Ahad, 8 November 2009

Pagi Ahad yang shahdu

081109 : Semasa balik ke Kuala Lumpur minggu lepas, tidak ingat saluran mana, terdengar satu lagu yang masuk ke dalam minda, naluriku. Suaranya iras-iras abby af5. Sedap pulak didengari. Tapi macam biasa layan jer. Ingat pasti si abby af5. Tajuk lagu tidak pulak diteliti. .
Beberapa hari lepas terdengar lagi lagu ini semasa melintasi kedai menjual cd di Pontian. Aduh, kaki az terhenti seketika. Pernah ku dengar lagu ini. Tapi di mana?
"Dik-dik siapa yang menyanyi lagu ini?"
" Wali bang?" "
' 'Wali? siapa itu wali? Bukan Abby af5 ke?'
 "Siapa Abby af 5 itu bang?" wopps! dia pulak bertanya.. "Maaf bang, ini pnyanyi  Indonnn". "Abang kena beli ni, tinggal satu jer lagi. Lotak-lotak, abih bang". Budak itu usha az.

"ermmm bagi abang satu la. Berapa hinggit ni?"
"5 bang?"
"5? kau jual cetak rompak ker. yang original tak ada ke?"
" ermm nak hidup bang".
"Kau jual cetak rompak nooh'".
Apa aku nak buat? Nak beli ke idak nih.
Bisikan di telinga, beli jer, ini bukan penyanyi malaysia, beli jer. adih!! paghah
Lalu, diikuti juga membeli, dalam hati ............... akhirnya aku tergoda. CD bertukar tangan

Dalam perjalanan balik, dengar la satu persatu, yang sedap didengari penuh yang tak sedap skip.
sampai track ke 6. Adus!!! ini lagu nya yang di dengari semasa memandu dulu. Lagunya hampir2 sama.

Sampai di rumah terus surf di internet mencari lirik lagunya. Taip WALI.
Hanya jumpa lirik lagu Tobat sahaja, yang track nombor 6 tidak dijumpai kerana terlupa tajuk lagu. Cover cd tertinggal dalam kereta.Tak mengapa kerana hati telah terpikat dengan lagu ini.

taubat maksiat

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat
bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
astafighrullahal’adzim
reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astafighrullahal’adzim


pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astafighrullahal’adzim


repeat reff
cepat ucap astafighrullahal’adzim
repeat reff
cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim

Hari Minggu, az teringat kepada youtube. Kecanggihan IT, mudah menyelusuri lagu ini di youtube


Adih!! bila melihat videonya rupanya kumpulan rock rupanya. Tak apalah kerana liriknya membuat hatiku terpikat. layan lah. Dakwah juga ni mengingatkan kita akan kematian. sampaikanlah kebaikan itu walaupun sepotong ayat.

aduhhhhhhhhh!! rupanya ini dia lagu yang didengari semasa perjalanan ke Kuala Lumpur minggu lepas. Jumpa juga akhirnya. Cuba dengar hampir2 sama kan?
http://www.youtube.com/watch?v=AK8wDgC8wa0&feature=related

adih!adih!! wali band ini, band rock muslim la. Dengarkan lagu ini, boleh mengalirkan air mata. Begitu syahdu sekali. Semoga Allah memberikan hidayah kepada band ini, semoga anak-anak remaja kita dapat menghayatinya dan menginsafi, bermuhasabah diri. Kita akan ke sana juga akhirnya nanti, di hari penentuan yang tiada siapa dapat membantu kita kecuali iman dan takwa samasa kehidupan di dunia yang fana' ini.
http://www.youtube.com/watch?v=fYFF7-d6mkI&feature=related

Ini satu lagi lagu kumpulan rock ini, teringat komen arwah  Lolok, dia kata "awak ini   memang rock tetapi rock yang beriman" kepada salah seorang peserta AF..
http://www.youtube.com/watch?v=Ai3sn6JKKsM&feature=related

satu lagu lagi yang menyentuh emosi berlatar belakangkan kejadian tsunami di Acheh beberapa tahun dulu.
http://www.youtube.com/watch?v=i9yDAgBKimc&feature=related

akhirnya bertambah confuse, adakah lagu ini yang di dengari menyebabkan aku tidak menentu ........ tidak syak lagi begitu popular lagu ini hinggakan aku terhenti di kedai CD siapakah penyanyinya, ye betul memang lagu ini yang di dengari di radio semasa memandu ke Kuala Lumpur minggu lepas. Asyik-asyik lagu ini yang diputarkan oleh dj radio. Radio mana? entah tidak ingat : ERA? atau sinar? hahah lu pikir la sendiri. ada aku kisah?!

http://www.youtube.com/watch?v=THBEA0P2KWM&feature=related


Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (QS:4 an-Nisa:17)

11 ulasan:

Che' Pit berkata...

ngeh ngeh ngeh.. lagu cari jodoh tu mmg best..
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Ayah Zain berkata...

Salam Che Pit,

hahahha, az jiwang pagi ahad ini melayan youtube, akhirnya jumpa lagu yang az dengar kat radio temph hari. Hebat la wali band ini, ayahzain dah mula suka menyanyi semula, tapi sayang suara sumbang mambang masuk longkang. ngeh ngeh ngeh.

Lagu cari jodoh? hehhehe no komen, kau cari la sendiri,

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : lagu cari jodoh tu mmg sesuwai utk cheq dan che pit yang masing2 sedang mencari jodoh.... hahaha...

CM berkata...

salam AZ

bila sebut wali band saya suka tahap gaban lagu cari jodoh,kalau dlm kereta dgr lagu tu,teringat kawan-kawan yg masih single mingle...

che pit sayang!!!

kak mas nyanyi habis lagu ,tu pas ni harapnya Afeez sambung pulak.

.Apa salahku
apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau
dan menginginkan aku

Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat
selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku
yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku
kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku
yang tak laku-laku

afeezz berkata...

salam kekanda mas : kak mas dah nyanyi habis lagi tuh, nak sambung camner... hihihi

afeezz berkata...

ape2 pon saya suka lagu ni ... http://www.youtube.com/watch?v=O2lhlObL9A8

Unknown berkata...

salam AZ...
rupanya lagu CM nih ka yg anak2 ummi dok nyanyi dlm umah ni sampai ummi kata hangpa ni bdk2 lagi bagi ler peluang pakcik pjal n pak cik afeez yg nyanyi dulu...

sebut ttg you tube,, hubby ummi ada masukkan lagu36 (36 tu no umah kenduri) yg dia amik di rumah jiran aritu..
http://www.youtube.com/watch?v=fZlFbrqZ1lQ

layan je ler

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

yer ker. Tu le engkau, memnag sesuai ngan lirik tu ........ tak laku laku. ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

wow, CM minat juga yer. az yang ketinggalan keretapi. anak az kata dah lama lagu2 wali tu. hehheh

az mana kisah.

memang lagu cari jodoh tu power gila. mrszain kata masa jamuan f3, ada pelajar yang nyanyi lagi cari jodoh tu. tp az tak perasan pulak.

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

yer ler tuh. Kita jer yang tak mengetahuinya. Ketingalan heheheh. Kalau tidak melintasi kedai cd yang menyiarkan lagu wali tuh, az haram tak tak tau

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

TK afeez, liriknya meruntun kalbu juga tapi masih power tobat si wali tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...