Jumaat, 16 April 2010

Orang Bertakwa

160410 : Hari Jumaat, hari yang mulia penuh berkat. Hari yang digalakkan kita memotong kuku, bersuci dan bagi lelaki muslim diwajibkan bersolat Jumaat. Hari Jumaat menjelma kembali dan kita sebagai hamba Allah perlu menfaatkan hari yang mulia ini. Justeru di pagi yang mulia ini, aku ingin berkongsi dengan pembaca kalian tentang dua ayat di dalam surat Thalaq iaitu ayat kedua ( suku akhir ayat kedua) dan ayat ketiga. Ayat ini popular dengan panggilan ayat Seribu Dinar. Aku tidak mengetahui mengapa ia dikenali dengan nama begitu. Kata orang ayat ini boleh membuatkan pengamalnya mendapat rezeki yang melimpah ruah, di hilangkan kesusahan dan sebagainya. Bagi aku ia adalah ayat-ayat yang telah diturunkan oleh Allah  sebagai panduan, pengajaran, peringatan dan sebagainya kepada hamba-hamba Allah.  Ayat ini lah yang dianjurkan oleh seorang ustaz untuk diamalkan selepas solat fardu semasa kesihatan aku tidak berapa stabil minggu lepas. Lantas aku menyelusuri internet dan berjumpa ayat ini sebagai perkongsian di pagi Jumaat yanh mulia ini.

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ayat ini menganjurkan kepada agar  bertakwa kepada Allah. Takwa bermaksud  melaksanakan segala suruhan Allah  dan meninggalkan segala laranganNya, Kalau kita perhatiakan maksud ayat ini kita akan dapati :-

1.  Allah memberikan jalan keluar kepada orang bertakwa daripada kesusahan atau kesulitan
2. Allah memberikan rezeki yang tidak di sangka-sangka (tidak kita terfikir/terlintas)
3. Allah akan menyelamatkan kita daripada ancaman, kesusahan dan sebagainya
4. Allah berjanji tetap melakukan perkara yang dikehendakinya
5. Allah menetapkan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap sesuatu itu.

 Tetapi AWAS:

Jangan menggantung ayat ini sebagai tangkal pelaris dan sebagainya kerana ia boleh menjadikan kita SYIRIK.   Kita amalkannya terutamanya selepas solat fardu dengan membacanya 3 kali. Allah hu aklam


14 ulasan:

nadz berkata...

Salam,
Alhamdulillah. Tazkirah yang akan dijadikan amalan.

S berkata...

salam,

AZ,
ada pun, ingat hilang p mana.

ayat 1000 dinar tu mengajak kita bertaqwa kepada Allah dgn sebenar2 taqwa.

mengamalkanya menjadikan kita insan yg bertaqwa kpd Allah. InsyaAllah.

mak siti berkata...

terima kasih tuan haji sain. saya selalu mengikuti tazkirah tuan haji. ALLAH saja yg membalasnya.

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

alhamdulillah. sama-sama kita berkongsi

Ayah Zain berkata...

Salam S,

ada la ni.

Sungguh tu, asyik tengok jer tergantung kat dnding, makna nya tak tahu. Rupanya ayat ini mengajak kita bertakwa dan menyerah diri seluruhnya kepada aLLAH.

Ayah Zain berkata...

sALAM Siti Hendon

Terima kasih kerana ziarah dan tinggalkan jejah kat umah az yer.

مسافر اسلام berkata...

Salam az...alhamdullah perigatan yang sagat berguna. mari kita sama2 amalkan ya..

InsyaAllah..

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Alhamdulillah
sihat
dah mula bertazkirah
syukur

Wassalam

sonata anak kancil berkata...

salam....menjenguk jugak ke rumah AZ...berkunci je...nak tinggal pesan....kang tuannya tak ade...ntah ke mana pergi...paling buruk sangka ialah mungkin sibuk kerja - mungkin berkursus.....atau ke mana2 la...
rupa2nya tak sihat....

semoga telah kembali sembuh dan ceria kembali setiap hari ini!

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda MI,

yup, mari kita amalkannya

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

alhamdulillah. Dah mula nak berkarya semula

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

ye la. ini pun di gagahi juga. Jangan la buruk sangka hehheh

khairyn berkata...

Thanks ayah
:D

Ayah Zain berkata...

Salam Khairyn,

sama-sama. alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...