Rabu, 18 November 2009

Selamat Tinggal Dunia

181109: Pagi tadi mendapat berita anak kawanku meninggal dunia di Kolej pengajiannya di Bangi. Jenazah di bawa ke rumah emaknya di Jalan Bakri Batu 5. Jenazah telah selamat di kebumikan pada pukul 3.00 petang di Tanah Perkuburan Baktri Batu 6. Hujan turun renyai-renyai semasa pengebumian jenazah. Kami terlambat tiba sedikit, oleh itu tidak sempat untuk solat jenazah. Terasa pulak ruginya.  Tanah perkuburan Bakri ini agak luas namun ia tersusun begitu rapi.

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). ...(QS:3:145)


Sebahagian sahabat handai, rakan taulan yang menziarahi

Talkin sedang dibacakan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. QS:3:185

menunduklah,
kerna engkau tidak punya apa-apa,
melainkan Allah yang menjadikan engkau sesiapa,

menunduklah ,
kerana engkau bukan teman iblis,
yang begitu akur dan sombong, padahal yang menyuruh adalah Allah.

menunduklah,
 jangan meninggi, kerana engkau dari air mani yang hina,

menunduklah.
 kerana kemulian dan ketinggian itu dari Allah..


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ayahzain,

semoga rohnya dicucuri rahmat...

Ayah Zain berkata...

Salam hanis,
Hanis kat mana ni, lama tidak menjelma. Hanis kerja kat vietnam ke

Ayah Zain berkata...

Salam hanis,
Hanis kat mana ni, lama tidak menjelma. Hanis kerja kat vietnam ke

yang miskin lagi hina... berkata...

Assalamualaikum Tuan...
sembahyang jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa tiada had waktu sebermula daripada mayat siap dimandikan... di mana-mana saja terluang dan berkesempatan waimma berita kematian itu baru diketahui setelah sekian lama sekalipun... sama ada berjama'ah atau berseorangan...
wallahuaklam...

Ayah Zain berkata...

salam yang miskin lagi hina

terima kasih info di beri akan az lakukan

Unknown berkata...

salam AZ..
انا لله وانا اليه راجعون .. الفاتحة
bila berita anak muda pun pergi menemui Kholiqnya dlm usia segitu terasa diri , terlalu ringan bekalan yg nk dibawa , tp sampai pula bekalan yg berlebihan nk disediakan ..
kadang2 termenung dan merenung bagaimana le nanti keadaannya lautan manusia berbondong2 di padang penghisaban..(Mahsyar) GERUUUUN

semoga arwah digolongkan bersama golongan yg kanan , solihin dan mukminin. Ameeen.

PINATBATE berkata...

Innalillahiwainnailaihirajiun

Ayah Zain berkata...

salam UH,

Kita doakan agar rohnya di cucuri Rahmat Allah. Sempat ibunya berbisik ke telinga Az, kejap sangat......... anaknya udah tiada lagi

Ayah Zain berkata...

Salam Pinatbate,

Sama2 kita bacakan al-Fatihan. Hati ibu bapa yang tidak hiba, namun itu pinjaman daripada Allah. Hanya Allah yang mengetahui.

rezeki berkata...

salam az,

al fatihah dan salam takziah pada keluarganya

sinomosa berkata...

Salam AZ..

Al-Fatihah..Smg rohnya dicucuri rahmat..

AZ, Hanis outstation kat Vietnam sebulan..kesibukan tengah melanda dia tue..sian dia..(huhu sbg kwn, sy mjwb on behalf hanis)

Atikah berkata...

Salam AZ,

Al-fatihah...Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin.. aminn..

Asnija berkata...

Salam AZ,
Sakit apa tu AZ...sedih bila anak kita pergi lebih dulu dari kita...

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Terima kasih.

Ayah Zain berkata...

salam Sinomosa,

Terima kasih tanda ingatan.

Iyer ker. Best ha dapat bertugas kat Vietnam

Ayah Zain berkata...

Saalm Atiqah.

Amin, amin, amin, moga Rohnya dicucuri Rahmat Allah

Ayah Zain berkata...

salam datin,

Memnag sdih sangat. esp ibunya. AZ nangis dalam hati tengok wajah muka ibunya. Umur anaknya baru 20tahun. Seorang anak yang baik. Ibu mana tak sedih tapi Allah menyanginya. Harap ibu ini sabar dan tabah mengharungi dugaan. Tak ada sakit apa, ikut kata doktor macam ada toksin dalam darah akibat pemakanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...