101109 : Pagi ini emosi tidak menentu, fikiran bercelaru. Gembira, suka, duka,sedih, menyampah sileh berganti. Puas memujuk hati ini agar ceria dan bertenaga. Mengurut-ngurut dada apa yang harus dilakukan, apa yang tidak kena dan mengapa? Orang mengatakan emosi yang bercelaru biasa, bergantung kepada kita untuk mengendalikannya. Semalam n3 datin bercerita pasal stress. Adakah aku stress hari ini? Mungkin juga dengan peristiwa penulis blog semalam. Aduh aduh aduh, bengong, bengong, bengong. Banyak benau-benau cengkadak yang mengganggu fikiranku ini. Oh ayahzain, jangan persalahkan penulis blog itu, itu hak dia, ayahzain peduli hape, ada ayahzain kisah? Tepok dada tanya iman, muhasabah diri ayahzain, cari kesalahan ayahzain sendiri. Ingat syaitan itu akan datang dari depan muka, belakang kepala, kiri dan kanan anggota kita dan akhirnya ayahzain menjadi orang yang tidak bersyukur. Ingat mati, ingat sakit, ingat masa ayahzain sulit, Cepat-cepat ucap astafighrullahal’adzim:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya
amin, amin, amin ya Rabbal alamin..
ha macam tu ler : salam ceria.
10 ulasan:
Salam Ayah Zain..
Salam Taaruf..
N3 AZ kali nie cam kena plak dgn emo sy..
salam Sinomasa:
Normal la tuh, jadi cara kita mengendalikannya itu sangat penting iaitu kembali keda Allah. Kerana kepada Allah kita sembah, kepada Allah kita meminta pertolongan. Alhamdulillah. Emosi az dah ceria. Boleh buat kerja dengan senyuman sampai ke telinga. ngeh ngeh ngeh (amik hati CP - ada dia kisah?)
salam ayahanda : apasal ni? tibe2 moody. chill AZ...
salam AZ
jgn pernah biarkan penulis blog b*%$# tu ngangu emosi AZ,kalau ya maknanya dia dah berjaya ,org sombong tak kemana arr az.ALLAH BERSAMA ORG YANG TAWADDUK DAN RENDAH HATINYA..jgn risau
Salam AZ,
Az, jangan le penulis blog tu saya...bukan saya kan...kalau bukan alhamdulillah...
Sedih le AZ yang ceria jadi susah hati camni...tenang-tenang ye..insyAllah, nanti Allah lepaskan bebanan tu dengan kegembiraan...jaga kesihatan ye AZ...lepas ni buat N3 happy pulak ye...
pss: kalau takpun jerit je kat CM tu lepas kan kemarahan...sebab dia dah hilangkan kunci bilik pusat sumber....
Salam Afeez,
hello sayang, tengok le kat ending n3 tu, kan az dah senyum sampai ke telinga tuh.
Salam CM,
Mana ada penulis blog tu ganggu emosi AZ, az mungkin jer. Tapi alhamdulillah, kocik jer hal itu, az ceria ni. Allah dah bantu AZ tersenyum lebar. hahahahahhaha
Salam Datin,
heheheheh, terasa ke! memnag pun datin buat saya stress sebb terlioq tengok karipap pusing faveret az tuh. hhehehe
tak ada ler, az ok. I feel good. hari ini best sesangat kat ofis.
salam ayah zain ku..
laa..kenapa az tetiba jadi camtuh...? ada ganguan ker pada az...jgn lah risau az..berwuduk serta bermahasabah pada ayang maha esa..insyalah az will be ok.
.jgn lah kita sesekali memikirkan benda yang tidak mendatagnkan faedah pada diri kita nih..lebih baik kita ingat pada yang maha esa insyalah tenang lah hati yang runcing ituh..insyalah.ubat yang paling mujarab bagi ahti yang tak tenteram adalah beristifar dan berzikir padanyer..insylah akan keluarlah syaitan dari masuk kedalam pemikiran kita...sekadar renungan..
wslam
Salam manzlie ku,
Lor, tak ada apa-apalah. Just sikit punya hal pagi tadi, buat itu tak kena, buat ini tak kena, tapi bila kita dah bermuhasabah diri. Alhamdulillah.
AZ ceria dari pagi sampai ke petang di pejabat tadi. Akhirnya petang tadi dapat jemputan makan. Makan lagi dan lagi dan lagi.
hhehe az makan banyak sekali sate (best betul satenya, paling terlazat setakat ini), ayer cikong, salad, udang goreng tepung, yum yum yum .
tapi tak ambil gambar kali ini. hehehhe
Catat Ulasan