Ahad, 1 November 2009

caffelatte & marble cheese cake

011109 :  Menantikan masa melawat di Hospital Kuala Lumpur bermula pukul 12.30 tengah hari, saya mengajak  mrszain ke Jalan TAR. Ingat hendak membeli sedikit bahan bacaan. Peluang ini tidak dilepaskan oleh mrszain, sekali sekali balik KL sempatlah dia menyopping. OK kami set, saya ke Pustaka Minerva mrszain bersama anak sulung beralih arah ke SOGO dan sekitar Jalan TAR.

Lamanya tak singgah kat SOGO. Dulu takada  benda ni atau tak perasan, cuma   ada jam besar yang menunjukkan waktu-waktu di beberapa bandaraya utama dunia. Ini dah penuh ngan rak-rak jualan. mana pergi kerusi kat situ ha.
Kat mana nak cari mereka ni. shoping sakan kot

ok, kosong tempat. Baik aku lepak sini sambil tunggu dua beranak tuh


Tak kan nak duduk jer,
  waiter give me a glass of caffelatte.

Mana depa ni tak  sampai-sampai lagi. ermmm, minuman aku dah sejuk ni

Waiter : a slice marble cheese cake.

Secawan caffelatte, sekeping cake secret recepi menjadi santapan ayahzain ketika menunggu mrszain & my princes. Tak kisahlah, sekali sekala layan juga selera ni.


hai dua jam shopping beli dua helai kain aje, mana yang lain-lain

ayah nak green apple kasturi, boleh? Mak nak cappuccino

ermm, ayah kami nak grill black pepper chicken. Boleh?



9 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : jam besar kat sogo tu dah lama ade, sejak sogo dibuka smpi le sekarang. dulu setiap kali waktu, jam tu akan berpusing dan ade anak2 patung akan menari. sedap bunyi muzik dia. setiap kali pi sogo sy mesti tunggu jam tu berbunyi. sekarang tak tau ler sama ade jam tu memainkan muzik lagi ke tak...

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

memang la, dulu hanya jam besar tu aje ler, yang az tak perasan ialah rak-rak jualan tuh, Dulu kat situ ada kerusi, boleh duduk2 sambil dengan muzik tu.

afeezz berkata...

salam AZ : owh... kerusi2 tuh ke.. hahaha... salah baca le plak.. sorry...

cikgu mas berkata...

salam AZ

wahhh pi sogo tu,CM memang giler dgn Sogo,rasanya sogo arr the best,..barang kat sana byk pilihan..

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Dah lama Az tak menjengok SOGO. Dah banyak perubahan.

Che' Pit berkata...

salam AZ

sesekali makan manis2 mcm tu, dimaafkan gaklah, jgn selalu dah ler.. ingat2 sikit yer..

khairyn berkata...

Salam Ayah Zain

Saya dah selamat sampai ke UK dan tengah berpoluh-poluh nak kejar kelas hahaha.. Alhamdulillah cuma 3 kelas jer nak dikejar

Hari tu balik tak pi pun Sogo. Rasanya tak de buat sesi lawatan ke shopping complex. Takat KLCC sekali tu pun sebab pi MCA building buat visa hahaha. Alamanda tu adalah tu sebab deting ngan Cikgu Mas huhuhu.

Sayang hari tu tak sempat nak jumpa Ayah Zain ek.. InsyaAllah tunggu Ayah Zain and family datang melawat ke sini plak :p

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

TK atas keperihatan itu, AZ hargainya.

Malam tadi pergi diner pulak. Makan ice cream lagi dengan nasi mintak special.

Pagi ni cek gula. 6.9mml/l, alhamdulillah.

Ayah Zain berkata...

Salam khairyn

oh yer ker. tak apa lain kali kita dating arr.

Nak lawat khairyn kat Glasgow? ermm rasanya tak masalah tu. CR ada, nanti dia boleh jadi tour guide. ngeh ngeh ngeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...