111109: Ketidaktentuan emosiku semalam sudah tentu ada kaitan dengan ketidaksempunrnaan solatku. Aku sentiasa berusaha agar solatku sempurna agar diterima Allah. Aku sungguh takut solatku tidak diterima Allah dan apa yang aku dapat hanya lah penat dan lelah sahaja. Di Hari Penentuan nanti solat yang ditolak menyebabkan semua amalan-amalan lain tiada nilainya. Adakah solatku selama ini diterima? Adakah solatku dapat mencegah aku daripada terus melakukan kemungkaran dan kemaksiatan? Oh Tuhan, ampunilah aku, ampunilah dosa-dosaku. Aku bersolat tetapi fikiran masih melayang-layang kadangkala aku terleka dan terlalai. Kadangkala aku dapat menyelesaikan masalahku dalam sembahyangku. Kadangkala aku teringat di mana aku meletakkan barangan yang aku lupai. Walaupun Engkau menyukai solat hambaMu walaupun fikirannya melayang-layang namun aku sunggu takut, terlalu takut sekiranya amalan solatku tidak mempunyai harga dan nilai di sisiMu. Aku tetap bersyukur Ya Allah, doa dan munajadku Engkau dengari dan aku berjumpa buku ini untuk meningkatkan kualiti solatku. HambaMu ini terus berusaha kerana Engkau mengatakan, Engkau telah berfirman .....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (QS:13:11) dan ...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (QS:8:75)
Buku ini hampir habis ku baca.
Semalam (101109 - Hari Lahir anak ke-3ku rupanya - Selamat Hari Lahir Alang, ayah menyayangimu) dalam n3 Manzli (PDKM) yang memaparkan kisah ular yang menunggu jenazah diliang lahad kerana semasa hidupnya dikatakan suka melambat-lambatkan solat, amat bermakna kepadaku. Terima kasih kepada Muslimat Dengkil yang telah mengiklankan satu kursus Pelatihan Shalat Khusyu'..
Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian.Daftar Segera – Tempat Terhad:
Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad):Yuran: RM250:HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
SubahanaAllah, rupanya aku telah membeli buku ini pada minggu lepas. Akan ku baca selepas aku menyelesaikan bacaan Formula Solat Sempurna. Maha suciMu Ya Allah yang terus mempermudahkan usahaku ini. Lantas aku menghubungi nombor telefon tertera. Alhamdulillah. Wahai kawan-kawan PDKM marilah kita menyertainya semoga solat kita berkualiti di sisi Allah. Insya Allah.
SubahanaAllah, rupanya aku telah membeli buku ini pada minggu lepas. Akan ku baca selepas aku menyelesaikan bacaan Formula Solat Sempurna. Maha suciMu Ya Allah yang terus mempermudahkan usahaku ini. Lantas aku menghubungi nombor telefon tertera. Alhamdulillah. Wahai kawan-kawan PDKM marilah kita menyertainya semoga solat kita berkualiti di sisi Allah. Insya Allah.
Salam Ceria
12 ulasan:
salam AZ...
selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran buat anak k3 AZ.. semoga menjadi anak yg soleh...
untuk mengikuti cara upload gambar yg AZ maksudkan tu sila ke blog hubby ummi di:
http://prahmat.blogspot.com/
sebarang kemusykilan boleh tanya , sedia membantu ....
salam AZ ..
silap info , bkn upload gambar tp upload lagu @ movie
Salam AZ..
Semoga hari2 yang AZ lalui penuh dengan keceriaan dan barakah..I/Allah
Memang bagus buku Formula Solat Sempurna dari Ustaz Zaharuddin tue kan? Smg solat kita lebih sempurna dan diterima Allah..I/Allah
salam ayahanda zain : ada tazkirah plak pagi ni, syukran2..
salam..
tazkirah AZ kali nie amat bermakna sekali, memang tak dinafikan dlm solat kita selalu ajer ada yg tersasar , kadang2 teringat benda2 yg di luar jangkaan , Astaghfirullahal Azim , cepat2 bg tumpuan pd makna ayat yg dibaca, atau kadang2 ingatkan malaikat maut dok tunggu dibelakang nk sentap nyawa bila2 masa jer , terus takut n bagi tumpuan.
Salah UH,
Terima kasih atas ingatan hari lahir anak ke-3 AZ.
Salam Sinomosa:
Buku zaharudin tu dekat nak habis dah di baca. Memang bagus.Tinggal hendak di amalkan sahaja
salam Afeez,
bukan tazkirah tu, sahaja ingatan kepada diri sendiri
Salam UH,
Betul sangat-sangat tuh, kadang dalam solat, macam fikiran mendatang, pelik betul. Kalau berjemaah tu, tiba-tiba dah sampai habis satu rekaat. Sama maca solat terawih dulu, mencabar betul
Salam Juk,
Mafi muskillah.Insya Allah. Nanti saya lawat umah juk yer
Salam Zuki,
az dah masuk bolog u tetapi tak dapat nak tinggal jejak.
Catat Ulasan