Jumaat, 13 November 2009

Senangnya ada isteri



Capati Segera

131109: Pagi ini bersarapan pagi dengan dua keping capati segera yang telah dihidangkan oleh mrszain. ermm terkeluar darimulut ini ...... "senangnya ada bini, bangun daripada tidor, sarapan pagi dah tersedia ".  Mrszain hanya memandang kepada mrzain tanpa emosi. Senyum idak, apa-apapun idak.  Alhamdulillah, itulah kelebihan orang lelaki yang mempunyai isteri. Isteri berbuat apa sahaja untuk kebahagiaan suaminya.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS:ar-Rum:30:21)


Moral cerita az hari ini:
1. Mengakui nikmat Allah
2. Mengakui kebesaran Allah
3. Jaga isteri se adanya, jaga perasaannya
4. Membantu kerja-kerja isteri di rumah. Ayahzain baru hanya dapat membantu mengemaskan tempat tidor setiap hari (memang dah jadi kerja tetap, kalau tak berkemas maknanya az tak buat pada hari itu dan sampai ke malam lah begitu), sekali-sekala masak nasi guna periok elektrik,  selalu   basuh pingan yang ada kat sinki, kaddang-kaddang sidai kain, jaghang-jaghang siram pokok bunga  )
5. Jangan ingat nak tambah isteri . Sian kat isteri kita tuhh - siapa tak sayang bini oiiiiiii. ngeh ngeh ngeh






Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (QS: al-Furqan:25 74)





make sure your wife feel good
Salam ceria pagi jumaat


14 ulasan:

cikgu mas berkata...

Salam AZ

sungguh ceria di pagi jumaat yer,kawan kat sekolah ni pun biasanya ceria dipagi jumaat...CM terlambat masuk sekolah hari ni,tak ceria arr...malam tidur tak lena..


cantik cadar tu,pink lagi..

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

hajat hati az tercapai sebab memang nak suruh CM komen yang pertama. Alhamdulillah, maknanya telepati az berjaya. Cantik arr? terasa malu pulak ,ingat nak tarik semula la.

Che' Pit berkata...

hmm x mau komen ler..
biar afeezz n che lieyg komen sbb depa tu bujang lagi, ngeh ngeh ngeh..

ummi humaira berkata...

salam ceria AZ di petang Jumaat..
baguih nya AZ , suami mithali ler gitu ...nie yg mrs zain rajin masak nih ..kira ok ler membantu isteri apa yg patut ..apa yg penting saling hormat-menghormati antara satu dgn lain , baru ler bahagia rumahtangga kan AZ..
tumpang lalu .. hai sejak bila CP dh tk sama taraf dgn afeez n CL nih..tetiba jer ,tkejut cheq

Asnija berkata...

betul le k.ummi...tak tau plak Pijal ni dah ...tutttt...Pijal explain sikit..

Saya beri markah AZ 150%....
Nak tolong bini, tak payah susah-susah...tak buat pun tak, yang penting memahami dengan ikhlas...hati isteri dah kembang...
lepas ni, AZ cuba buat ni pulak ye...basuh kain (act.mesin yan basuh), pas tu jemur kain tiap pagi, lipat baju, streka baju sendiri, pinggan dah makan basuh sendiri, gi pasar tanpa disuruh, pas tu siang ikan-ikan tu sume, dan tengok barang grocery...kalau dah habis, penuhkan lemari dan peti sejuk tanpa perlu disuruh, basuhkan keta isteri, vacuum sekali...haaa...boleh dak?

Ayah Zain berkata...

Salam cP,

aik? sampai hati CP kawin x bagi tahu ayahzain. Kawin senyap-senyap jer yer.

Ayah Zain berkata...

salam UH,

ala sikit2 boleh ler tolon, lebih2 segan sikit la. Setakatni yang istiqamahnya kemaskan katil, betulkan cadar sikit2 heheheh

psst. az pun takajuit tengok CP dah kawin

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

alamak datin, sempuit den macam tuh. tak tobuek den bendo-bendo tu.

ermmmm, i', surrendur bab lipat melipat kain, seterika menyerika ni, sebab tu az beli baju yang tak perku digosok hehehheh.

basuh baju biasa, lupa nak sebut tadi. G pasar sama-sama ngan wife, jalan sambil pimpin tangan, kadang ngekor jeo, mrs zain pilih ikan, az tukang bayar, tukang bawak ngeh ngeh ngeh.

manzlie berkata...

salam ayah zain..tumpang lalu..

afis..

bil alak ko dah nikah? tak mnaguku bunjang lahh nih..? amboi mak ayah di makkah dia dah kawin rupenyer...
hmmm nasib nasib..

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

CL, yang dah kawin bukannya afis tetapi Pijal.

Tu ler, ambik kesempatan kawin bila ayah n mak dia tak ada kat sini rupanya.

cikgu mas berkata...

salam AZ

meh kita bagitau...ciklie paanggil pyjarl dgn nama afis,depa tu kan sedara..nama betul pyjarl kan hafizal..kebetulan si hemsem kat selayang tu nama afez gak...

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : bile mase di pijal kawen? kawen tangkap ker pijal? hihihi...

kofius dah AZ, tu baru 2 org yg nama apiz.. klu ramai lagi tak tau ler...

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

nasib baik CM bagi explanasi. Baru ingat dak cp ni banyak nick. cengkadak betul ngeh ngeh ngeh.

Ayah Zain berkata...

Sala Afeez,

yer la, az dah terconfuse. hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...