Selasa, 10 November 2009

Selasa yang ceria

101109 : Hari ini begitu ceria. Sesungguhnya Allah akan menolong kepada hambaNya yang berserah dan meminta kepadaNya. Doa qunut yang dibaca di awal pagi telah menukar emosiku daripada tidak menentu kepada satu fokus yang begitu bernakna. Tiada masalah langsung di pejabatku daripada pagi tadi hingga ke petang ini dan diharap ia akan berterusan ke malam dan ke hari-hari mendatang. Yakinlah Allah itu untuk maha pengasih dan penyayang. Paling bermakna petang ini aku mendapat panggilan daripada rakan bloger yang tidak disangka-sangka. Terasa getarannya yang  begitu iklas yang menyangka emosi ku yang terganggu pada pagi tadi angkaranya. Oh tidak, jangan salah sangka Umi, rakan-rakan bloger PDKM tidak akan mengkhianati antara satu sama lain. Terima kasih juga kepada Cikgu Mas yang telah merapatkan silatulrahim antaraku dengan Umi. Dan paling tidak sangka hubby umi menelefonku pula. Allah maha kaya kerana hari ini rakanku telah bertambah lagi. Saat paling manis lagi menjelma apabila mendapat jemputan ke jamuan akhir tahun guru-guru al-Quran.. Subhana Allah, nikmat Allah begitu besar pada hari ini dimana aku dijamu dengan sate yang paling kazat aku temui, salad, jagung, udang goreng tepung, buah tembikai dan tidak lupa sahabat baikku yang sediaku rempuh iaitu ice--cream. Alhamdulillah. Apabila balik, guru-guru agama itu membekalkan aku dengan sate, jagung dan salad. Ya Allah, merasa juga isteriku apa yang aku rasai pada petang ini.



Bontrot yang dibawa pulang : sate, salad, jagung

20 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ..
seronok rasa bila AZ ceria kembali..
bila kita dekat dgn Dia , Dia lg hampir dgn kita ..
hanya pada Dia kita berserah ..

bila habis ajer ngajar suami ummi call , katanya AZ buat N3 baru n ceria..

CM berkata...

salam AZ

hehehe senang hati saya!!!

psssst AZ..betul ker bontrot??????tak sedapnya bunyi,per maknanya tu??

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

heheh, lor, kat n3 pagi tuh kan az kata dah ok.

apa-apa pun terima kasih.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

dari pagi az ok la.

betul bontrot (tak tahu ler ejaannya betu ke idak) Cakap jawa makna makanan yang di bawa balik daripada satu2 majlis oleh pihak tuan rumah. Ala macam orang melaka bawa bakul sia tuh, kan dalamnya ada pulut.

PINATBATE berkata...

tumpang lalu AZ..
Cikgu mas..Bontrot tu cakap jawa..Bento tu cakap Jepun..lebih kurang jer bunyinya kan..? hahah!

Tengok gambar jagung tu tiba-tiba rasa nak buat puding jagung pulak malam ni...

Noor berkata...

Salam AZ..

AZ ghindu kat noor ngan kak pinat arr.. he he.. bukan nyer tak mai umah AZ.. cuma tak tinggal jejak je..

Alhamdullilah.. ceria AZ dihari selasa nie.. bertuah, bila silaturahim berpanjangan.. dah ramai kengkawan kan kan.. semua nyer berkat PDKM.. Amin..

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

helo hello, berjemput baru nak mai yer.

Anyway thanks sudi bertandang kat sini walaupun di paksa. hahahahah

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

lamanya noor tak mai sini. sibok ke motong gotah. kat sini asal potang ujan, asal potang ujang. golo beto. apa-apa pun ok sobab eh, boleh poei motong pagi, sompek lah balik umah sebolom ujan turun.

Che' Pit berkata...

baru tadi makan sate.. beli kat pasar malam.. tapi x sedap pun, huhu

PINATBATE berkata...

apalah AZ ni...jgnlah kata dipaksa pulak..^^

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : esok pagi2 sy nak wat entry sedih jugak lah, maner le tau ade org jemput makan gak...

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

Beli kat pasar malam tu nasib2 juga. kalau dapat yang sedap membang berbaloi. So nanti kalau CP datang ayer baloi ngan Afeez, az belanja hang berdua. ok?

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

hehehh, az gurau ajer la. Dont take heart k. AZ kalau mengusik Pinat, rasa macam x sah pulak

Ayah Zain berkata...

Salam Afeezku,

afeez jangan kata lagu tuh. Afeez, bila kita nak g Tioman ngan CP n GPK? Mesti malatop

rezeki berkata...

salam az,

suruh cm sebut betul-betul

karang, bontrot jadi bontot pulak, dh lain pula nti yang dibawa balik keh,keh,keh

Ayah Zain berkata...

salam CR,

hahaha, tn ismet ini ada ada saja di pagi ini. anyway ejaan az tu betul ke idak? az bukan orang jawa ....

CM berkata...

salam

tuan ismett mmg sesuailah nama nya tuan ismet ulam raja...lawaknya boleh bikin marah ,hahaha..mmg cm takut nak sebut arr,,,

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : don't take heart tu jangan ambil jantung, sepatutnya don't take liver, baru jangan ambil hati.. hahaha..

jom3 semua.. kite ke tioman... AZ, nak tanya.. GPK tu saper? (hahaha..)

Ayah Zain berkata...

salam afeezku,

GPK tu Grup pompuan kayo. katanya presidennya ialah CM. Entah, tak sure antara CM ngan Datin kot. Nanti CM boleh jelaskan siapa presiden GPK tuh.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,
hehheh CR memnag gitu. Happy go lucky

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...