050410:
Hari ini selepas minum pagi di kafe, aku dapati ada objek di atas mejaku.
Objek ini macam biasa aku lihat tetapi di mana yer.
Tidak mengapa, mari kita lihat dahulu
siapa yang kenaaaaaaaa
Inilah dia yang berada atas mejaku
Aku tanya staf, siapa yang meletakkan benda itu atas mejaku
Mereka menjawab
"tadi ada seseorang datang ke pejabat menghantar 'objek'itu.
Alah ayahzain, apa ada kisah, orang dah bagi ambil jer"
aku membuka dan mendapat sehelai kain pulikat
alhamdulillah. Tidak mengapa.
aku terima nikahnya lah sahaja.
Bos pun dapat tu.
Balik ke rumah, ada juga objek di atas meja.
mrszain mengatakan ada bekas pelajarnya yang memenri hadiah
sebagai tanda terima kasih kerana mendapat A+ sebjek sejarah
Bekas pelajar itu mendapat semua A dalam SPM baru-baru ini.
Inilah dia hadiahnya berupa bekas makanan (mangkok buah/kueh/dll)
Terima kasih banyak-banyak naaa
Terima kasih daun keladi
bekas pelajar yang baik budi
rajin-rajinlah mengaji
nanti masuk Institusi Pengajian Tinggi
37 ulasan:
salam AZ,
alhamdulillah...rezeki dari Allah untuk orang baik2...
salam az,
itulah tanda terima kasih murid pada gurunya...yg tak dapat dinilai dgn harta benda..
tumpang gembira orang dapat hadiah...ini perkara biasa dalam hidup seorang educator....kita tak ade hadiah ke....
Assalamualaikum AZ
Orang berbudi
kita berbahasa
setiap pekerjaan kerana Allah
tetap ada ganjarannya
Wassalam
Salam Kak Nab
alhamdulillah, semoga ALlah memberkati pelajar itu
Salam AZ,
Alahmadulillah, murah rezeki ayah zain dah mrs zain..
Salam Kak Sidah
lama tak mai umah az yer. Moga kak sidah sentiasa sihat. Kirim salam kat abangzack
Salam Sonata,
ermmmm, saya rasa Cik Sonata lagi banyak dapat hadiah tuh
Salam Rozali,
benar sungujlah bagai di kata
Kerana Allah itulah matlamat pekerjaan kita
Salam Atikah
alhamdulillah.Syukur kepada Allah
salam from Makkah..
bestnyer dapt hadiah....
wslam
Salam Manzlie,
alhamdulillah.
salam papa zain : dalam ramai2 student, sorang jer yg igtkan cikgu nya....
Salam Ayah Zain
Cantik kain pulikat tu. Dulu2 yg dari India (cotton) sangat popular, tapi kini yg dari Indonesia (campuran) pula yg top. Orang lelaki sekarang ni suka pula padankan kain pulikat dgn baju Melayunya. Nak matching-matching juga. Have a nice day!
salam az
alhamdulillah, kalau setahun dapat bang 5 - 10 helai, dah takyah beli lagi hehe
itu sebagai tanda ingatan buat org yg pernah berjasa , nilai penghargaan itu lebih dari harga sehelai kain pelikat, betul tak az
Salam AZ...
Alhamdulillah...tudia rezeki .
Seronok dapat hadiah kan..tapi kita selalu beli hadiah tak untuk orang hehehehh....
Kadang2 kita tak beri hadiah..namun kasih sayang dan prihatin kita pada orang juga buat orang balas dengan hadiah...
Alhamdulillah..rezeki
salam AZ..
kalu dpt hadiah walau pun kecil nilainya tp amat bermakna bg yg menerimanya kan.
Salam AZ,
cantiknya bekas buah tu...
seindah setulus hati seorang pelajar yang menghargai jasa guru nya..
w/salam
Salam AZ..
Alhamdullilah.. tu tanda nyer depa sayang kat AZ & Mrs Zain.. apa2 pun 'It’s the thought that count'.. betul tak??
psstt.. kalu ada kain pelikat lebey2 tu.. bleh pass kat cheq.. nak wat kain kurung.. ahiksss
Salam ayah Zain
alhamdulillah, semoga Allah berkati orang yang memberi hadiah itu.amin
salam,
AZ, lama tak bersiaran. sihat ker???
moga baik2 aja pak AZ.
salam AZ,
mana pergi AZ ni...lama tak update...
kak nab doakan AZ sihat...dah banyak hari datang tapi tak nampak AZ!!
salam,
AZ... mrs AZ.... apa habaq????
jangan buat kak S risau.
smoga dalam rahmat Allah selalu.
Salam Manzlie,
seronok kan dapat hadiah?
Jeles arr tengok hadiah kengkawan kat CL tuh.
Salam afeez:
itu kira wakil merekalah tuh.
Cikgu tak harap hadaiah tuh, cikgu harapkan A dalam semua subjek yang mereka ambil. Tak caya?, tanya cikgu Mas
Salam Temuk,
betul la. Dari Malaysia produk apa yang hebat yer
Salam Rezeki,
kalau semua bagi, kita leh jual lagi. hehehehh
Salam Safiuddin,
az tak mengajau lagi dah. hehehhe
Salm Umi,
sunggulah tu umi. Tak kisah pun. ngatan mereka tu ynga kita kisah kan?
Salam Shami2,
mulianya hati shami2. Tangan yang memberi lebih baik dr yang menerima
Salam Nadz,
itu utk mrszain.Memnag cantik kan?
Salam pinatbate.
alhamdulillah.syukur
Salam Noor,
cantik tu kain pelikat buat baju kurung. itu dinamakan Thinking out of the box
Salam Qaseh Mas,
mudah-mudahan. Semoga Allah memberkati mereka
Salam S,
alhamdulillah. Baru ok sket lah. Kena demam selsema jer dan Tonsil. Tapi cememetnya ..........
Salam Kak Nab,
terima kasih. Insya ALlah. ALhamdulillah
Catat Ulasan