Ahad, 18 April 2010

Roti Canai

180410
Hari ini hari Ahad.
Hari bersantai.
Hari tidak bekerja.
Apa program hari ini?
Tak ada apa.
Cuma membelek data untuk e-filling. Masih belum siap lagi ni.

Hampir selesai,  aku turun ke bawah
whoopss
Apa yang putera bongsi  (PB) bikin?
Kena dera ke

lor, PB sedang menguli tepung
"nak buat roti canai "kata mrszain.
mrszain tak larat nak buat kerja-kerja menguli tepung ni.
maka si PB lah membantunya.Tulang 4 keratnya masih ok lagi. Orang mudakan
mrszain kata anak-anak murid datang merayu-rayu nak buat roti canai.
Anak murid mrszain memilih membuat  roti canai  sebagai satu kemahiran yang mahu mereka tonjolkan.

(Padanlah minggu lepas ada seorang guru berjumapa aku meminta kepastian betulkan mrszain padan buat roti canai.
Aku menafikannya. Kerana suku abad aku bersamanya tak pernah dia buat kerja tu, roti canai segera adalah ) Hehehhe padalah mrzain senyum-senyum simpul ada makna memandang kepada ku. Rupanya cikgu x tersebut menyampaikan berita itu kepada mrszain.

 Rupanya mrszain buat rehesel dulu. Supaya nanti tidak kekok bila sesi demontrasi.
Inilah kerja guru, selain mengajar, kemahiran yang lain juga perlu ada untuk ditunjukkan kepada pelajat
Dah lama dia tak buat kerja-kerja itu
justeru terpaksa mencuba dulu sama ada masih berbisa atau tidak

Hanya memerlukan sekilo tepung
sedikit air dan garam seckup rasa
ditambahi sedikit marjerin supaya doh menjadi lembut.

Rupa doh yang hampir siap
Lama juga proses menguli ni
keluar peluh jantan tuh hheheh
agaknya sebab tu roti canai ni laris dipasaran kerana ada unsur semulajadi (whopsss tak ada lah)

tepung perlu di uli sehingga lembut
apabila tepung itu diu cucuk dengan jari dan berlubang maka itulah tanda tepung sudah lembut


Semasa menguli, minyak digunakan
tidak heranlah mengapa kita tidak digalakan makan roti canai kerana kolestrol
Namun sedap punya pasal, kolestrol tolak tepi.

setelah hampir satu setengah jam menguli, sampailah masa untuk memisahkan doh tadi ke bahagian yang kecil kecil seperti ini

Inilah rupa doh yang dah siap
Daripada sekilo tepung hanya dapat 20 biji (20 keping)  roti canai.

whopss, tunggu dulu. kepalan doh yang kecil-keci tadi belum boleh di canai lagi,ia perlu di perap untuk seketika.
mrszain kata malam nanti akan di canai dan digoreng.

Inilah dia rupa roti canai mrszain. Roti canai pertama mrzain
Roti canai yang mrszain belajar daripada seorang kawannya semasa mrszain berumur  12 tahun.
wow, rasanya not bad lah. sedap CL.
Apa lagi GKB, kata nak serang selatan, ada berani?
Kalau nak rasa marilah turun ke Pontian lagi sekali.

18 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam AZ,

AZ makan roti capati lebih selamat.Cepat kenyang.Tahan lama tak lapar.Minum air kosong cukup.Lebih baik mintak air zamzam kat CL.

Wassalam.

Ayah Zain berkata...

Salam Ayahanda,

roti canai itu bukan utk az, tetapi mrszain nak uji/test/cobak kemahirannya untuk di ajar kepada anak-anak murid dia.

CM berkata...

salam...


beruntungg az dpt isteri pandai masak...

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : GKB serang selatan takkan roti canai jer???

Noor berkata...

Salam AZ..

wowww.. ruti canai.. dulu masa kecik2.. selalu tolong mak (menyibuk sebenar nyer) uli tepung.. emmm.. goreng garing2 pas tu cicah ngan susu pekat.. nyum nyum.. mintak skit AZ.. he he

opsss.. GKB je yang dijemput.. GPK??

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

allhamdullah. Syukur kepada Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

hehee, awat? no hal datang la dulu,baru boleh cerita

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,
yer ker. Tak ada masalah tu.
GPK nak mai? di alu-alukan. Marilah turun

مسافر اسلام berkata...

Salam az.alhamdullah sedapkan roti canai tu...anak muda kena didik cam ne nak uli tepung.
Masa kesil MI sering tolong mak teba roti, tapi kami tak panggil roti canai.
Orang jawe panggil roti perata.

Sampai pontian boleh rasa ya....


Salam.

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Salam AZ,
Terima kasih kerana kongsi maklumat bagaimana buat roti canai. Jangan pandai makan aje.

rezeki berkata...

salam az

lama tak makan roti canai heheh

kalau dulu 3-4 kpg sesaja je hehe

shami2 berkata...

Salam AZ...

Wah2 roti canai pulak..cicah kari kaa..

Nostalgia roti canai..selalu tgok mak buat roti canai masa kecik2..tapi sehingga kini tak pernah buat sendiri...hehhe order jer...cicah kari ..kuah itam..hehhe special dari restoran dhurbar...heheh Rawang

KAMATO berkata...

Salam AZ, bolehla AZ tolong tebar pulak.....

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

roti prata yer. Padanlah kawan az kat muar dulu dia kata roti prata sebab dia jawa hehhehe.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nora,

terimakasih kembali. Yer la roti canai dah di kira makanan rakyat heheh, jadi kena tahu macam mana nak buat. Masa kecil2 duku, tak oernah beli sebab mak yang buatkan

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

yer la,banyak kolestral kan

Ayah Zain berkata...

Salam shami2,

betul tu, maasa az kecil2 pun mak yang buat. dia tak tebar doh tu tapi dia tarik jer ke tepi dulang kemudia dia lipat jadi 4 segi.

Ayah Zain berkata...

Salam kamato,

hheeh, cuba tebar tapi tak boleh dia putus/koyak. jadi tarik je ke tepi heheheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...