Sabtu, 14 November 2009

Juara lagu



141109: Juara Lagu TV3 datang kembali. Program ini memang menjadi kesukaan aku. Malam tadi udah bersedia untuk menonton Juara Lagu Peringkat Separuh Akhir. Minggu lepas tidak dapat menonton kerana ada Majlis Rasmi. Pukul 9.00malam sedia menunggu depan TV. Hasrat hati dinyatakan kepada mrszain. Mrszain tersenyum sinis, tak abis-abis pak aji ni, sudah-sudahlah dengan hiburan tu pak aji. Aku buat tak kisah. hehhe ada aku kisah dengan mrszain? Tiba-tiba Nur Kasih mengambil tempat.Program kegilaan ramai terkini, termasuklah mrszain. Mrszain mennyatakan Juara Lagu Pukul 10.00 malam. Adus, potong stim betul. Awat TV3 buat lagu tuh.
Sementara menunggu pukul 10.00 malam aku membaca buku sambil berbaring di katil....... tiba -tiba tersedar, pukul  4.20 pagi. Buku yang dibaca tadi terperonyok ....... tak ada rezeki lagi nak nonton JL. Buka internet tengok PDKM,ok la. Disamping itu buka juga Ceriakan Hari-harimu. Berdebar juga hati nak tengok respons peminat CHHM ni. Apa tak berdebarnya kerana kandungannya ada sikit macam kurang sopan - pasal K. hehehh. Alhamdulillah 3 blogers yang mengulas memberikan ulasan yang positif.

Satu kejutan di pagi hari ini? Apa dia? Mrszain mengomel banyaknya sayap kelkatu di tangga rumah. Ada kerja tambahan mrszain pagi ini. Dengan sabar mrszain menyapu sayap-sayap kelkatu dari anak tangga paling atas ke Hall rumah dan bila pintu rumah di buka, inilah pulak yang didapati...


kelompok sayap kelkatu yang terbesar

Di ruang koridor rumah paling banyak sayap-sayap kelkatu. Kelkatunya tiada, entah kemana, mesti sedang membina koloni baru tapi entah di mana. Selain itu, deretan semut juga satu lagi masalah. Semut-semut ini mengerumuni sayap kelkatu itu. Mrszain mengambil paip getah terus mencuci lantai koridor dengan sabar. Ayahzain buat apa? Buat-buat pergi kedai beli roti canai. U all tahu kan? Roti canai mestilah mengambil masa yang lama kan? Pandai-pandai, pandai betul. Ini yang Datin tak berapa sior nak dengo. 7.30 pagi bila sampai semula ke rumah keadaan lantai menjadi begini


lantai yang bersih - menciurkan

Ingatkan Ayahzain dah terlepas daripada bebanan. Tiba-tiba mrszain mencadangkan untuk membawa buah tangan balik ke rumah emaknya di Kuala Lumpur pagi ini. Nak tahu apa?


pokok ubi
Mrszain menyuruh ayahzain mengeluarkan ubikayu ini daripada tanah yang berbatu itu. Dia kata malam tadi hujan, tanah lmbut. Adus teringat ajis satar dalam cerita alibaba bujang lapok.hehehhe, siapa tak sayang bini ooo, cabut jer, jangan takcabut. Adus bepoloh den cabut ubi pagi-pagi.


Alhamdulillah,berbudi pada tanah
diam ubi, berisi
Akhirnya berjayalah mengeluarkan serumpun ubi untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Goreng pun sodap tuh. Daripada ubi kita boleh buat tapai, kerepek, paling tidak pun rebus dan makan dengan cicah sambai tumis, sodap tu.

Pukul 9.30 pagi kami bertolakke Batu Pahat untuk berjumpa dengan Imam 2 Masjid Separap, ada urusan sedikit perlu diselesaikan. Sebelum itu di bandar Batu Pahat singgah sekejap membeli sedikit barang kepeluan putera bongsu. Apabila urusan dengan Imam 2 Masjid Separap selesai , hujan mulai turun. Selepas Solat selesai Solat Zohor,kami bertolak pula menziarahi putera bongsu di MRSM.

Pukul 2.00 petang pelawat dibenarkan masuk dan putera bongsu sudah menunggu kami di Foyer maktab. Biasanya kami berjumpa di pondok wakaf sahaja tetapi hujan kami membuat keputusan menggunakbilik kelas kerana mrszain hendak membei tip-tip terakhir bagi subjek Sejarah.Ayah buat apa?erm apalagi surf PDKM la. hehehhe.

3.30petangkami bertolak ke Kuala Lumpur melalui tol Pagoh. Hujan idak berhenti, sekejap renyai sekejap lebat.Kami memandu agak berhati-hati. Alhamdulillah pukul 6.30 petang kami selamat sampai di rumah ibu mertuaku.Hujan masih belum berhenti.Tiada masalah di jalanraya. Cuma tak sangka dapat call daripada ABihanan suami kepada umi umairah, tak ada apa cuma bertanya kabar. dan mengingatkan agar az berhati-hati memandu dalam hujan.
  
                                                      
Alhamdulillah, bibik dah buat ubi rebus utk makan-makan pagi ini

salam ceria


18 ulasan:

Unknown berkata...

salam Az..
alhamdulillah AZ dah selamat sampai ke KL .. hubby ummi lak dah di opis .malam nie ummi ler milik penuh pc ni.
AZ , ubi kayu tu dah jadi masakan apa . jam 7.45 td ummi gi makan c.chop di ayub cafe kat belakang umah ummi , sempat ler call si tokey estet getah tu coz dia pun selalu kesana.
nanti ummi belanja AZ n mrs zain makan disitu , sedaaaaap

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

terima kasih atas jempptan tu. seronok dapat makan free ni. rezeki jgan di tolak. hehehhe.

ubi kayu tu, berehat dulu, baru sampai,ubi kayu tu masih penat heheheh.

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : banyak betul cerita entry kali ni, dari terlepas nak tengok JL, ke cerita pasal kelkatu, cabut ubi... smpi ke KL... bz betul jadual AZ ni

CM berkata...

salam

ye larr afeez,AZ ni cukup pakar buat cerita plot bercampur,kita tak bosan,idea yer variasi..

huh bab kelkatu gugur sayap ni memang tension loor,umah CM kt kg selalu jadi cam tu,tanda hari nk ribut,malam semalam ribut ker AZ???

aznaz berkata...

salam ayah zain..

goregn garing garing ubi tuh sedap gak kan..miant sya camtuh ..goreng garing..

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

hehehhe, itulah sedikit coretan diari az semalam. CM lagi pulak, terkasima betul az, naik trauma pulak hari ini tringat kat bapak mangkuk hayun tuh.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

ooo gitu err, baru dengau pulak kalau ada sayap kelkatu petanda ribut. tak perasan pulak ada ribut, rasanya macam tak ada.

satu yang terfikir kemana ah kelkatu tu menghilang? tinggal sayap jer.

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Pagi ni depa rebus ubi. buat makan2. nantim az masukannya, kalu boleh ler, heheh

Asnija berkata...

Salam AZ,
Memang banyak plot citer AZ ni, tapi paling best akal AZ mengelak tugas...sempat pulak mengumpat kita ye...dan klimaks nyer..padan muka, kena cabut ubi...suka le dengan idea Mrs Zain...saya pun boleh guna tips tu utk mengubat akal suami...hi.hi...

ps: nampak gebu je ubi AZ tu ye, ayah saya kata, kalau tanam ubi, jangan dipetik pucuk nye, nanti binyer jadi tak elok, cakap jawa nyer "gonyeh" sori le, bahasa melayu nyer saya tak tahu...sebab tu, ayah saya tanak dua jenis ubi, satu utk ubi nyer, satu utk pucuk nyer...cakap pasal ayah saya ni, doakan dia sihat ye AZ, dah seminggu dia jatuh sakit...sian dia terbaring je...AZ jaga kesihatan ye...

psss...Mrs Zain bisik soalan spot ke kat putera bongsu tu...mana aci....

Asnija berkata...

Salam AZ,
Lupa pulak nak ucap tahnah N3 pasal tut...tut...tuh...kekek-kekek saya gelak membacanya...nasib baik saya gelak tak terk&%#@?....tut..tut.(ehmm...n bunyi sensorship ye...bukan bunyi ituuu...)

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

heheh bukan mengelak lah, memang nak sarapan pagi tu, tetiba hari tu nak makan roti canai faveret mrszain. Kalau har2 lain tu az kata lambat lah beli RC ni, malas nak tunggu. Hari tu pulak boleh offer RC.ngeh ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

lupa lak:

1. Memang ubi yang dicabut tu tak pernah di sentuh pucuknya. Kira suci la
2. Insya Allah, semoga ayah datin cepat sembuh.
3. Mana ada soalan spot Datin, budak2 MRSM udah diarahkan baca semua bab, esp sejarah kena baca dari kulit ke kulit lagi.

3. Pasal K, hehehehh. benda tu fitrah manusia kan! yang kita tak senang ngan K kenapa? (kalau dah busuk sangat tuh - menyampah juga kan?) heheheh

Noor berkata...

Salam Az..

perghh.. 2 hari yang penuh terisi dengan acara2 riadah.. he he

cite bab ubi kayu kan AZ.. teringat cheq masa kecik2 dulu.. kami orang susah.. mak cheq memang rajin tanam menanam nih.. pokok ubi kayu banyak bangat kat belakang rumah.. kami nyer menu selalu ada terselit ubi2 nie.. tak pagi.. tengahari.. kadang sampai petang.. semua masakan guna hasil pokok ubi.. best kan.. tetiba terbayang depan mata.. ubi rebus cicah sambal & ikan masin.. ubi goreng cicah gula.. pucuk ubi masak lemak.. bubur ubi.. huiyooo.. nostalgia sungguh..

tahniah AZ, kerana telah berjaya buat cheq melayan perasaan.. he he he

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Betul la Noor, ubu kayu ni memang menu utama masa az kecik2 dulu. kat belkang rumah memnag banyak pokok ubi. biasanya buat ubi rebus. makan dengan sambal tumis, ikan masin, kelapa.

abih2 buat kerepek, dan keropk. yag bestnya buat keropk yang berwarna warni.

sekarang mana ada lagi kan? kerepek ubi pun jarang jumpa

Atikah berkata...

Salam AZ,

Ubi kayu... best tu... mkn masa panas2. pekena time hujan lagi best.. teringat zaman kanak2 dulu... kalau musim tengkujuh... memang makan ubi kayu... cicah gula n kelapa...

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

Sure, musim hujan makan ubi kayu memang sedap makan ngan sambal dan ikan masin. Mertua kat nelakang lalu kita buat x nampak aje

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam az,

kak nab nak gi cari ubi kayu jugak ni...kat umah ni kak nab & suami jer yg makan, anak2 tengok jer...hai budak2 sekarang...tau makan piza, KFC..etc jer.
dulu ada jugak tanam, sekarang kena gi belilah...

Ayah Zain berkata...

Salam ka nab,

memnag sedap ubi kayu ni makan ngan sambal sotong. ermmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...