Ahad, 8 November 2009

Makan lagi, sudah sudah la tuh

081109 : Hari Ahad, hari minggu yang menyeronokkan. Bermula dari pagi melayan youtube, kemudian pukul 12.00 tengah hari menghadiri jemputan Majlis Akikah di Rumah Tn. Hj Rahman di Parit Keroma, Ayer Baloi. Pukul 12.45 tengah hari bergerak pula ke Batu Pahat melawat putera bongsu di sekolahnya dan seterusnya membawanya outing   ke Bandar Batu Pahat

Sebahagian tetamu

Dalam rumah penuh dengan tetamu

Hj Mahathir sebok melayan tetamu

Susahnya nak snap gambar menantu tuan rumah ni, bz tuh

Tn Hj Rahman, tuan rumah juga bz melayan tetamu

Tuan Imam - hanya memerhatikan sahaja.
Sempat buat lawak tuh :
"Di singapura hanya lori balak aje yang boleh masuk, lori telor tidak boleh masuk"

Tetamu sedang menikmati jamuan

Tambah lagi daging kambing tuh

wow: Daging kambing

Dalca, ayam masak merah, daging lembu

ermm, meja az ni dapat tambahan satu piring daging kambing lagi

Nasi Beriyani

Kueh orang Bugis " Bahulu pecak? becak? (kurang mendengar tadi)
Manisnya mak datok.

Pengerusi Surau.. Snap jer gambar tu, jangan malu-malu. nati masuk blog yer

Bontrot lagi : Burasak, ketupat, kueh telor

Masjid Rengit - Singgah Solat Zohor. Alhamdulillah sempat berjemaah

Cantikkan mimbar masjid

Daddy Village Restaurant, Bukit Pasir Batu Pahat

mee goreng untk mrszain

Tanduri Chicken Chop untuk Putera Bongsu

AZ? Roti Bakar jer - kenyang makan beriyani kambing tadi

ABCDE sorang satu. Sedap siot le (D untuk icecream E untuk cherry)

Sempat amik gambar juga kat kaunter tadi.

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (QS al-A'raf:7:31)

10 ulasan:

CM berkata...

salam AZ

wah macam-macam ada,feninggg CM ni,...hehehe..semua org nk citer pasal makan org mekah pun cite pasal makan..

afeezz berkata...

salam ayahanda Zain : byk makan hari ni yer, semuanya nampak sedap dan menawan. kawal2 sikit AZ.. hahha

Ayah Zain berkata...

Salam CM,
Apa lagi yang kita ada CM, makan jer

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

Hehehhe, dah rezeki Feez, sendiri mahu ingat la yer

aznaz berkata...

salam aya zain..

terliuq tengok badce tuhh..nak az belanja nanti..leh ker?

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

boleh aje. Mafi muskillah.

rezeki berkata...

salam az,

alhamdulillah, selagi berselera , makanlah ngeh,ngeh,ngeh lps tu makan ubat

Ayah Zain berkata...

Salam CR

Itu yang betulnya. Selagi ada seleras kita balun. ngen ngeh ngeh.

Kalau pantang pun, mati juga kan? hahahahhaah

Unknown berkata...

salam AZ
nak tanya skit leh tak... Parit Keroma, Ayer Baloi tu jaraknya jauh tak dr bandar Batu Pahat

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Lebih kurang 50K, ambil masa 1 Jam perjalanan by car. Awat ada program nak ke Bt Pahat ker, kalau g BP, menggo mampir ayer Baloi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...