210410:
Alhamdulillah
Bertemu kembali di ruangan ini
Allah masih memberikan kita nafas
untuk menikmati keindahan maya
semoga kita sentiasa bersyukur
kepada nikmat yang ada
Pagi ini nan ceria
namun tiada ku dengar kicauan burung
kerana aku berada di hutan batu
di dalam bilik tertutup kedap udara
pendinginhawa menghalang pendengaran
kicauan burung riang di luar sana
Sarapan pagi sudah tersedia
menunggu penghuni menjamu selera
pelbagai menu tersedia indah
apa yang mahu silakan sahaja
Namun, apa daya ku
dietku ketat kerana dijaga
walaupun banyak menu tersedia
tidak sesuai dengan selera
kerana itu sekatan yang perlu dijaga
justeru dua keping roti wholemeal
segelas jus oren
penyambung nyawa di pagi ceria
kawwa-kawan menegur
menu itu sahaja?
aku menjawab
Alahmdulillah syukur kepada yang esa
16 ulasan:
Salam AZ
Moga bahagia .
Moga sihat selalu.
Mama tak dapat jadi nujum nak agak kat mana AZ berada!
salam AZ
setelah seminggu blog tidak ku buka,
tratak ni pertama sekali disapa,
hidup nih bagaikan roda.
kekadang ceria kekadang malas tak bermaya...
semoga AZ sihat selalu hendaknya.
Salam AZ
Wahai ayahanda
Dimana gerangan berada
Dalam hospital kaa
Wad apa dimana letaknya
Alhamdulillah masih mampu menjengah dunia maya
Buat kami yang berada dimerata2
Doa dipanjat moga ayahanda
kembali sembuh seperti sedia kala
Makan ubat ikut waktunya
Jaga diet jangan terlupa
Mudah-mudahan semuanya elok kembali sedia kala...
Jangan lupa minta CL tolong doakan dari sana...juga...aar
salam,
Az,
makan yang hala dan toyyiba.
insyaAllah selamat.
salam az
alhamdulillah, rezeki juga
kena berpantang sikit takpe, utk kesihatan juga
assalamualaikum AZ
jaga jaga makan ye
kalau sakit siapa yg susah
kamiiiiiii juga yg susah
he he
Wassalam
Salam mamaju
Terima kasih datnag menyapa
Mama Ju orang pertama
senang sahaja di mana az berada
tak jauh hanya di Melaka
Salam mamaju
Terima kasih datnag menyapa
Mama Ju orang pertama
senang sahaja di mana az berada
tak jauh hanya di Melaka
Salam Umi,
Terima kasih kepada umi umaira
kepada az, umi tidak lupa
kerana menyapa di teratak ayahanda
maaf kan az kerana tak bertandang ke rumah umi
lantaran tugas perlu di jaga
Salam Shami3
amboi shami2 bijak bermadah
jangan lah hati berasa gundah
bukan hospital ayahzain singgah
cuma ke melaka datang bermusyuarah
Salam S,
insya Allah,
makanan yang halal menjadi pilihan
terima kasih naa
Salam S,
insya Allah,
makanan yang halal menjadi pilihan
terima kasih naa
Salam Rezeki
terima kasih atas ingatan
daripada tuan yang baik budiman
insya Allah akan di ingati
Salam Rozali,
insya Allah tuan,
akan di ingati.
Salam Rozali,
insya Allah tuan,
akan di ingati.
Salam AZ,
Semoga sihat sejahtera.
Catat Ulasan