Selasa, 17 November 2009

Nasi Lemak Kukus

171109: Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Untuk menambahkan lagi kelazatan nasi lemak, menjadikannya lebih umpp! nasi lemak yang baru nak kering itu dipindahkan kedalam kukus dan dikukus untuk beberapa ketika lagi sehingga sempurna masaknya. Hari Ahad baru-baru ini aku menikmati nasi lemak kukus hasil masakan adik mrszain.

Nasi lemak sedang dikukus.

Dah masak pun, sedia untuk dihidang

Pelbagai lauk untuk di makan bersama-sama nasi lemak kukus.
Kelihatan timun, kacang goreng, ikan tamban masin goreng, telor dadar, sambal tumis., ikan bilis

Kepada 'penghidap diabetis itu' , lu pikirlah sendiri berapa banyak mahu dimakan nasi lemak kukus yang begitu menyelerakan ini kerana  ia satu makanan yang berkalori tinggi.

16 ulasan:

rezeki berkata...

salam az,

memang nasi lemak kukus sedap rasanya , nasinya lebih lembut.
Tapi dh berbulan saya tak makan nasi lemak .

CM berkata...

salam

aduhh menyelerakan..tgk tu en rezeki amalkan pemakanan sihat..

Unknown berkata...

salam AZ.
AbiHanan kata AZ makan lg.. he he he
ummi pernah makan nasi lemak kukus ni,hubby bawa balik dr tempat kerja dia selalunya bila balik dr kerja shif malam ler..memang sedap

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : mau bertambah berpinggan2 ni....

sinomosa berkata...

Salam AZ..

Masy.kita mmg tak lari dari nasi lemak..tak kira masa kan..
Uissh itu kalo ada sambal sotong sedap tuh hikhikhik

Ayah Zain berkata...

Salam CR,
Betul tu, memnag sedap berbanding nasi lemak biasa. Dah depan mata, saya makan ajer ler NLK itu.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Sekali sekali makan nasi lemak tidak mengapa.

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

kenapa abihanan kata macam tuh? AZ kalau nak makan, az makan. Selagi ada selera, makan aje. Kirim salam ngan abihanan yer. awat abihanan x dapat mai umah az lagi

Ayah Zain berkata...

Salam Afeezku,

wow, kalau afeez memang boleh makan berpinggan-pingan, ambil pinggannya sekali pun tak mengapa.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomona,

hehheh nak sambal sotong yer. memang sedap tuh. tapo kena setong segar, kalau yang sotong kembang katanya tak bagus. boleh kena kanker

aznaz berkata...

salam ayah zain..

woww best tuh....tapi sya dgn tn ismet pun sma aar dah bertahun takmanakn nih..heheheheh

waslam

Asnija berkata...

Salam AZ,
Sungguh kejam blog-blog hari ni, saya tensio kat PDKM, pas tu kat rumah K.Nab, pas tu gi rumah Tn Ismet, tension ga sebab komen saya panjang berjela semalam macam lepas, ari ni tak kuar pulak, ingat nak check komen Rezeki, tapi komen saya tak de...pas tu singgah rumah AZ, adui...sungguh stress...saya tengah ada program, jadi memang tak makan nasik takut semput, depan participants termengah-mengah...so N3 ini cukup kejam dan saksama...malam ni, saya nak hilangkan stress nak duduk atas bumbung rumah la...meratapi dalca dan nasilemak kukus...sambil membilang kaming biri-biri...kenapa begitu kejam pada hamba yang hina ni....

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Yer ker. Dah nasib badan. x dapek den nak nolong. amik bau jer kat NLK tuh

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

jangan la marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Apa yang tak kena ni ..
opps! mengaku pun stress, kenapa depan doktor hensem tak mengaku.

alahan datin, jangan dok atas bumbung rumah nanti jatuh, den x dapek nak nolong. jauh tuh.

meh ayah zain nyanyikan lah:

Sekiranya aku di sini
Aku hanya mengganggu
Dari tidak dihargai
Sebaiknya aku pergi

Kau tinggalkan segala memori
Terpaksa ku bawa bersama-sama
Ku tahu ku tak kau perlukan
Ku tahu bukan ku kau cinta

Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku

( korus )
Tak sanggup lagi aku
Untuk memandang biasan wajahmu
Tak rela jiwa ini bersaksikan
Luka di buaian kasihmu
Tak mungkin ku kembali bernaung
Rinduku tak mungkin tak terjadi
Selamat tinggal kekasihku selamanya

Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku

Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku
Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku

Seumur hidupku kau seorang ku cinta
Yang pernah ku hadiahkan gembira dan bahagia
Tiba-tiba engkau berubah berpaling tadah
Namun ku tetap mendoakan
Kau kan bahagia bersamanya

( korus )
Tak sanggup lagi aku
Untuk memandang biasan wajahmu
Tak rela jiwa ini bersaksikan
Luka di buaian kasihmu
Tak mungkin ku kembali bernaung
Rinduku tak mungkin tak terjadi
Selamat tinggal kekasihku selamanya

Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku
Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku
Engkau masih di hatiku...
Engkau masih di jiwaku

Imran Paris berkata...

AZ....sedap...bak sikit :-)

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

ermm, bismillah, mafi muskillah. Nanti az hantar guna DHL (Dah habis lor)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...