Sabtu, 19 Disember 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431



Salam kepada semua, Tidak terlambat untuk mengucapan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431.  Semoga dengan kedatangan tahun baru ini dapat menghijrahkan hati kita daripada perlakuan yang tidak baik kepada yang baik. Berhijrah daripada jahil kepada yang benar. Berhijrah daripada segala-galanya daripada yang tidak diredai kepada yang diredai oleh Allah swt. Dengan itu kehidupan kita di berkati Allah swt. Kita adalah hambaNya. Allah   menciptakan manusia dan jin hanyalah semata-mata beribadah kepadaNya.  Justeru marilah kita berhijrah ke suasana yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Jadikanlah setiap perbuatan kita adalah ibadah sama ada dalam tugas atau sebagainya.Oleh itu saya mengingati diri ini agar Sentiasa berusaha memupuk hati supaya  mengingati Allah agar tidak terpesong daripada perbuatan  yang menyimpang  landasan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog yang telah menitipkan kata-kata ucapan sempena tahun baru di blog Ceriakan hari-harimu.Tidak lupa juga kepada yang menghantar sms  seperti Hanis dan ABi Hanan.Semoga anda diberkati Allah swt.

Ketika ini saya masih bercuti dengan keluarga di Lumut. Hari ini ada kesempatan pinjamguna PC anakbuah untuk menyelusuri internet. Semalam saya sempat menziari abang aji (PDKM) yang tinggal di Venice of Perak. Terima kasih atas layanan yang diberikan dengan juadah yang lazat dan juga segugus rambutan untuk famili az dan adik az di Taman Samudera Baru. Semoga tali silaturahim kita terus berpanjangan.




Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
(QS: al-Anfal:8:27-29)

4 ulasan:

rezeki berkata...

salam maal hijrah buat az dan keluarga,

semoga membawa sinar kebahagian sentiasa dirahmati Allah SWT

shami2 berkata...

Salam AZ...

Jauh berjalan..tu hari tu dengar kat mersing..dah ada kat lumut dah...best nih jalan2 cuti2 msia..yer...hehehhe

Baik2 memandu yer,..pandu cermat jiwa selamat...

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Insya Allah. semoga maah hijrah ini membawa sinar kebagiaan dan keberkatan kepada kita semua

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

sekali sekala ada masa bawa lah famili berjalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...