Jumaat, 30 April 2010

mari amalkan 5M

300410
 Diam tak diam
Bulan April melabuhan tirai
Besok bulan baru
sayang hari sabtu
tidak ada cuti Hari Buruh.

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA YANG BEKERJA
 sAma ada bekerja sendiri atau makan gaji

oklah
aku ingin berkongsi satu perkara
Suatu pagi di MHI si Fitri memperkatakan tentang  5 M.
 Apa tu 5 M?
5M merujuk kepada
Mengutuk?
Mengular? 
Mengayat ?
Mengumpat atau
Membebel.
Kalau gitu pergi jalan lah
tak kuasa nak layan

Bukan itu yang dibicarakan oleh mereka
5M yang dibicarakan oleh Fitri dan Abby Fanna berkisar tentang:

1. Mengurangkan Gula
2. Mengurangkan Minyak
3. Mengurangkan Garam
4. Melebihkan sayur dan
5. Melebihkan buah.

Tidak perlu dihuraikan panjang lebar mengenai item-item di atas.
Gula  sangat disukai oleh manusia.
Tanpa gula makanan yang disajikan hilang lazatnya.
kata orang hilang selera.
Semut pun suka kepada gula.
Malah ada bidalan
Di mana ada gula di situ ada semut.
ehen ehem kat tandas pun  ada juga heheh


Mengurangkan minyak
Suati ketika aku mendapatkan rawatan doktor
Doktor menasihatkan aku mengurangan pengambilan makanan bergoreng
macam aku  percaya
itulah hakikatkan
minyak tidak baik kepada kesihatan manusia

Mengurangkan garam
tiada garam, makanan tiada perisa
Ahmad Albab.... ingat? garam sebagai hadaiah hari jadi
hheehhe
terlebih garam? buruk padahnya
hati-hatilah mengambil garam

melebihkan sayur
itulah yang sedang aku amalkan
sedap makan sayuran mentah
semasa berkursus di Hotel dulu
akau hanya ambil sayur
sayuran mentah yang enak dimakan begitu sahaja
dua hari aku tak menjamah nasi
bosanlah makan nasi kat hotel heheheh
eksyen sungguh manusia ini

bila balik ke rumah
tak tahan
nampak nasi, perut rasa satu macam
makan pergi mencari sayuran
sayang,  satu supermakarket aku redah tak berjumpa sayuran itu
kemudian aku menyusuri pasar chow kit
tidak juga berjumpa dengan sayuran  itu
ibu ibu bapak tolong bilang sama aku
mana nak cari sayuran ni

dari Pontian ke KL
aku tak jumpa sayuran mentah macam kat hotel tu

akhirnya kini pasti
aku jumpa sayuran di sini
Adik iparku berkata,
sayuran itu ada di jual ........
rupanya hanya di  jual di pasaraya ternama
makanan orang kaya-kaya rupanya sayuran itu

ini dia si jantung hati

melebihkan buah
jangan sembarangan buah untuk diabetis
hanya terhad kepada epal dan lai sahaja
apa-apa pun
sendiri mahu ingat.

di pasaraya tersedia diet sebegini
tak payah susah susah
keluarkan duit sahaja
tapi tiada di kedai-kedai atau di pasar
hanya di pasaraya tertentu

10 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

yang tak diabetic pun kena hati2 jugak, apatah lagi pada umur macam kak nab nih! pastu arwah ayah pernah diabetic...tp sembuh!!

Ayah Zain berkata...

Salam kak nab

betul kak nab, kena amalkan menu sihat daripada zaman kanak-kanak lagi.

alhamdulillah, sembuh juga arwah bapak kak nab drpd dibetik yer, dia makan ubat apa kak nab

shami2 berkata...

Salam AZ...

Jom sama2 kita amalkan diet sihat...jom singgah rumah..heheh tapi kedai blum bukak lagik..heheh

mak siti berkata...

assalamualaikum tn hj. sayur tu mahal. saya makan ulam raja, daun kaduk,pucuk mengkudu,daun selom dan bnyk lagi.alhamdulillah sihat rasa nya badan ni, walau pun 6 tahun lebih dari tuan hj.walau apa pun selera kan masing2.mari kita amalkan makan sayur n buah2han.

Ayah Zain berkata...

salam Shami2

insya allah, suatu hari az akan singgah.

Bagi la no telefon. senang2 boleh ke sana

Ayah Zain berkata...

Salam kak hendon,

tapi sayur2an itu tidak mengenyangkan, nak makan banyak2 tak larat.

sayur yang macam kat hotel itu memang boleh kenyang. saya amalkan makan malam jer.

menu dinner saya 2 keping roti gardenia hijau dengan sayuran tersebut. Alhamdulillah

rezeki berkata...

salam az

cuba makan sayur organik pula,

saya suka salad (sayur) yg kat JJ , tanaman organik

aznaz berkata...

salam from Makkah..

penuh dugaan tuh bila kita nak mendisiplinkan diri tentang pemakanan..insyalah az boleh lakukan..


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Insya Alllah akan ku cari juga walau di mana ia berada

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

terima kasih,
keperihatinan CL satu motivasi
memnag satu cabaran dalam disiplin makanan ini. kadangkali terkulai juga dengan gula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...