Di dalam al-Quran, tedapat lebih 24 ayat yang berkaitan atau menyentuh tentang makan. Antaranya terdapat 3 ayat dalam surah al-Baqarah yang menyentuh tentang makan iaitu ayat 57, 60, dan 172. Makanlah kamu daripada makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu (QS:2:57); ....makan dan minumlah rezeki yang (diberikan) Allah (QS:2:60) dan hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik........dan beryukurla kepada Allah .........(QS:2: 172.
Ikan siakap steam, daging masak merah, kangkong ikan masin & telor dadar
Sesekali suami kena bawa juga isteri makan di luar. Kalau tidak mampu di restoran yang mahal, warong-warong pun di kira tidak ada masalah. Hidangan di atas ialah hidangan yang aku jamu isteri dan anak-anakku di sebuah restoran beratapkan nipah di Melaka. Dipersimpangan jalan di Bukit Katil yang tidak jauh daripada perigi Hang Tuah . Dulu tempat ini hanya simpang tiga tetapi sekarang sudah ada sebatang jalan baru yang menyambungkannya ke bandar. Sedap juga masakan di restoran atap nipah ini.
21 ulasan:
Salam Ayah zain,
lihat hidangan ikan siakap steam dah rasa lapar..Alhamdulillah
makanlah selagi berselera, bila sakit, nikmat makan akan berlalu saja.
Alhamdulillah kita dapat makan selalu dengan rezeki yang dikurniakan.
baru lepas makan roti telur.tapau je..huhuhu
salam from Makkah..
CL baru lepas makan nasi Bengali bersama staff2 cl..
seronok...
waslam
Salam AZ,
siakap stem bestnya...
huhuhu... silap eja... Ikan siakap steam...
salam AZ,
kita sentiasa ada rezeki makan...tak pernah kekurangan makanan..alhamdulillah .
Salam AZ,
Sedap tu, yg pntg semua orang suka dan berselera. Kita yng membayar pun happy.
salam AZ,
hari ni cuma makan sepinggan nasi,seekor ikan lampam bakar,air asam tomato dan ulam pucuk sengtang.
wassalam.
Salam Nadz,
betul tu, makanlah selagi ada selera namun kena berpada-pada
Salam Noor,
ini Noor si panda tu ke? Alhamdulilah, cantik
Salam CL.
Nasi Benggali? macam2 ada. alhamdulillah
Salam Atikah,
suka siakap steam rupanya. AZ suka sweet sour sebenarnya
Salam Kak Nab,
betul tu, namun masih ramai manusia yang tidak cukup makan.
Salam Rosli,
betul tu. Apabila semua hidangan habis disempurnakan, maka hati tuan rumah sangat berbunga.
Salam Ayahanda,
Alhamdulillah,anakanda zain suka bangat ayahanda mai umah az ni dan tinggalkan jejak lagi. Syukur. Ma kasih ayahanda, nanti mai lagi naa
salam AZ
Bertuah kita masih boleh makan....alhamdulillah.
Minggu ni 4x makan ikan siakap...konon utk hidangan makan dgn tamu...tapi kdg2 mama pulak lebih!
Jumpa lagi..
salam az
makan di luar takpe , baik tu
tapi jangan "suami makan luar" hehehe
az sekrg berada diluar kawasan ka ?
Salam mama ju,
betul tu. Jagalah kesihatan supaya dapat terus makan bukan?
Salam rezeki,
kalau suami makan luar, sendiri mahu ingatlah
salam papa zain : makan, makan, makan.......
salam afeez,'
tanpa makanan, hidup tidak ada apa-apa.
Catat Ulasan