Isnin, 30 November 2009

Jangan Tengok La (1) : Ombak

301109
Ombak ialah air laut yang bergulung-gulung ke arah pantai dan menghempas pantai.
Ombak terjadi dari tiupan angin dan bumi yang berputar di atas paksinya.
Ombak penting dalam pembinaan pantai bergantung kepada kekuatan ombak tersebut.
Mari kita lihat beberapa view yang sempat di ambil oleh pencinta alam berkaitan dengan aktiviti ombak di pantai.



Sungguh indah dan cantik kewujudan ombak ini.

Ombak datang bergulung-gulong


SubhanaAllah.


Seperti kristal, amat mengkagumkan

Lagi keindahan yang tercipta

ombak pemusnah pantai

Kalau takut di pukul ombak, jangan bermain di pinggir pantai

Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.  (QS: Lukman:31:32)


23 ulasan:

Che' Pit berkata...

Ombak?

hmm kalau takut dilambung ombak, jangan berumah tepi pantai..

kalau takut terkeciwa,
jangan berani bermain cinta..

Asnija berkata...

Salam AZ,
Ehmmm AZ...nape ni Che Pit bermadah bagai...saya suka madah berhelah dia di rangkap kedua...takpe terkeciwa sikit je...pastu start ngorat balik...bunga bukan sekuntum..ngeh..ngeh...tol tak AZ?

ps: AZ, saya memang takut ombak, kalau pegi beach duk tepi-tepi je...

CM berkata...

salam..

ombak tu hiasan pantai,tanpa ombak pantai tak de seri,adakala ombak membelai pantai,adakala ombak menghempas pantai,itu simboliksme kehidupan ni,suka dan duka silih berganti,

Unknown berkata...

salam AZ..
kalau ombak kecil , boleh ler dibuat main2 di tepi pantai, tp bila besar thunami ler namanya tuh....

rumah mak ummi kat kampong memang hampir pantai , kalau dulu2 seronok sangat dengar ombak menderu2 di waktu malam ... suatu ketenangan...

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : ombak2 macam ni klu surf best kan?...

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Cantik laa gmbr ombak tuh..
Itu mesti prof jurufoto + camera canggih tue..suka2x
Tp sy tak berani argh nak buat cam gitu hehe

Zie berkata...

Salam Ayah Zain,
Salam Ukhwah... pertama kali tinggalkan jejak walaupun sering baca/tengok (w/pun AZ tak bagi!)... ngeh ngeh ngeh

Bila kita dilautan luas, hanya mengharap kasih Illahi... ntahkan pergi tak kembali lagi!. Kerdil sangat berada di laut...

Ombak datang kadangkala bagaikan musibah, bagi yg lain ia punca rezeki... ombak ganas menghempas pantai ia membawa seribu rezeki buat nelayan pantai, ikan & hidupan laut ditengah lautan telah dibawa ke tepian.

Saya suka keindahan laut...

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Saya pun macam Zie baru ni pertama kali nak jejak walaupun kita dah berinteraksi di PDKM tapi ni teruja pulak tengok ombak di rumah AZ.. tak pe ye AZ.

Saya pun sebenarnya suka pada ombak tapi yang kecik, kalau besar takut AZ, sunami ...tak berani lah

Macam mana pulak tiba2 je teringat kat ombak ni.

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

Kalu takut dilambung ombak, jangan bermain ditepi pantai, kalau takut dilambung cinta jangan kau main-main mata. ngeh ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

Mula-mula nak ucapkan takziah atas pemergian nenda tercinta. Pada hari kejadia AZ try call but not on the line. Semoga Roh nenda nija di cucuri rahmat Allah

awat CP bermadah? biasaler orang bujang heheh

Az pernah main ombak kat PD, sekali dia pukul bahu az, tercampak then rasa sengal

Ayah Zain berkata...

Salam Cikgu Mas,

bnarlah bagai dikata, kehidupan kita umpama ombak membadai pantai. heheh. kalau tak ada ombak, tak ada cabaran pulak. tak gitu?

Ayah Zain berkata...

Salam umi,

betul tu, ombak kecil di buta kawan. ombak besau, macam tsunami tuh, nangis tak berlagu ler.

kalau gitu, ombak ngan api sama 2 x 5 yer

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

Hehehhe, afeez suka surf ombak yer. Jom kita surf sama-sama kat Gold Coast.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

Memnag cantik, itu yang az excited nak share ngan u all.

Ayah Zain berkata...

Salam Zie,

Selamat datang ke rumah az. Terima kasih sudi datang. AZ rasa bangga sangat. Memnag ciptaan Allah itu ada baik dan buruknya bergantunglah kepada kita hendak yang mana.

Ayah Zain berkata...

Salam Norsidah,

Terimak kasih tinggalkan jejak heheh. Datang jua sidah kat umah az ni. Kecil tapak tangan lautan Hindia yang penuh ombak az tadahkan. Hhehehh

shami2 berkata...

Salam Az..

Takut dilambung ombak
Takut lagi dengaq bunyi ombak
Dekk afeez..ko tau kn akak takut
Bunyi ombak....
Seumur hidup tak pernah mandi laut..ngeri..
Tapi dek kerna kejernihan air laut yg suam3 pada suatu ketika awal tahun lalu kala hening subuh daku tertewas...ngeh..ngeh..ngeh

jgan salah faham tau AZ citar benar aarrr kat Angulia beach resot tganu...cheq nangis tgok kebesaran Allah matahari yg malu2 naik...siput laut,..dan air laut yg suam....subhanallah

My Life berkata...

salam ayah zain....

ombak??? azie suka bangatttt dengan ombak.. bunyinya.. deruaanya... (-_-)

cp : knp asyik bermadah jer nie.. hehhehhehe

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Dah lama nak bertandang bila baca komen2 AZ kat PDKM tapi malu lah sebab AZ dan yang lain2 tu orang lama , takut tak diterima. Tapi sekarang ni dah ok ..boleh sembang2 ye AZ.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

hahahah, hang buat lagu tuh memang la az terkasima. Janganlah kata tertewas di pagi hari.

az faham,maknanya shami2 mandi laut main ombak kan?

Ayah Zain berkata...

Salam mylife,

bunyi deruombak memang mengasyikan. memberi ilham kepada penyaer.

tapi kalau deru tsunami, macammana?

Ayah Zain berkata...

Salam sidah,

hang ni, awat nak malu2, redah jer.

lain kali datang umah az selalu2 ye.

abang sulong berkata...

Salam,
AZ ni suka ambik gambar ombak jugak lah ye.. Cantiklah..

Rumah saya dekat je ngan pantai. Org yang sekali sekala datang kat sini misti tak boleh tido, tp itulah kuasa Allah kita tido nyenyak wlupun bunyi gelombang kuat sbb dah biasa..

klu takut dilambung ombak, jgnlah main ombak. heh..heh..heh..jgn mare..bukan saya cakap, itu apek senario cakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...