Jumaat, 20 November 2009

Solat Jumaat



201109 : Hari ini adalah hari Jumaat iaitu  penghulu segala Hari. Pada setiap hari Jumaat, kebanyak imam akan membaca surah Sajadah dalam solat  Subuh di mana surah ini jarang (mungkin tiada langsung) dibaca pada solat fardhu yang lain. Pada hari Jumaat  semua  lelaki muslim  diwajibkan bersolat Jumaat di Masjid-masjid.. (  solat Jumaat di surau tidak dibenarkan sedangkan solat sunat aidilfitri dan aidiladha dibolehkan dilakukan di surau-surau).

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (QS: al-Jumu'ah:62:9)

Oleh itu saya berseru kepada diri saya sendiri dan berazam akan segera ke Masjid kerana selepas sahaja Khatib naik mimbar, maka segala catatan kehadiran telah ditutup kerana para malaikat berkumpul di mimbar untuk sama-sama mendengar khutbah Jumaat. Ingatan ini sentiasa terpahat di hati setelah ditegur oleh Imam Pt Maklumi satu ketika dulu selepas sahaja solat jumaat selesai. Oleh itu marilah kita sama-sama bersegera ke Masjid untuk solat Jumaat dan pastikan kita sampai sebelum Khatib naik mimbar membaca khutbah Jumaat. Apabila Khatib membaca mimbar janganlah kita berkata-kata walaupun sepatah kata kerana akan rosaklah pahala solat Jumaat kita dan mendengar dengan tekun (jangan sampai tidur) semoga kita mendapat manfaat, pengajaran dan sebagainya untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (QS:Al-A'raaf:7:35)


Salam Ceria



12 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ..
bila dikaji2 kan balik boleh dikata setiap perkara yg berlaku disekeliling kita , ada ketua , ada penghulu dan pula pasangannya , kadang2 kita makhluk yg ada akal ni yg tak mau berfikir .
pagi ni solat jemaah subuh di "baiti jannati" ummi ni pun bertukar imam gak , coz imam dewasa tak cekap hafal surah sajadah , jadi imam muda ambil alih .dia memang lancar tapiiiii pagi ni mcm org ngantuk punya bacaan , aduh kurang semangat ...

timekasih tazkirah AZ di pagi Jumaat nie.. akan ummi ingat2 kan dua hero kat umah ummi ni..

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Selamat hari Jumaat..
Selamat solat Jumaat..
Terima kasih atas tazkirah ini..

Atikah berkata...

Salam pagi jumaat AZ...

TQVM dengan tazkirah nie.

Beruntungnya lelaki, setiap jummat dpt mendengar tazkirah...

Az, apa kata, setiap jumaat AZ masukkan slot khutbah jumaat yang AZ dengar... boleh ler kongsi ngan kami yang tak dengar nie... saya nie lagi ler... ari jumaat just terperap dlm opis...

Atikah berkata...

Tersilap taip ler pulak...

Beruntungnya lelaki, setiap jummat dpt mendengar khutbah...

mama ju berkata...

ALhamdullilah dapat sesuatu dr tazkirah AZ.Selau kita lihat masih ada yg lambat ke Jumaat,berlari2 masa iman nak takbir.Mama pernah menegur remaja supaya masuk bersembahyang(wpun takut juga )Jummat(Ini dekat Pontian).Ada pulak yg siap berbaju melayu tapi hanya duduk kat moto,dengar salam petama terus hidupkan moto dan jalan!(Ini dekat Kuala Selangor)Ada pulak berbaju melayu membawa anak lalu saja kat mesjid,agak2 dah lama mama nampak motor dia lalu kembali.(Ini dekat Pengkalan Kubur,Kelantan))Kepada siapa dia bohong,isteri? Mcm mana nak selesaikan perkara ni?Ya Allah berikan kami kesedaran...

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Semoga Allah memberkati Imam tersebut. Bukan tazkirah tetapi ingatan kepada diri sendiri jerana selama ini tidak kisah tentang datang awal ke mesjid utk solat jumaat.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa:

sama-sama semoga Allah meberkati kita.

Ayah Zain berkata...

salam Atikah,

betul memnag beruntung tetapi kebanyakan mamkmu tertidur jadi memnag tak dapat dengar juga.

Khatib kena fikirkan sesuatu - cntoh hentak tongkat supaya makmum terjaga. hehehh

Ayah Zain berkata...

salam MamaJU,

Itulah namanya manusia yang mempunyai akal tetapi meremehkan suruhan Allah. Serunya masih belum sampai lagi tu.

AZ dulu selalu lambat ke masjid (khatib dah ada kat mimbar baru sampai) tetapi satu solat Jumaat, imam menegur kepada makmum yang datang lambat - buku catatan telah di tutp, sejak itu az cuba datang awal. Alhamdulillah, setakat ni boleh la sampai sebelum khtabi naik mimbar), moga Allah mmudahkannya.

Ayah Zain berkata...

Salam Atiqah,

nanti senang2 az buat n3, mana2 yang dapat az catat yer.

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alhamdulilah...satu pesana dan peringatan yang amat berguna pada kota semua..

wasalm

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

kita hanya sekadar ingat mengingati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...