Seperti biasa amin (bukan nama sebenar) mengecas telefon bimbitnya. Tiba-tiba amin mandapat panggilan daripada kawannya sambil berbaring di atas katilnya. Amin menjawab telefon bimbit tanpa menanggalkannya daripada punca elektrik. Tiba-tiba satu arus elektrik yang kuat menerjah masuk ke dalam telefon bimbit anak muda tersebut dan menyebabkan ia tercampak ke bawah dengan kerasnya. Telefonnya berkecai dan membakar sebahagian tilam dan tangannya.
Kesihan Amin, jari jemarinya melecur
Bantal, tilam udah tidak boleh digunakan lagi
Telefon bimbitnya juga hancussssssss
Aduh, sakitnya menahan sengsara gara-gara telefon bimbitnya
Ibu bapanya tedengar keriuhan itu dan meluru masuk ke bilik Amin. Amin mengerang kesakitan yang amat sangat. Amin dikejarkan ke hospital, namun kuasa Allah yang menentukannya, Amin meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Moral Ceritanya:
Jangan menjawab panggilan telefon semasa telefon bimbit itu sedang dalam proses pengecasan.
Never use the cell phone while it is hooked to the electrical outlet!
Malang tidak berbau
Never use the cell phone while it is hooked to the electrical outlet!
Malang tidak berbau
Datang seperti ribut, pergi seperti semut
However, we must be aware that it can also be an instrument of death.
...........apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan/musibah , mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS:2:156)
However, we must be aware that it can also be an instrument of death.
...........apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan/musibah , mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS:2:156)
21 ulasan:
salam AZ..
cerita ni berlaku dimana ? macam ummi pernah dengar dr jiran ummi cerita kejadian berlaku di kampung dia di Kulim baru2 nih...
selamat menyambut eidul Adha..
Salam UH,
hehhe, tak pulak diketahui, AZ dapat drpda emel. Kat situ tidak dinyatakn pulak di mana berlakunya
Selamat menyambut iduladha kembali
Salam AZ..
Memang benar benda mcm nie pernah terjadi..
Sy pernah terdengar insiden ini jd pada adik kwn sy..
Handset yg dicaj meletup tp mujur jauh dr katilnya..
Salam Aidil-adha AZ dan juga UH sekeluarga
Bersama menghayati erti Pengorbanan yang sebenar I/Allah :)
salam az,
lagi satu jgn bawak hp pegi toilet, nti munyi kacau daun je ngeh,ngeh,ngeh
penah kawan hp pun jatih dr kocek terus masuk lubang toilet keh,keh,keh
Salam Sinomosa,
bila fikir2 ngeri ye. sebab az suka cas bater henfon then letak henfonnya kat sebelah bantal.
Tobat2 jangan di buat lagi tuh.
Salam CR,
tn ismet ada-ada eje. tapi mmenag betul.
henfon jatuh dalam lubang tuh pernah berlaku kat kawan az dan juga anak kepada az juga. ngeh ngeh ngeh, dah benda tu mahal kan, buat donno, then amik jer. janji boleh pakai lagi.
Salam AZ & CR
Hehe tragedi tipon masuk lubang toilet sy pun pernah alaminya haha..sadis sungguh..
Salam sinomosa:
hahhah, dah nak buat macam mana kan dah takdir. Kena ucap innalillah hi wa inna illa hirajiun.
az ada pengalman, telfon jatuh kat tepi lubang tu jer. kira nasib baik la dapat diselamatkan
uihh..ngerinya tengok gambar tu..saya memang cas henpon tepi katil..;(
Salam AZ..
pernah baca gak kejadian seperti nie.. tapi dalam versi yang berlainan.. menjadi iktibar..
psstt.. AZ raya kat mana??
Salam Pinat,
memang ngeri. lepas ni kena beringat. ingat sebelum kena
salam Noor,
tu ler.
az beraya umah kakak di Palong 4
salam ayah zain...
masyalah...ngerinyer tengok gamabr dan cerita dari ayah zain nih...sian dia...
kak noor , tak mau tanya cheq raya di mana ker..?
waslam
Salam CL,
Itulah, selama ini az caj bateri henfon, henfonnya betul2 sebelah telinga kat bantal la tu.
Malam tadi dah tak buat begitu lagi. Ingat sebelum kena. mencegah lebih baik drpd mengubat.
CL beraya kat mana tahun ini. ngeh ngeh negh (tanya bagi pihak noor)
hmm ngeri dan menakutkan lak..
hehe tak mau tanya ke cheq raya kat mana? mak jauh, ayah jauh, sob sob sob..
Salam AZ,
Ngeri...ari tu masa dapat call 2 jam tu, sampai bateri habis, saya pun buat perangai yang sama...alamak..alhamdulillah tak jadi apa-apa...tak boleh buat lagi nih....
ps: Mrs Zain masak juadah apa Raya Haji ni? Ayah Zain sihat ye...Saya raya di Puchong lagi sebab abah tengah tak sihat lagi...
Tumpang lalu AZ,
Che Pit...Che pit....raya kat mana? sian tak de tempat mengadu... Che Pit gi surau je lah ye, toong oran sembelih lembu...terisi sikit masa dan pasti terhibur sambil melapah lembu tuh....
Salam CP,
CP jom ikut az beraya kat Palong 4. Dekat je ngan Segamat tu kan? Hanya 45 Minit jer dah sampai. Emak dan adik AZ buat korban 2 ekor lembu nih.
Salam Datin,
Jangan di buat lagi perkara tu. Mari kita Beringat sebelum kena.
Hari Raya ni AZ beraya kat palong 4 (Negeri Sembilan) Mrszain tak tahu masa k apa, dia on the way balik KL ni. Minta doakan dia selamat memnadu dalam perjalanan yer. Hari Jumaat nanti baru dia drive ke Palong 4. Hari sabtu nak ziarah putera bongsu kat asrama dia. Pengetua dia kurantin pelajar SPM. Nak melawat hari Jumaat, nak join kurban pulak kat umah kakak tuh.
Salam Pinat,
tu ler, kita ingat mengingati dan pesan berpesanan kerana manusia itu selalu lupa.
Salam Datin,
Alhamdulillah, mrszain dah slamat sampai kl kul 12.00 thari tadi setelah memandu selama 4jam
Catat Ulasan