Sabtu, 21 November 2009

Maman oooo maman

201109 : Anda tahu apa itu maman? Bukan artis tu. Maman yang dimaksudkan ialah sejenis sayur-sayuran yang biasa tedapat di Gemenceh, Negeri Sembilan. Hari Ahad lepas kami disajikan dengan rendang maman yang dimasak oleh adik az yang berkahwin dengan orang Gemencheh. Maman ni memang feveret ayahzain,   az akan makan sekali dengan asam keping dalam rendang maman itu. Asam keping yang dimasukkan dalam rendang maman ini amat menyelerakan sekali. Fuhh, dahsyat sungguh penangan si maman ini. Selain maman hari itu terdapat juga beberapa menu yang memang enak di makan.

Rendang maman + ayam
nama sains maman ialah   Cleome gynandra
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Maman

Udang masak lomak dengan daun paku

kerabu mangga+taugeh+irisan bawang.
yum yum yum

rendang daging

Ini apa?
ini apa?
ini apa"
JERIANG
Jeriang muda ini tak sesuai nak buat jemput jemput jeriang (3J)

Pokoknya kalau dilihat menu di atas semuanya amat baik untuk mereka yang ada kolestrol tinggi. kwang kwang kwang. Tapi dah kita berikan makan, makan ajer ler, kalau idak tuan rumah kecil hati pulak.


Salam ceria

12 ulasan:

syahriah berkata...

Asalamualaikum

Hj. Makanan yang banyak lemak bahaya untuk kencing manis.... h he he

ummi humaira berkata...

salam AZ..
maman ooo maman
kalau ada persamaan maman selatan dgn maman utara ,pokok tu jenis ulaman . di tempat ummi biasanya dibuat jeruk , yg ummi pernah makan ler .kemudian cicah dgn sambal belacan..wow dh terliuq nih , lama tak makan maman tu.

rezeki berkata...

salam az,

geram tgk kerabu tu keh,keh,keh

bagaimana kesihatan ibu mertua mu?

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : makan makan makan... tp tetap slim.. jeles i

Ayah Zain berkata...

Salam syahriah,
semyang dimakan ada bahayanya hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

maman ni pahit. x tau ler sama ke idak. nanti buat kajian seterusnya.

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

kerabu itu memnag sedap.
Ibu mertuaku? macam itu juga. tetapi dah boleh tidor malam

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

buat apa nak jeles. az slim sebab diabetis tuh. makan tetap makan

hajah zainab bt abdullah berkata...

Oh! kak nab suka jering muda tu...cicah sambal belacan.sedap!
kalau kat kelantan pula, jering yabg tua direbus, lalu dimakan dengan kelapa parut + sedikit gula = rasa lemak2 gitu --> sedap!!

Noor berkata...

salam AZ,

maman gemenceh ngan maman belah utara tetap sama.. cuma cara penyediaan yang berlainan.. kalu cheq, mak cuma ajaq buat jeruk je & cicah sambal belacan.. serupa bangat ngan kak umi.. heh heh.. tekak utara sehhh..

psstt.. cheq pun jeles ngan AZ.. makan tak brenti-renti.. tapi badan tetap selim melim.. yang cheq nie, makan jenuh nak kontrol.. tapi selim nyer idak jugak.. bertambah montel!.. uwaaaa

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

Yer ker makan jering begitu. Tak apa selera masing2kan? Yangp penting boleh makan. heheh

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Jangan le jeles. Yang penting selagi selera masih ada, kita lantak hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...