat sembuh.
tkasih atas ingatan..surah tu.
salam AZ
nanti kalau ada umur CM pun akan jd warga emas...masa tu tak tahu lg apa bhgian CM..?
Salam mama ju
insya allah.
yer la,kita saling mengingati
Salam CM,
kena jaga pemakanan. Insya ALlah akan sihat macam ayahanda yang tak penyakit tuh
salam from Makkah...
doa cl moga kawan az cepat sembuh dan pulih seperti sediakala..insyalah
waslam
Salam Ayah
Sakit itu membuang dosa-dosa kecil. Semoga sahabat Ayah Zain bersabar, berusaha untuk sembuh dan bertawakkal pada Allah. Setiap penyakit InsyaAllah ada ubatnya. Cuma mati saja penghujung usaha.
salam az
penyakit sepanjang hayat tu, tiada penghujungnya,
az pun makan kena jaga juga, boleh makan tapi kuantiti yg sedikit
Salam Manzlie
Terima kasih dengan doamu itu. Semoga Allah memakbulkannya
Salam Khairyn,
Begitulah kehendakNya. Semoga beliau sembuh. Terima kasih
Salam Rezeki,
megikiut kata doktor begitulah, tiada penawar lagui kepada DM ini. Ubat hanya dapat melambatkan komplikasinya sahaja. Saya dah 23 menghidap DM ini
Catat Ulasan