Aku telah mencatatkan peristiwa ini dalan n3 PDKM dan telah mendapat perhatian kak sidah. Saat itu aku diperkenalkan melalui telefon dengan Hjh Teh Sabariah, pengusaha yang telah menempa nama dalam perkhidmatan air zamzam ini. Terima kasih kak sidah. Aku hilang 2 liter air zam tetapi dengan gerak Allah kepada kak sidah, aku mendapat 30L air zam-zam. (3 botol 10L X 3 botol). Hjh Teh memanggilnya 3 jalon.
Setelah menjemput mrszain di HUKM, kami bertolak ke Shah Alam. Hampir sahaja aku membatalkan niat untuk ke Shah Alam kerana aku tidak berapa biasa dengan Shah Alam. Dimanakah letaknya worldwide? Rupanya hanya ditepi 'federal highway" sahaja. Tiba-tiba aku teringat kepada kawanku yang sentiasa bermurah hati untuk membantuku. Di Shah Alam kawan aku telah menunggu untuk membawa aku ke worldwide di mana Hjh Teh Sabariah menjalankan perkhidmatan tersebut. Rupanya urusan jual beli di tapak pameran worlwide ini beroperasi pada waktu malam, namun hjh teh Sabariah sedia memberi khidmat kepadaku. Baik sungguh hati usahawanita ini. "Tidak mengapa katanya, orang johor datang jauh-jauh, kita kena layan", ujar Hjh Teh.
usahawan wanita yang menceritakan pengalamannya
botol air zam zam siap menemui pelanggan
Afeez mahu ka? RM8.00 sahaja
az dapat percuma, hadiah drpd Hjh Teh
Banner
Replika pintu kaabah
ini untuk majlis perkahwinan
molekul air zamzam: cantikkan? macam kristal
3 jalon air zamzam
satu sudah dibuka daripada kotak yang dibungkus kemas.
Alhamdulillah.
Dengan berakhirnya n3 ini, maka berakhirlah program KurTi (kursus dan bercuti) yang telah berjalan selama 6 hari 5 malam. Aku telah memnadu sendiri daripada Pontian ke Mersing, mersing ke Pontian. Pontian ke Me;aka. Melaka ke Sepang. Sepang ke Lumut. Lumut ke Selama dan balik semula ke Lumut. Lumut ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ke Cheras. Cheras ke Shah Alah dan akhirnya daripada Shah Alam ke Pontian. Walaupun penat namun memandu persona tidaklah membosankan.
17 ulasan:
Salam AZ,
Apa khabar? Bagus jugak idea tu.. cenderamata air zam-zam untuk majlis.
Berapa harga air zam-zam 10 liter?. Terima kasih AZ dan Kak Sidah atas perkongsian n3 ini.
salam zie,
memang bagus idea tuh. tapi minuman terus diminum kerna bekas tuh mudah tumpah.
harganya RM120 sahaja.
Betul la orang kata aktiviti haji n umrah antara tujuannya untuk menjana ekonomi 2 bandar gurun tersebut
tu yg abrahah marah sgt
Salam Raymond,
air zamzam ini sangat bagus untuk di minum, sebab tu orang mencarinya.
Salam Raymond,
air zamzam ini sangat bagus untuk di minum, sebab tu orang mencarinya.
AAH bestnya.Bolehlah berehat sekarang...
salam mamaju,
berehat apa tuh mama ju.
salam ayahanda zain : sy masih ade lagi bekalan air zam-zam, tp tak byk lah.. mungkin sekali teguk jer dah habis... hihihi
Salam anakanda afeez,
tak apa sekarang ni bekalan dah banyak. boleh order bila-bila masa.
semalam az pandu exora anak buah az, seronok juga.
nak merasa cik siti nur tu, entah bila............
Salam Az..
Ramai kawan
Banyak rahmat yang kita dapat
Berbudi pada orang
Banyak nikmat yang kita dapat..
Alhamdulillah info yang bole dikongsi
Psssst contohnya CL kita tuh...
Afezzz AZ dah bagi hints tu ....
Ko faham ker tidak...ker kor buat2 tak paham..ngeh..ngeh..ngeh
Salam Shami2,
hahahha, tu ler shamisi Afeez tu, dia buat buat tak faham. AZ dah kenen banyak kali, ermmm, kempunan ler ngan si afeez tu.
Nampaknya az kena tunggu anak-anak buah az tu beli.
Shami2, selain exora, semalam merasa juga naik estima, ermm........
Salam Az...
Kalau dapat beli alhamdulillah..kan hehhe..kalau belum dapat beli..cuba orang punya pun bole..ngeh..ngeh..ngeh
Afezz..kor ni tak baik tau..aarr..bawa kerete tu p jalan2 kat KT pulak..aar test drive gitu..dpt jumpa Az ngan pak itam (CR)...manatau ada calon ko bole risik kat sana ....la..la..la
Salam Shami2,
alah orang tak sudi, jangan di paksa.
Betul gak, kalau tak larat nak beli, pinjam orang lain pun kira ok, tak dapat drive, jadi penumpangpun kira alhamdulillah.
shami2: Proton Exora, not bad lah, power. Kalah grand lamina atau kia caren.
Anak buah az cadngkan az ambik yang harga RM75K, dia kata ada gps (apakebendanya tuh), navigator n cruse.
salam ayahanda zain : patut le semalam asik tersedak jer, ramai yg menyebut kat sini rupenye... isk3... AZ ni klu nak ajak minum2 ajak tmpt yg bukan2, pastu bile kite tanyer direction, dia senyap plak, camno tuh? tak merasa le nak naek cik siti nur klu camtu..
Salam AZ,
Alhamdulillah, tamat sudah acara kurti az, panjang tu, dua hari akak tak menjengok kat mana2 rumah, hari ini walaupun dah lewat malam akak cuba jugak rayau2, banyak rupanya N3 baru.
AZ, pasal air zamzam tu , ok lah az ,kena kongsi bersama , orang berhajat kita kena tolong, banyak az beli ye, kebetulan akak baru je kenal dengan dia, ada hikmah rupanya, tu la pentingnya silaturrahim kan , akak pun az tak jumpa lagi, hjh. Teh pulak dulu, tu rezeki namanya.
Zie apa kabar, lama tak dengar berita.
Salam anakanda afeez,
hehheh, az ni pemalu tau. kalau dah kenen-kenen orang buat macam tak faham tuh, az diam aje ler. heheheh
Salam kak sidah,
itulah rezeki namanya. jumpa hjh teh tuh, sebab ada no tipon, insya allah,lepas ni kita mesti jumpa sebab az dah ada no tipon kak sidah.
Catat Ulasan