Rabu, 16 Disember 2009

Oh ibu, kau la segalanya (1)



Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (QS:alBaqarah:2:233)

8 ulasan:

rezeki berkata...

salam az,

masa zaman kita dulu, susu badan ibulah yg membesarkan kita , byk sebenarnya hikmah dr penyusuan itu tadi hingga disebut dalam al quran.

laa ni susu lembu , he he he

cukup dh sepundi jering tu ngeh,ngeh,ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

sayang ayah mendengar kata, sayang ibu sayang sahaja. Sebab itu anak buat salah macam mana pun, ibu tetap menyayangi anaknya.

afeezz berkata...

salah ayahanda zain :

ibu, ibu..
engkaulah ratu hati ku...

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

oh ibu kau bagai embun di waktu pagi

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Rasullullah pun menyrbut ibu tu tiga kali baru ayah, fikirkan lah betapa tingginya kedudukan ibu tu ..

Tu sebab anak lelaki macam mana pun kena jaga ibu lebih dari isteri ye az...jgn lupa tanggungjawab pada ibu ye AZ kalau ibu ada lagi..

مسافر اسلام berkata...

Salam ziarah..n3 yg menarik...semoga mendapt manfaat. 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki itu'

Ayah Zain berkata...

Salam kak syidah,

Insya Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam MI

alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...