Rabu, 11 November 2009

Kematian


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (QS:ali Imran:3:185)

111108:  Begitulah hukum alam setiap yang bernyawa akan mati. Kematian tetap akan datang tepat pada masanya, tidak tercepat atau terlambar. Seperti firmah Allah,"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?" (QS: an-Nisa:4:78). Semalam, 10 Nov. 2009 lebih kurang pukul 5 petang, seorang penduduk Parit Keroma yang berusia lewat 80-an telah kembali ke Rahmahtullah. Almarhum ini telah menderita selama 4 tahun kerana serangan penyakit angin ahmar. Almarhum adalah antara penduduk terawal yang datang bersama-sama satu kapal yang bergerak daripada Sulawesi, Indonesia pad awal kurun ke 20.

Semalam, selepas maghrib aku sempat bersama-sama dengan penduduk kampong bertahlil dan pagi tadi pukul 9.45 pagi sempat juga aku bersama-sama penduduk kampong  dan sanak saudara simati dalam urusan solat jenazah. Ramai sungguh yang bersembahyang tadi. Namun aku tidak dapat mengiringi jenazah ke kubur kerana tugas di pejabat. Semoga roh almarhun dicucuri rahmat Allah dan diletakkan bersama-sama dengan orang yang diterimaNya. Apabila mati anak Adam maka terputuslah ia daripada segalanya di dunia ini kecali ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan  ibu dan bapanya. Alfatihah.


Keranda di usung masuk ke dalam rumah

Keranda jenazah di bawak menuju  Van Jenazah

Jenazah hendak dimasukkan ke dalam Van Jenazah


Sanak saudara mula bergerak ke Tanah Perkuburan

Van jenazah mula bergerak ke Tanah Perkuburan Pt. Keroma

Deretan kereta sanak saudara dan penduduk Kg. Pt Keroma, sehingga ke Tanah Perkuburan Pt. Keroma


8 ulasan:

ABIHANAN berkata...

Salam, Takziah kepada keluarga yang terlibat semoga tabah menghsdapi liku hidup ini hingga ke PENGHUJUNG KEHIDUPAN. Moga kita dipilih ALLAH dlm kalangan orang yang diterimaNYA dan mendapat kerehatan di Barzakh.... InsyaALLAH

Unknown berkata...

salam AZ..
takziah jua dr ummi ..
bila kematian di depan mata , terkenangkan andainya diri ini yg berada ditempat arwah , bagaimana keadaan ku , masyaAllah , sudah cukup ke bekalan yg hendak dibawa???
apakah ilmu manfaat yg ku ada , bagaimana didikan terhadap anak2 .... semuanya silih berganti.

aznaz berkata...

salam Takzah untuk keluarga almarhum...

Al fatihah..semoga allah mencucuri rahmat ketas roh almarhum...insyalah..


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Abihanan,

Terima kasih singgah umah az. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah. amin

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang. Marilah kita menyembah dan meinta pertolongan kepada Allah. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita, Amin

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

Amin-amin ya Rabal alamin.

rezeki berkata...

salam az,

alfatihah dan salam takziah
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman

Che' Pit berkata...

Innalillah,

salam takziah buat keluarga si mati..

pertemuan satu kebetulan, perpisahan satu kemestian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...