Adakah anda bersetuju dengan nukilan ini?
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di Jabatan sumber Manusia diletakkan satu,
Jadi patung dan alat pihak tertentu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Ternganga mulut sambil lipat baju
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan to’yu
Asal bergaya, handphone seribu satu!
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku ?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu ?
Atau ke masjid sembahyang 5 waktu ?
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu ?
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Atau lebih sempoi ‘Biaq pi la kat aku’
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju ?
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu
Nukilan ini pemberian seseorang untuk ubat minda
16 ulasan:
Salam AZ,
Selepas ter tidur kat N3 sebelm nih...kat N3 nih saya terjaga kepinga-pingaan...ini kat mana ni..kat Istana Budaya ke kat Stadium Merdeka...eh...ke kat Dewan Parlimen?
pss...napelah ngan bangsa kita nih...kerana setitik nila....
Salam Datin,
saja nak tengok datin setuju ker ngan nukilan itu. AZ tengok hujung dia je, ngam la.
Contoj: nu, gu, gu,su, du, pu,pu
salamayah zain..
teringat masa dato Seri Dr Mahathir menasihat sya ( dulu 1996) di Hotel Istana sewaktu menjadi Personal Butler di dalam bilik , katanyer" Kerja rajin rajin noohhh, naikan nama bangsa kita" itu lah ayat yang selalu bermain didalam minda saya untuk dijadikan smangat majukan diri..alhamdulilah
wasalam..
setuju sesangat dengan entry ni...
Salam
Kata Laksamana Hang Tuah
Tak melayu hilang di dunia
tak Melayu biadap bicara
tak melayu kasar lakunya
tak melayu hilang adatnya
tak melayu hidup derhaka
tak melayu hilang agama
Tapi kata Tun Dr Mahatdir selepas
beratus tahun Hang Tuah pergi katanya..
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Ciklie !!!!!1996...CM baru 21 tahun,cute miut lagi...
aduuuhhh panjang pulak komen CM,cikgu sejarahkan,semangat jadi lain bila bicara soal bangsa hehehe,
Salam Afeez,
Tu ler afeez kat UM tu cuba tengok gelagas siswa Melayu. Kat mana banyak depa berkumpul,
Salam Mazlie,
Lie ni bertuah betul, banyak bertemu dengan de very mustahak people.
1996? tahun itulah az dapat anugerah pergerakan gaji menegak (kalau sekarang Anugerah Perhidmatan Cemerlang). Tu le sekali dapat. Alhamdulillah.
Salam CM
Tak apa panjang-panjang komen tu. AZ suka arr.
Jadi siapa nak dipertanggungjawabkan tuh? Depa kata guru ler yang membetulkannya.
Orang2 atas kata pelajar tak salah, jangan salahkan pelajar.
Mak bapak pun kata, cikgu kat sekolah buat apa? (nasibler jadi cikgu ni)
salam ayahanda : kat UM, siswa melayu byk lepak kat Mid Valley... huhu...
alam Afeez,
Itu ler pasal. x dapek den nak nolong
salam az,
itulah mentaliti anak2 melayu sekarang, saya amat takut kerana kita juga mempunyai anak2 yg sedang membesar , semua didikan dunia dan akhirat telah diberikan. semoga mereka tidak tergolong dlm golongan itu.
sentiasa memanjatkan doa buat anak2 agar menjadi anak yang soleh , bijak serta pintar, dapat menjalankan suruhan perintah Mu dan dapat menjauhi larangan Mu.
Salam Rezeki,
Cuba kita lihat Firman Allah ini
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (QS:7:179)
salam AZ..
CP srh AZ tlg jwb erti dlm gambar N3 ummi yg tbaru
salam AZ
kalu tak silap ummi 'to'yu dan biaq pi la kat aku' tu macam ummi pernah dengaq ja bahasa tu .. jgn cemar kan bhs ku .
org yg CM komen tu adakah dia org melayu....he he he
Salam UH,
To'yu = Kicap (AZ tahu tuh)
biaq pi la kat aku = ikut suka aku ler : (ada aku kisah) ngeh ngeh negh
n3 terbary umi? az tak berapa reti tu, yang mana satu
Salam UH,
oo gambar tu. Ayahzain nampak dua-duanya wajah dan perkataan. Kalau di amati ada lagi tuh.
Nantilah, ni tgh bz malam nanti, nak tengok lagi.
Catat Ulasan