Rabu, 25 November 2009

Jangan Baca (3) Untuk Mu Ibu


Oh! Ibu, Kau disiram bayu pagi, Kehilangan terasa kini, Dan kesepian
Dan aku, Bagai purnama gerhana, Di ibarat lautan kering, Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini, Masih belum sempat, Kubuktikannya kepadamu, Ibu tersayang, Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali, Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa, Ampuni dosa ibu, Tempatkan mereka, Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu, Kau kasih sejati , Kutaburkan doa, Untukmu ibu
Ampunilah dosaku, Sejak ku dilahirkan , Hingga akhir hayatmu
Saat ini, Kuteruskan hidup, Tanpa bersamamu ibu

 Bait-bait itu begitu indah meresap ke dalam naluri ku. Ibu adalah segala-galanya. Tanpa ibu, siapa lah kita. Kita tidak dapat menikmati keindahan maya ini, tidak dapat menghirup udara segar, tidak dapat menikmati ciptaan Tuahn yang maha Esa. Oh Ibu kau lah ratu hatiku.
Hari ini   aku kesorangan kerana isteriku telah kembali ke rumah ibunya yang sedang sakit. Isteriku  meninggalkan aku keseorang di rumah. Tidak mengapa selagi ibumu masih ada biarlah kamu  berbakti kepada ibumu. Ibumu  adalah ibuku juga. Ibu mertuaku yang kini sedang kegeringankerana strok yang sudah berlarutan sehingga lapan tahun.  Akhir-akhir ini Anak-anaknya (ipar duaiku) berdepan cabaran yang begitu hebat. Berat   mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kerana ibunya, isteriku yang tidak pernah memandu bersendirian ke Kuala Lumpur melakukan  dengan begitu gigih. Akhirnya isteriku smpai juga ke rumah ibunya setelah 4 1/4 jam berada di jalan raya. Syabas isteriku kau seorang wanita gigih yang selama ini hanya tidur   ketika aku sedang memandu di lebuhraya Utara Selatan. Yang hanya bangun apabila sampai di R&R dan selepas itu tidur semula. Hari ini kau membuktikannya. Kau telah lulus ujian memandu bersendirian daripada Pontian ke Kuala Lumpur. Meredah  kesesakan   jalan Tun Abdul Razak sehinga kakimu lenguh. Tidak mengapa selepas ini kita akan pergi membuat rawatan terapi ozon semula. memasukkan semula oksigen ke dalam darah kita.

 Berbaktilah kepada ibumu. Lihat lah ini, teliti lah, amatilah .....................




                                                                                                        









Berbaktilah kepada ibumu. Sayangilah ibumu. Kerana .........
 Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (QS:46:15

10 ulasan:

SiNoMoSa berkata...

Touching N3 AZ..

Who next? Ur mother..
Who next? Ur mother..
Who next? Ur mother..
Who next? Then ur father..

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

Selagi ibu mu masih ada, berbaktilah kepadanya. Sesungguhnya sangat beruntung kepada anak-anak sekiranya ibunya masih ada.

cikgu mas berkata...

salam

perkara pertama saya buat kalau suami saya memandu ialah tidoooo...sampai benggang pakcik tu,hehehehe,bila saya memandu pandai pulak saya marah kalau org sebelah saya tido,hehehe...

Saya memohon pada Allah moga ibu mertua Az,kembali sihat..insyaallah

afeezz berkata...

salam ayahanda zain :

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan....

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

agaknya spesis tuh memang macam tu yer. hehehhehe. tak apalah, kalau az dok sebelah pun tido juga. sedap kan,nak buat macam kan

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

tiba2 je az baca komen afeez tu, az terus melagukannya. tak tahu pulak kenapa jadi macam tuh.

Hanis berkata...

salam,

ibuuuuu kakak rindu kat ibuuuuu

Ayah Zain berkata...

Salam Hanis,

Hanis masih di Vietnam ker. Semoga Hanis tabah di sana yer.

rezeki berkata...

salam az,

pengorbanan ibu tiada tandingannya dan tidak terbalas dgn apa2 pun di dunia

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Sesungguhnya, benarlah kata tn Ismet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...