Ahad, 4 April 2010

One moment in High Castle

040410: Hari minggu adalaha hari santai bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia kecuali negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hari-hari kelepasan begitu kebanyakannya mengambil kesempatan untuk menyelesaikan urusan peribadi atau keluarga. Waktu-waktu begini kebanyakan mereka akan meluangkan masa bersama keluarga di rumah. Ikut suka lah nak buat apa asalkan bahagia.

Hari ini aku dan isteri mengambil kesempatan untuk menziarahi kenalan PDKM di seberang sungai Johor. Kenalan PDKM ini sangat glamor di PDKM tetapi tak mahu diglamorkan dengan yang lain. Lain perkataan kenalan ini jenis-jenis pictofobia jugalah. Tak apalah aku kenalkan sikit ah sebagai mr black sahaja. Perjalanan  hanya mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Tak jauh rupanya, namun untuk ke sana mengambil masa juga. Rupa-rupanya hari ini hajat tersebut tercapai juga ke rumah mrblack ini..


Sungai Thames Johor
di seberang sungai inilah kenalan PDKM aku tinggal

Dengan bantuan GPS aku sampai tepat sampai ke rumahnya.
GPSku ini dapat mengesan tempat yang mempunyai alamat tepat, kalau tiada nama jalan ia tidakdapat mengesan.


menuruni sahaja sungai ini,
kami sudah sampai ke rumahnya yang indah.


Cantik kan persembahan rumah mr black ini.


Kemas sekali


lagi ruang yang begitu kondusif


Juadah pun lazat
mrsblack pandai masak
Memang sedap.
Keropok tu pun sedap.


Ekornya bisa si ikan pari
Terkena badan membawa padah
layanan di beri tidak terperi
hubungan silaturahim terjalin sudah

Mr&mrs black yang baik budi
makan daging terselit di gigi
Terima kasih daun keladi
ada masa kami datang lagi

22 ulasan:

Atikah berkata...

Salam AZ,
Wah.. menziarah pak itam ropenya...

atuk berkata...

Assalamaulaikum AZ

tenguk lau pauknya memang sedap
dikena pulak dengan pantun yg menarik
buat terliur kami yg jauh niiii
he he

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam ATikah,

yup,melawat pak itam yang kebetulan keluar daripada hutan. heheh

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

kalau dah tengok dah sedap, orang yang memakan ni memang menjilat jari. memang sodap, wa cakap lu

مسافر اسلام berkata...

Salam az..berjalan jauh hujung minggu. Best kan.
Sedap juadah yang disediakan...mesti makan sampai kenyang..biasa la..jalan jauh.
Gambar dalam rumah je ke?
Luar rumah dgn tuan rumah tak ada ke?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

jalan2 cari kawan...baguslah AZ ni rajin menjalinkan silatulrahim..

Ayah Zain berkata...

Salam

gambar luar rumah tak sempat nak amik, cuba g n2 dia.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

sesekali. Memnag dah lama nak ke sana tu.

Nanti nak g umah kak nab pulak.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam AZ,

jalinan saliturahim...besar pahalanya.
wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Ayahanda,

Alhamduillah, semoga Allah memberkatinya. Kalau boleh nak ziarah semua kenalan PDKM

aznaz berkata...

salam from Makkah..


alhmdulila...

bila lah cl nak dtg lagi kat high castle mr and mrsa Black nih.../


waslam

Che' Pit berkata...

salam AZ

GKB dah terjah KD..
akan dtg nak terjah selatan, utara n pantai timur.. tunggggguuuuu

mama ju berkata...

salam AZ

Baguslah AZ ni jalan2 cari sedara...makin mesrakan bila jumpa!
macammanalah agaknya Mr. Black tu ya!

sonata anak kancil berkata...

salam....main pakai terjah je ni...
boleh nak terjah2 ni....tapi mesti kena roger jugak sebelum terjah2 ni....kang penat je, tuan rumah tak ade!

bestnya dapat berjumpa rakan PDKM ni...bila nak jumpa kita pulak???

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

bila2 boleh datang, mafi muskillah.

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

bila tu nak terjah? betul kata Sonata, terjah jangan sebarang terjak nanti dapat air sejuk. Itu pun untung kalau idak, dapat rumah kosong, ngeh ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju

alhamdulilah.
mr black? orangnya suami isteri peramah sangat. seronok berbual dengannya

Ayah Zain berkata...

Salam Sonata,

alhamdulillah, no problem yang penting ikatan silatulrahim

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, tk kerana sudi datang, yg penting silaturahim dan ukhwah antara kita berpanjangan

kalau senang2 dtglah lagi,pintu rumah kami sentiasa terbuka buat tetamu

minta maaf jika ada kekurangan semasa kunjungan tuan sekeluarga

jumpa tak makam sultan mahmud mangkat dijulang tu ?

Ayah Zain berkata...

Salam CR,
tk juga menerima kunjunan kami. Tak ada apa yang kurang, mavlos.

ada GPS,alhamdulillah. Allah mempermudahkannya. Tunggu n3 seterusnya.

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Yezza GKB akan terjah ke selatan..

Unknown berkata...

salam AZ

waw rupanya rakan2 PDKM merata2 mnjalinkan silatur rahim..

alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...